Selasa, 15 April 2014

PEGAWAI KHAS MENTERI YANG TAK TAU JAWAB PANGGILAN @shaberyc

Agak kecewa sikit Sangkakala apabila pegawai khas kepada YB Menteri agak susah untuk menjawab panggilan telefon.

Walaupun nombor tidak dikenali tapi bila dah ada panggilan masuk melalui nombor tersebut sudah pasti orang yang membuat panggilan memperolehi nombor daripada orang yang dikenali oleh beliau.

Apa ke susah sangat nak jawab panggilan telefon daripada orang ramai, sibuk sangat ke jadi pegawai khas kepada Menteri tu atau hanya membodek agar jawatan tersebut dijawat kemudian labihkan kepentingan diri?

Kalau macam ni punya pegawai khas, macam mana orang nak hormat pada Menteri? Ada ke sesiapa yang akan merasakan bahawa Menteri tersebut mesra dengan rakyat?

Setahu Sangkakala, Menteri melantik pegawai khas adalah untuk membantu beliau dalam urusan urusan membabitkan rakyat, tapi kalau dah panggilan telefon tak berjawab, lepas tu langsung tak membuat panggilan semula, Sangkakala rasa yang akan menerima tempias adalah menteri berkenaan.

Si pegawai khas takkan terima apa apa masalah sebab tiada apa apa kepentingan dengan rakyat.

Tapi biasanya pegawai khas yang macam ni akan memberi laporan terbaik kepada Menteri dan Menteri tu pulak akan tersenyum lebat tanpa mengetahui masalah sebenar.

Dan Menteri ini pula akan dikritik di belakang hingga satu masa nanti orang yang membuat panggilan akan memberontak dengan memberitahu keburukan sikap pegawai khas beliau.

Jadi nampaknya sekarang Sangkakala nak bersuara dalam blog yang tak seberapa ni, dan kepada pembaca, tolong berikan kerjasama sekiranya ada pegawai pegawai khas yang bersikap begini, maklumkan pada Sangkakala dan Sangkakala pula akan masukkan dalam blog Sangkakala.

Agaknya ini cara kita nak membantu para menteri supaya dapat mengesan sikap segelintir pegawai khas mereka yang tiada rasa tanggungjawab dalam melaksanakan amanah yang diberikan kepada mereka oleh menteri.



1 ulasan:

PUTRA MERDEKA berkata...

sebut la siapa bro, baru kita orang boleh pick up news..