Rabu, 9 April 2014

#dunselangor MB SELANGOR MALUKAN RAFIZI RAMLI DALAM SIDANG DEWAN @NajibRazak @nohomar @tunfaisal

Isu air yang melanda di Selangor memang meruncing hingga kini telah sampai ke tahap catuan bekalan air.

Ini semua berpunca daripada kekurangan bekalan air bagi kegunaan rakyat di negeri Selangor.

Kerajaan pusat pernah membuat tawaran kepada kerajaan negeri Selangor untuk membina kolam tadahan air Langat 2 yang mana air tersebut akan dibawa masuk melalui terowong dari negeri Pahang.

Tapi apa yang mendukacitakan ialah, kerajaan Selangor todak mahu menerima tawaran tersebut dan dengan angkuhnya kerajaan Selangor menerusi Menteri Besar mengatakan bahawa bekalan aor mencukupi di negeri Selangor.

Namun setelah apa yang berlaku kini, Menteri Besar Selangor telah menandatangani perjanjian untuk meneruskan projek Langat 2 demi untuk keselesaan rakyat walaupun ianya boleh diķatakan sudah agak terlewat.

Bermula dari situ, pelbagai cerita buruk kita dengar tentang kerajaan pusat oleh beberapa orang pemimpin kerajaan Selangor.

Tidak terlepas daripada menabur fitnah ialah ahli parlimen Pandan yang juga merupakan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli.

Beliau mengatakan bahawa dengan menandatangani perjanjian tersebut maka kerajaan pusat akan menaikkan kadar tarif air di Selangor.

Tapi dengan apa yang dikatakan oleh Menteri Besar Selangor semalam, toada kenaikan tarif air akan berlaku di Selangor.

Ikuti video dengan klik gambar dibawah..


Pengakuan dari Menteri Besar Selangor ini sendiri rasanya sudah mampu membuatkan Rafizi merah mukanya kerana malu, itu pun jika beliau mempunyai sifat tersebut,  kalau takde Sangkakala pun tak tau apa nak buat.

Apa yang pastinya menurut kata Menteri Besar Selangor,  selwpas penstrukturan semula syarikat konsesi air di Selangor,  tiada kenaikan akan berlaku dan bagi Sangkakala ini adalah hadiah daripada kerajaan pusat kepada rakyat Selangor walaupu  Selangor diperintah oleh kerajaan pembangkang.

Ini rasanya sudah cukup melegakan rakyat tetapi apa yang mendukacitakan pula ialah masih ada manusia yang menipu untuk kepentingan parti politik semata mata.


Tiada ulasan: