Rabu, 2 April 2014

@NajibRazak DIMINTA UNTUK MELETAKKAN JAWATAN @tunfaisal

Setiap Perdana Menteri di Malaysia bahkan diseluruh dunia sentiasa akan diminta untuk meletakkan jawatan dengan alasan tidak mampu untuk memikul tugas yang diamanahkan.

Ianya juga tidak terlepas kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana boleh dikatakan setiap hari ada sahaja manusia yang meminta beliau untuk melepaskan jawatan.


Bukan sahaja Datuk Seri Najib yang diminta untuk melepaskan jawatan malah beberapa orang Perdana Menteri aebelum ini juga diminta untuk melakukan perkara sama.

Permohonan ini bukan sahaja datangnya daripada pihak pembangkang malah ianya juga datang daripada pihak penyokong UMNO sendiri.

Sangkakala nampak ini semua ada agenda tersendiri dan bukannya untuk memperjuangkan rakyat.

Sebab apa Sangkakala katakan begitu?

Sebabnya disini ialah, jika mereka benar benar mahu memperjuangkan rakyat maka mereka akan turut sama membantu Perdana Menteri serta kerajaan dalam memajukan negara seterusbya rakyat di negara ini.

Dengan meminta Perdana Menteri melepaskan jawatan, adakah sesiapa lagi yang mampu untuk menggantikan beliau secara mendadak?

Yang menyedihkan lagi apabila ada dikalangan mereka mereka yang mengaku bahawa mereka adalah orang UMNO tetapi mereka sendiri meminta supaya pemimpin tertinggi dalam UMNO untuk melepaskan jawatan.

Sangkakala ambil contoh Kadir Jasin, beliau boleh dikatakan sebagai orang yang pintar tetapi dengan mengeluarkan laporan populariti Perdana Menteri yang hanya melibatkan seribu lebih responden yang menunjukkan kecenderungan tidak memihak kepada Perdana Menteri beliau sudah mengandaikan bahawa populariti Najib merudum.

Tapi adakah seribu lebih ini mampu untuk menutup suara berjuta juta lagi rakyat Malaysia yang masih lagi mahu Najib Razak menerajui negara?

Kalau ini yang dibuat sebagai satu bentuk laporan, Sangkakala rasa siapa juga tidak akan layak untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan mungkin Malaysia tidak perlu ada pilihanraya dimasa akan datang.

Dari sudut belia pula, Sangkakala nampak ada beberapa bekas pemimpin belia yang mula menghentam Najib dengan meminta Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan.

Yang membuatkan Sangkakala agak geli hati ialah, bekas pemimpin belia ini satu masa dulu kalah dalan pemilihan kepimpinan belia di peringkat negeri.

Bagi Sangkakala, jika untuk memimpin di peringkat belia sekalipun sudah ditolak apakah orang orang seperti ini mampu untuk menjadi pentadbir negara?

Hanya beberapa ratus orang sahaja menjadi perwakilan dan memberikan undi pun kalah, kalau beribu atau puluhan ribu Sangkakala tak yakin beliau akan mendapat kemenangan besar.

Jadi disinikesimpulan yang Sangkakala buatialah, kita perlu bangkit untuk sama sama membantu kepimpinan negara dalam usaha untuk memajukan Malaysia.

Tidak akan ada kesudahan sekiranya hanya menunding jari untuk menyalahkan orang lain sedangkan kita cuma duduk berpeluk tubuh.


Tiada ulasan: