Isnin, 31 Mac 2014

APA KATA PENGIKUT PAS ?? NIK AZIZ DAH MOHON MAAF @tunfaisal

Baru baru ni dikatakan Mursyidul Am PAS telah memohon maaf sambil menitiskan air mata kepada rakyat Kelantan diatas segala kesilapan beliau memerintah sebagai Menteri Besar.

Nik Aziz membuat permohonan maaf tersebut selesai sahaja beliau memberikan kuliah di sebuah masjid berhampiran dengan kediaman beliau.


Nik Aziz juga mengatakan bahawa tahap kesihatan beliau kini semakin menurun dan mungkin itu adalah pemberian Tuhan diatas segala dosa dosa beliau selama ini.

Sangkakala berpendapat, apabila NiknAziz memohon maaf sebegitu, kita sebagai manusia perlu lah memaafkan beliau kerana tidak ada manusia yang fapatblari dari kesilapan.

Tetapi berapa ramai dan sejauh mana Nik Aziz memohon kemaafan daripada rakyat?

Bagi Sangkakala, Nik Aziz perlu juga memohon maaf diatas segala keterlanjuran kata kata beliau selama beliau menjadi pemimpin dalam PAS.

Permohonan yang Sangkakala maksudkan ialah, Nik Aziz telah mengkafirkan orang orang UMNO dan mengatakan bahawa orang UMNO bukan Islam kerana bersekongkol dengan parti bukan Melayu seperti MCA dan MIC.

Cukupkah permohonan maaf Nik Aziz hanya kepada rakyat di Kelantan semata mata? Sedangkan perbuatan mengkafirkan sesama Islam juga merupakan satu dosa.

Nik Aziz juga acap kali melakukan beberapa perkara yang bertentangan dengan hukum syarak apabila beliau mengatakan bahawa orang bukan Islam juga layak untuk menggunakan kalimah Allah.

Adakah permohonan maaf daripada Nik Aziz ini benar benar ikhlas atau ianya hanya salah satu daripada agenda politik?

Apa pula kata daripada pengikut PAS tentang permohonan maaf yang beliau lakukan baru baru ini?

Sangkakala tidak mahu menuduh yang bukan bukan, tapi daripada apa yang Sangkakala nampak, jika Nik Aziz benar benar ikhlas memohon kemaafan, maka ianya perlu dibuat secara menyeluruh bukan hanya meminta maaf diatas kesilapan semasa memerintah.

Ini kerana, kenyataan kenyataan Nik Aziz yang berupa tohmahan dilakukan oleh beliau semasa beliau menjadi Menteri Besar Kelantan.

Walau apa pun, Sangkakala harap agar permohonan maaf ini biarlah ikhlas seikhlas ikhlasnya dan ianya tidak mengandungi apa apa agenda dan sebagai seorang Melayu Islam, marilah kita sama sama maafkan beliau dan memohon agar kesihatan Nik Aziz beransur pulih seperti sedia kala.



2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Taubat seorg yg ramai pengikut, kenalah mengislahkan (memperbetulkan) segala kesalahan dan kesilapannya, agar pengikut tidak terus dgn pegangan kelirunya. Tp yg aku paham dia cuma mintak maaf dgn org K'tan sahaja. Dgn org org lain, dia rasa salah ke ?
Anyway sbg ingatan utk semua,
"Dan apa sahaja musibah yg menimpa kamu adalah disebabkan apa yg telah kamu lakukan dan Dia memaafkan sebhgn besar drnya." 42:31.
"Dan Kami merasakan sebhgn dr azab yg dekat (di dunia) sebelum azab yg besar (di Akhirat), mudah mudahan mrk kembali (bertaubat)." 32:21.
"Tidaklah Allah (swt) mengazabkan kamu jika kamu bersyukur dan beriman (kpdNya), dan adalah Allah (swt) Maha Mensyukuri (Membalas kebaikan) lagi Maha Mengetahui." 4:147.

Tanpa Nama berkata...

Sedang Nabi ampung kan umat x kan kita sesama Islam x boleh..!