Ahad, 16 Mac 2014

#MH370 #prayformh370 #PRKKajang PERLEKEH USAHA MENCARI !! WAN AZIZAH GAGAL MENJADI PEMIMPIN SEMPURNA

Kalau ini cara seorang pemimpin berfikir, Sangkakala berani mengatakan bahawa Datin Seri Wan Azizah telah pun gagal sebelum menunjukkan bukti kepada penduduk di Kajang dimana tempat beliau bertanding untuk menjadi ADUN.

Kenapa Sangkakala katakan begitu? Dengan cara memperlekeh usaha mencari yang dilakukan oleh pihak kerajaan dengan yanpa memberikan sebarang bantuan dalam usaha ke arah itu jelas menunjukkan Wan Azizah tidak mempunyai sifat sebagai seorang pemimpin yang berwibawa.

Klik gambar untuk video
Kerajaan telah mengerahkan segala kekuatan dengan dibantu oleh beberapa buah negara jelas membuktikan bahawa negara Malaysia mempunyai hubungan akrab dengan negara negara luar.

Tapi Sangkakala tak pernah dengar dari mulut Wan Azizah yang berdoa untuk keselamatan penumpang serta anak kapal dalam pesawat MH370 yang hilang dari radar sejak 9 hari lalu.

Usahkan berdoa, malah untuk bertanya khabar waris waris mereka yang berada dalam pesawat tersebut juga Sangkakala belum dengar lagi.

Ini manusia yang kononnya nak dijadikan sebagai pemimpin dan mewakili rakyat? Kononnya akan membantu rakyat di kawasan Kajang? Jauh panggang dari api.

Sebagai isteri kepada bekas timbalan Perdana Menteri, takkan Wan Azizah tak tau SOP SAR yang ada dalam kerajaan?

Lagi satu yang Sangkakala dengar dalam video diatas, Wan Azizah memperlekeh para nelayan yang turut sama membantu dalam usaha mencari pesawat tersebut.

Janganlah sampai dihina para nelayan yang membantu secara ikhlas atas dasar kemanusiaan kalaupun Wan Azizah takde sifat tersebut.

Begitu juga dengan mengatakan bahawa kapal selam milik Malaysia tidak mampu untuk menyelam, rasanya Datuk Seri Zahid Hamidi pernah membawa Ketua Menteri Pulau Pinang yang menjadi sekutu kuat PKR sama sama belayar bersama dengan kapal selam tersebut dan Guan Eng mengakui bahawa kapal selam itu mampu untuk menyelam dengan baik.

Baca DISINI....

Dengan menunjukkan kononnya Wan Azizah berwajah isteri mithali Sangkalala tak nampak lagi sifat kemanusiaan dan sifat keibuan ada dalam diri beliau apabila memperlekeh usaha mencari dan menyelamat yang dilakukan.

Bagi Sangkakala, Wan Azizah tidak mampu untuk membantu kerana semasa menjadi isteri kepada seorang Timbalan Perdana Menteri beliau tidak mempunyai hubungan dengan negara negara luar dan Sangkakala juga yakin bahawa Wan Azizah juga biasa mengikut Anwar keluar negara untuk bertemu dengan pemimpin pemimpin kerajaan negara luar tetapi tidak menjalinkan hubungan baik dengan mereka.

Ini adalah salah satu sebab dimana beliau todak mampu untuk memberikan bantuan dalam usaha mencari dan menyelamat, tapi walaupun begitu, dengan cara memperlekeh dan mempersenda usaha usaha mencari bagi Sangkakala adalah amat tidak wajar.

Dalam masa Perdana Menteri dan isteri sibuk memikirkan masalah kehilangan pesawat MAS tersebut,  Wan Azizah sibuk berkempen di Kajang dan seperti Sangkalala katakan tadi takde pulak terdengar yang Wan Azizah ada berdoa atau memikirkan permasaalahan tersebut sedangkan ada diantara waris penumpang tersebut adalah orang dari Kajang sendiri.

Berbeza pula dengan Datin Paduka Chew Mei Fun yang meluahkan rasa risau beliau diatas kehilangan pesawat tersebut dan beliau juga berdoa supaya semua mereka yang berada dalam pesawat tersebut selamat ditemui.


Dan Datin Paduka Chew juga telah pergi berjumpa dengan keluarga mereka untuk bertanya khabar.

Ini beza diantara seorang pemimpin yang benar benar mahu berkhidmat kepada masyarakat dengan pemimpin yang hanya mahu berkhidmat kepada suami hingga tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat diabaikan seperti apa yang terjadi di Permatang Pauh dulu.

Jadi kepada para pengundi di Kajang, Sangkakala rasa kalau Wan Azizah diletakkan sebagai wakil rakyat, maka nasib Kajang sama akan jadi macam Permatang Pauh,  tidak terurus dan terbela sehinggalah sekarang.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lubang mulut dia sama dgn lubang jubo yg laki dia main..std bau taik..puihhh