Jumaat, 28 Mac 2014

@PDRMsia SILA AMBIL TINDAKAN TEGAS !!!

Nampaknya ada balik gangster dalam Malaysia sekarang ni, ingatkan dah habis kena rembat masa Polis DiRaja Malaysia buat ops cantas tempoh hari.

Budak lelaki ni dah keluarkan status dalam facebook beliau yang mengatakan bahawa beliau nak tembak Perdana Menteri dan bagi Sangkakala ianya adalah satu status berunsur ugutan.


Bagi Sangkakala ugutan ini adalah serius kerana samseng tepi jalan ni telah menyatakan niat beliau dan tidak mustahil budak ni ada memiliki senjata api yang boleh mengancam keselamatan Perdana Menteri Malaysia.

Tapi betul ke berani mamat ni? Siap kata tak goyang dengan sesiapa pun, jadi Sangkakala teringin juga nak tengok mamat ni kena gari macam mana rupa muka pailang kampung ni nanti.

Atau pun nanti bila dah kena tangkap boleh la kata akaun kena hack juga kan? Macam dia tu artis ternama atau ahli politik bertaraf menteri yang orang tergila gila nak hack akaun dia.

Kepada pasukan keselamatan, sila ambil tindakan kerana apa yang dikrluarkan oleh mamat ni mengancam nyawa Perdana Menteri, dan kalau boleh kenakan tindakan walau apa juga alasan yang dia bagi lepas ni.


#lupikirluhebat



Tiada ulasan: