Jumaat, 7 Mac 2014

POLITIK | PERMINTAAN ANWAR DIMAKBULKAN ALLAH

Mahkamah Rayuan hari ini telah membuat keputusan awal bahawa Anwar Ibrahim didapati bersalah melieat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.

Ini semua sebenarnya adalah hikmah yang diperturunkan oleh Allah SWT kepada Anwar yang beriya iya sangat untuk menetap di Kajang.

Kali ini Allah menunjukkan kuasaNya kepada Anwar yang selama ini juga telah menperjuangkan kalimah Allah untuk digunakan oleh semua agama di Malaysia dan membawa ikutan pluralisma di kalangan rakyat Malaysia.


Permintaan Anwar untuk menetap di Kajang dengan menipu rakyat setempat berhubung dengan alamat beliau menetap di makbulkan tetapi sekali lagi nampaknya Anwar terpaksa menukar alamat beliau kepada Penjara Kajang pula.

Dibawah adalah kronologi prosiding di Mahkamah Rayuan pagi tadi...

9.00 pagi - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Kehakiman Putrajaya bersama isterinya, Datuk Wan Azizah bersama anak perempuan bongsunya dan menuju ke Bilik Bicara 2, Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

Di luar Bilik Bicara 2 mahkamah dipenuhi dengan kehadiran media tempatan, dan juga pemerhati antarabangsa termasuk wakil Suruhanjaya Antarabangsa Kehakiman dan Kesatuan Antara Parlimen Mark Trowell.

9.15 pagi - Di perkarangan mahkamah, Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli dan beberapa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim disekat dari memasuki Istana Kehakiman namun hanya Rafizi sahaja dibenarkan masuk.

Wakil rakyat yang kelihatan dalam mahkamah, Wong Chen (Parlimen Kelana Jaya), Dr Tan Kee Kwong (Parlimen Wangsa Maju) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (DUN Seri Setia).

9.20 pagi - Ketibaan Ketua Pasukan Pendakwaraya, Tan Sri Dr. Shafee Abdullah di Bilik Bicara 2, Mahkamah Rayuan.

9.30 pagi - Mahkamah Rayuan mula bersidang dan diketuai oleh hakim Balia Yusof Haji Wahi, Aziah Ali dan Mohd Zawawi Salleh.

Ketua Pasukan Pendakwaraya, Tan Sri Dr. Shafee Abdullah memperkenalkan semua pihak terlibat dalam kes itu, termasuk Zamri Idrus, peguam pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan dan berkata penghujahan pendakwaan sudah dikemukakan pada 19 Julai.

Tempat duduk di dalam mahkamah dipenuhi dengan para penyokong dan media yang hadir, sementara di luar masih lagi ada media yang menunggu kerana kekurangan tempat duduk.


9.45 pagi - Shafee memulakan hujah dan berkata, satu-satunya isu yang menyebabkan pembebasan Anwar ialah eksibit DNA daripada rektum saiful telah dikompromi dan petisyen rayuan pada hari itu akan menumpukan kepada isu tersebut.

Menurutnya, persoalan yang dibangkitkan oleh pihak defendan ialah sama ada ia diusik oleh pegawai penyiasat Jude Pereira, integriti sampel yang dijaga oleh dua ahli kimia dan sama ada keterangan mereka boleh digunakan.

Shafee berkata, berlaku kekhilafan apabila hakim perbicaraan mempersoalkan sampel daripada rektum Saiful itu.

Katanya lagi, hakim juga salah apabila mempersoalkan laporan ahli kimia yang mengambil kira pelbagai faktor serta penemuan DNA.

“Hakim juga gagal mengambil kira keterangan sokongan.”

9.55 pagi - Katanya, ahli kimia asing yang diupah oleh Anwar mencipta keraguan terhadap kualiti sampel yang telah disahkan mengalami proses pereputan.

“Bagaimanapun, tiada penghakiman bertulis yang mengatakan mahkamah yakin dengan pakar asing itu,

“Hakim hanya berkata tiada kepastian 100 peratus bahawa sampel itu tidak terjejas,” kata Shafee dan oleh sebab itu, tiada sebab untuk menimbulkan 100 peratus keraguan munasabah terhadap sampel tersebut.

Beliau merujuk Seksyen 3 Akta Keterangan yang menurutnya untuk membuktikan fakta seimbang dan kemungkinan-kemungkinan dan bukannya 100 peratus.


10.00 pagi - Sementara itu, di luar perkarangan mahkamah terdapat kira-kira 40 orang penyokong Anwar kelihatan cuba menimbulkan kekecohan apabila dihalang memasuki bangunan mahkamah bagi mengikuti perbicaraan oleh pihak polis.

10.05 pagi - Menurut Shafee, sampel yang diperoleh daripada tiga doktor Hospital Kuala Lumpur terdapat tembusan di rektum tinggi dan rendah Saiful Bukhari.

Sementara itu, anak sulung Anwar, Nurul Izzah dan suaminya menimbulkan suasana gamat di luar mahkamah apabila hadir bersama menghadiri perbicaraan.

10.10 pagi - Shafee berkata, tiada penjelasan yang boleh dibuat apabila disoal bagaimana sperma Anwar berada dalam dubur Saiful.

“Dengan penemuan kukuh sperma itu, para doktor menyimpulkan terdapat tembusan zakar," kata Shafee.

10.12 pagi - Menurut Shafee, kadang - kadang kecederaan tidak berlaku pada dubur apabila pelincir digunakan (jel KY) dan menurutnya terdapat kesan kulit tertuduh (Anwar) pada juju Saiful.

10.15 pagi - Shafee berkata, sampel dari rektum Saiful dalam keadaan "original” walaupun diambil 56 jam selepas insiden yang didakwa itu.

Dia menambah, hakim perbicaraan telah tersalah anggap terhadap fakta dan mengambil jalan keluar mudah apabila menerima pengakuan pakar asing.

Menurutnya, pakar itu bergantung kepada buku teks berbanding ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong, yang pakar dalam bidangnya dan melakukan banyak kerja lapangan dengan meluas.

“Terdapat beberapa botol ditutup dan dimasukkan dalam botol plastik. Doktor tidak menanda sebarang nombor, mereka tulis rektum atas, rektum bawah dan peri annal.”


Berita penuh boleh baca DISINI...



Tiada ulasan: