Isnin, 17 Mac 2014

#pray4mh370 #MH370 POLIS SAH SIASAT RUMAH JURUTERBANG


Polis mengesahkan telah menyiasat rumah dua juruterbang MH370 dan menemubual ahli keluarga, di samping memeriksa simulator kapten pesawat, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Simulator dari rumah kapten juruterbang pesawat yang masih hilang itu juga telah dirampas untuk siasatan, semalam.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, sekumpulan pegawai siasatan jenayah dari Bukit Aman telah mengambil simulator tersebut sewaktu memeriksa rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, di Shah Alam, Selangor.

"Simulator itu kini berada dalam tangan kami dan sedang dipasang kembali untuk disiasat oleh pakar kami," kata Khalid dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, pihak polis sedang menjalankan siasatan menurut Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) meliputi rampasan, keganasan dan sabotaj.

Beliau menambah, siasatan polis bukan sahaja meliputi penumpang dan krew pesawat tetapi termasuk kakitangan sokongan sebelum pesawat tersebut berlepas. - UTUSAN ONLINE

 

Sent from Samsung Mobile

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu la..ade ISA dimansuhkan..skrg tgk..ape da jd..semakin lemah undang2..semakin berani si bangsat2 negara ni