Sabtu, 29 Mac 2014

PRK BALINGIAN PULA BERLAKU BLACKOUT !!! INI SEMUA SALAH BN

Dalam PRU13 yang lepas parti pembangkang mengeluarkan kenyataan yang boleh dikatakan hampir mencetus kepada pergaduhan dan kegiatan yang tidak baik dalam negara.

Kenyataan tersebut ialah terputusnya bekalan elektrik di salah satu pusat pembuangan undi.

Perkara ini telah dinafikan oleh pihak SPR yang mana mereka (SPR) mengatakan bahawa peti undi dibuka dan dikira pada sebelah petang di tempat pembuangan undi disaksikan oleh petugas parti yang bertanding sebelum dibawa ke pusat pengumpulan peti peti undi.

Di Balingian hari ini diadakan satu Pilihanraya Kecil ekoran pengosongan kerusi kawadan tersebut oleh mantan Ketua Menteri.

Dan hari ini juga, Sangkakala amat yakin bahawa kejadian blackout ini akan berulang dan ianya dapat di buktikan dengan gambar dibawah.


Petugas PKR ini telah tertidur seawal jam 9.30 pagi di salah satu tempat pembuangan undi hingga beliau tidak sedar akan kehadiran calon Barisan Nasional membuang undi di peti undi tersebut.

Lepas ni boleh le puak pakatan melompat kononnya terdapat penipuan dalam proses pilihanraya, sedangkan orang mereka sendiri yang membuta masa bertugas.



Tiada ulasan: