Isnin, 7 April 2014

PENJUALAN TANAH SELANGOR MERAGUKAN @nohomar

Kenyataan Media Datuk Seri Noh Haji Omar, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.

Saya merujuk kepada kenyataan Menteri Besar Selangor berkenaan isu penjualan tanah kpd Tropicana Sephire Sdn Bhd di laman portal Selangorku pada 26/3/2014.

1- Penjualan tanah di Canal City Kuala Langat seluas 1172 ekar atau 474 hektar  kepada Tropicana  Corp Berhad, Sapphire Index Sdn Bhd bukan berjumlah RM844 juta seperti dakwaan Menteri Besar tetapi berjumlah RM1.7 billion.

2- Penjualan tanah tersebut telah ditandatangani pada 15 April 2013 ketika "caretaker goverment" iaitu selepas pembubaran Dun pada 3 April 2013.

3- Mengikut perjanjian asal PNSB dan MBI telah menjual tanah tersebut kepada Tropicana dengan nilai RM1.3 billion dengan terma bayaran seperti berikut:

a- Tropicana perlu menjelaskan deposit sebanyak RM50 juta dalam tempoh 6 bulan pertama.

b- RM537 juta akan dibayar , berserta dengan faedah dalam tempoh 12 tahun.

c- Baki RM458.26 juta adalah  5 % daripada nilai pembangunan kasar tanah, ditambah pula dengan 3% daripada keuntungan bersih daripada projek.

3- Tropicana telah menjual 308.72 ekar daripada tanah tersebut kepada Eco World Bhd dengan nilai RM470.674 juta bersamaan dengan RM35 sekaki.

4- Pada 26/3/2014 Menteri Besar mengeluarkan kenyataan mahu Tropicana membayar jumlah harga keseluruhan tanah dengan nilai RM844 juta.

5- Dengan nilai RM844 juta ini bermakna harga tanah seluas 1172 ekar tersebut bersamaan dengan RM17 sekaki.

6- UMNO Selangor menuntut penjelasan kerajaan negeri Selangor kenapa harga tanah yang dijual kepada Tropicana tidak mengikut harga pasaran. Dalam tempoh kurang dari 1 tahun tanah Canal City dijual kepada Eco World dengan harga sekali ganda daripada harga asal.

7- Bagaimana Menteri Besar selaku Pengerusi PNSB boleh membenarkan perjanjian jual tanah berlaku ketika Caretaker Goverment.

8- Laporan kepada SPRM akan dibuat kerana UMNO Selangor melihat ada berlaku ketirisan dalam perjanjian jual beli yang dibuat.

Datuk Seri Noh Omar
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor.




Sent from Samsung Mobile

Tiada ulasan: