Ahad, 27 April 2014

PERKARA YANG TAKKAN DILAKUKAN OLEH PEMIMPIN PAKATAN

Petang tadi Timbalan Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yasin telah pergi melawat Mursyidul Am PAS yang kian uzur di kediaman beliau.

Nasib baik Nik Aziz tak ludah muka Tan Sri, kalau tidak dah tentu basah lenjun kena air liur.



Tapi itu lah pemimpin Barisan Nasional yang selama ini tidak pernah bongkak dengan pemimpin pembangkang walaupun pelbagai tohmahan dilemparkan namun masih lagi sanggup untuk pergi melawat sesama saudara Islam.

Tapi akan adakah pemimpin pakatan pembangkang lain yang mahu melakukan lawatan sebegini? Atau hanya menggunakan pemimpin PAS sebagai jalan mudah untuk mendapat undi demi kepentingan politik mereka sendiri?

Walaupun Nik Aziz pernah mengatakan bahawa UMNO itu kafir, tapi pemimpin parti yang dikata dicerca ini juga yang akhirnya datang melawat.

Sebelum ini, Perdana Menteri telah melakukan lawatan keatas Nik Aziz semasa beliau di Institut Jantung Negara dan Perdana Menteri juga telah mengarahkan penerbangan untuk membawa Nik Aziz dari Kelantan untuk mendapatkan rawatan sebagai pemimpin di IJN.

Tapi perkara sebegini mulia dilakukan pun masih belum dapat membuka mata pengikut pakatan terutamanya PAS untuk bersama sama menjaga kepentingan bangsa dan agama di negara ini.

Mungkin selepas ini akan terbuka pintu hati pemimpin PAS untuk bersama sama dengan UMNO dalam mentadbir negara demi bangsa Melayu dan agama Islam.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku suka.