Isnin, 7 April 2014

SUARAM BAKAL JAHANAMKAN KEPIMPINAN PKR !!! TIAN CHUA SENYUM LEBAR

Nampak gayanya dalam pemilihan PKR kali ini akan lebih panas dan hangat, bukan sahaja dari sudut pemilihan Presiden yang bertanding diantara suami dan isteri malah ianya lebih hangat dari itu.

Pertandingan 3 penjuru jawatan Timbalan Presiden juga perlu diambil kira kerana ianya juga bakal menghangatkan suasana politik dalaman PKR.

Tian Chua yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Timbalan Presiden selain dari Khalid Ibrahim nampaknya mempunyai kekuatan yang berganda daripada Menteri Besar Selangor serta penyandang jawatan tersebut.


Menurut daripada apa yang ditulis oleh rakan blogger Sangkakala, double Y telah menulis bahawa SUARAM menaja Tian Chua ekoran kebijaksanaan beliau dalam menimbulkan persepsi serta fitnah dan seterusnya melaga lagakan orang orang Melayu dan diantara parti parti komponen Barisan Nasional.

Tapi bagi Sangkakala, persoalan kenapa SUARAM menaja Tian Chua tidak begitu kuat, Sangkakala lebih suka mengambil pendekatan untuk bertanya darimana SUARAM mendapat DANA untuk menaja Tian Chua?

Apakah benar desas desus yang mengatakan selama ini bahawa SUARAM mendapat penjanaan kewangan dari negara luar untuk menjalankan kerja kerja menghuru harakan keamanan dan kestabilan negara.

Ada beberapa laman media pernah mengeluarkan kenyataan bahawa memang benar bahawa SUARAM mendapat DANA yang agak besar dari negara luar demi untuk merealisasikan hajat mereka untuk mengganggu gugat kestabilan dan ekonomi Malaysia.

Rakyat Malaysia perlu mengambil kira semua perkara ini kerana ianya akan melibatkan kehidupan, ekonomi dan kestabilan masyarakat di dalam negara.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"Mereka" mahu menjadikan PKR sebagai parti Gerakan yg ke 2...