Sabtu, 8 Mac 2014

POLITIK | #PRKKajang #Kajang CERAMAH PR SEMAKIN HAMBAR !!! MANA ORANG PR DI KAJANG ???

Apa yang dapat diperkatakan kini ialah, semakin hari semakin hambar sesi sesi ceramah pakatan di kawasan N25 Kajang.

Malam ni ceramah yang diadakan di Dataran Prima Saujana, kehadiran boleh dikira dengan jari, jari Sangkakala ni ada sembilan pun tak habis kira.

Hehehe..jangan marah ok.

Bukan apa, agaknya penduduk dan pengundi di Kajang pun dah mula muak dengan pakatan ni tambahan pula telah terbukti kesalahan Anwar di mahkamah semalam.

Dan yang paling kecewa ialah masyarakat cina dari DAP dan PKR apabila bekas wakil rakyat mereka kena main siang siang lagi.


Kalau nak diikutkan kehadiran sebegini pada jam 9.30 malam rasanya para pembaca sendiri pun boleh nilaikan betapa kurangnya orang yang hadir ke sesi ceramah berkenaan.

Dan dikhabarkan juga bahawa Anwar tidak hadir ke ceramah tersebut, mungkin kerana masih lagi mengenangkan nasib yang menimpa beliau dengan apa yang beliau lakukan terhadap Saiful.

Rakyat di Kajang mungkin sudah tidak lagi menaruh harapan terhadap kepimpinan pakatan yang dikepalai oleh Anwar kerana sudah jelas terbukti bahawa Anwar menjadikan pilihanraya ini sebagai tempat untuk menyelamatkan diri semata mata.



Tiada ulasan: