Khamis, 17 April 2014

LANGKAH BIJAK KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI @ismailsabri60 #dsis

Nampaknya tindakan yang akan diambil oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani untuk membina pusat sembelihan di setiap daerah adalah amat tepat pada masa ini.


Ini kerana pada masa sekarang kebanyakan pusat penyembelihan agak jauh dan ianya menyukarkan kepada para peniaga untuk menghantar ternakan mereka untuk disembelih.

Jika ianya dibuat di setiap daerah, maka kos untuk pengangkutan juga adalah kurang dan ini dapat memberi lebihan keuntungan kepada para peniaga.

Tapi disini Sangkakala juga ingin membe4ikan sedikit pendapat iaitu setiap pusat sembelihan biarlah disertakan sekali dengan sijil perakuan halal.

Ini akan menghilangkan rasa kurang yakin pengguna yang membeli haiwan sembelihan pusat pusat tersebut tambahan pula agama Islam menuntut begitu.

Walau apa pun tindakan yang diambil ol3h Kementerian dalam usaha menangani permasaalahan penternak ini amat amat dihargai dan amat sesuai buat masa ini.




Tiada ulasan: