Sabtu, 26 April 2014

PANAS !!! KILANG CARLSBERG TERUS MENERIMA AIR DI SELANGOR

Syarikat Nestle dikatakan telah mengalami kerugian jutaan ringgit ekoran catuan air yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan di Selangor.

Dan sudah pasti yang lebih terasa tentang ketiadaan air ini adalah rakyat Selangor yang terbabit sama dalam catuan walaupun hujan sejak kebelakangan ini turun mencurah curah hingga mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan.

Tapi perasan atau tidak, atau pengikut pakatan ini sudah buta mata kerana terlalu taksub dengan pemimpin mereka bahawa kilang Carlsberg tidak mengalami masalah air.


Adakah ini bermakna kilang arak yang berada di Shah Alam ini sentiasa menerima air dari kerajaan untuk beroperasi?

Kalau tiada bekalan air, apakah kilang arak ini mampu untuk beroperasi tanpa kerugian sedangkan syarikat syarikat lain mengalami kerugian bukan sahaja jutaan malah puluhan juta kerugian sudah ditanggung.

Lagi satu, dengan hasil jualan juga mencecah jutaan ringgit, Sangkakala yakin jika kilang syarikat ini terjejas, sudah pasti akan ada tindakan undang undang diambil terhadap kerajaan Selangor oleh syarikat tersebut.

Dan apabila mereka mendiamkan diri, ini bermakna syarikat Carlsberg tidak mengalami maslaah ketiadaan air seperti mana yang dihadapi oleh kilang lain serta rakyat Selangor.

Pengikut PAS dan PKR mahupun DAP boleh lah melihat senario ini dengan lebih dekat dan lebih baik sebab mungkin kerana kilang ini juga, maka rakyat masih dicatu penggunaan airnya.

Cuma nampaknya Barisan Nasional yang beriya iya meminta supaya catuan ini dihentikan tetapi bagi kerajaan Selangor, ianya tidak menjadi masalah.

Klik gambar untuk video

Klik gambar untuk video

Saksikan bagaimana ADUN BN mendesak supaya catuan air ini dihentikan tetapi ianya seperti mencurah air ke daun keladi, kerajaan Selangor tetap dengan pendiriannya bahawa catuan akan berlanjutan hingga satubmasa yang diberitahu kelak .


Tiada ulasan: