Isnin, 28 April 2014

MENTERI KEWANGAN KEDUA GAGAL BAGI KEFAHAMAN TENTANG GST

Ramai lagi dikalangan rakyat Malaysia yang masih terpinga pinga tentang GST dan kini hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat dan sekiranya cukai baharu ini menemui kegagalan maka rakyat takkan teragak agak untuk menghukum kerajaan pada pilihanraya akan datang.

Sangkakala menyifatkan bahawa kegagalan ini adalah berpunca daripada kegagalan Menteri Kewangan Kedua yang tidak begitu serius dalam memberikan pendedahan tentang perlaksanaan GST yang akan dilaksanakan pada tahun 2015 nanti.


Mungkin bagi Menteri yang berpendidikan tinggi faham akan bagaimana pelaksanaan GST di negara negara luar, tetapu bagaimana pula dengan pemahaman rakyat di Malaysia khususnya di pinggir bandar atau di luar bandar yang mana rata rata anak anak mereka menetap di bandar bandar besar seperti Kuala Lumpur dan sebagainya.

Satu persoalan yang menarik perhatian ialah, adakah harga barangan akan turun atau naik selepas GST dilaksanakan, dan bagi jawapan seorang menteri, akan ada sedikit kenaikan setelah GST dilaksanakan.

Jika akan ada kenaikan maka bebanan akan dirasai oleh mereka yang tinggal di bandar bandar besar dan apabila bebanan ini dirasai oleh mereka maka ianya akan menular ke kampung kampung.

Bagaimana ianya akan menular ke kampung?

Macam yang Sangkakala katakan tadi, ramai dikalangan mereka yang berada di kota kota atau bandar bandar besar mempunyai keluarga di kampung dan mereka ini menyara keluarga di kampung dengan pendapatan sedia ada.

Sekiranya terdapat kenaikan harga barang, maka untuk menghantar bantuan kewangan ke kampung terpaksa dikurangkan dan jika ada pertanyaan daripada keluarga di kampung maka jawapan amat mudah diberikan iaitu harga barangan naik disebabkan GST dan menreka tidak mampu menghantar wang sepertimana selalu ke kampung halaman.

Itu salah satu sebab kenapa Barisan Nasional yang kini masih mendapat tempat di kampung kampung akan mula kehilangan kerusi di kawasan kawasan tersebut.

Bagaimana dan kenapa Sangkakala mengatakan bahawa ini adalah kegagalan Menteri Kewangan Kedua?

Sebab segala penyampaian dan maklumat tentang GST ini dilakukan oleh Menteri Kewangan Kedua, sepertimana mana yang dilakukan baru baru ini di Janda Baik, kononnya ada kursus diberikan kepada jentera yang akan menerangkan apa itu GST, tapi cuba tanya balik jepada yang hadir kursus tersebut, berapa peratuskan pemahaman mereka tentang GST?

Ada yang mengakui bahawa pemahaman mereka kurang dari 10 peratus dan adakah mereka ini mampu untuk memberikan maklumat kepada rakyat tentang GST?

Begitu juga tentang bajet yang dikatakan bernilai sehingga 17 juta ringgit untuk tujuan promosi, adakah ianya digunakan sebaik mungkin, Dan kalau diikutkan dengan apa yang berlaku hari ini, bagi Sangkakala ianya hanyalah sia sia.

Tapi Menteri mengatakan dengan penuh keyakinan bahawa rakyat sudah memahami apa itu GST tetapi mungkin Pak Menteri ni lupa, jika rakyat benar benar faham tentang GST, sudah pasti himpunan yang bakal dilangsungkan pada 1 Mei nanti tidak akan berlaku.

Oleh kerana kekurangan pemahaman inilah maka ada pihak yang mengambil kesempatan menangguk di air yang keruh untuk menyalahkan kerajaan.

Dan satu Sangkakala ingatkan kepada mereka yang bertanggungjawab dalam memberikan maklumat kepada rakyat bahawa, kegagalan memberikan maklumat ini adalah kegagalan kamu semua.



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku pun tak faham gak, kalau ikut iklan kat tv, cukai dari 16% akan disatukan jadi 6% je, ini bermakna harga barang akan turun, mcamana boleh jadi naik... kalau naik, bermakna GST tu akan membebankan rakyat, aku pun sokong GST tak dilaksanakan... tpi klau semamangnya terpaksa naik kena jelaskan betul2 kepada rakyat kenapa boleh naik? Dan apa bezanya dengan GST dgn tanpa GST....

Tanpa Nama berkata...

Kalau tak silap saya GST ini , 10% sahaja harga barang akan naik. 48% turun dan 42% kekal.

Tanpa Nama berkata...

Kalau hang tak suka GST boleh balik ke Indonesia atau China atau India atau tempat berasal kamu, faham?

Tanpa Nama berkata...

Tanpanama diatas, penulis hanya meluahkan apa yang dia rasa, tak perlu nak mengata sampai macam tu, kalau kamu terlalu faham akan GST, apa kata kamu terangkan disini, Malaysia ni oun bukan bapa kamu punya nak halau orang, aku sokong apa yang Sangkakalajari9 katakan, sebab memang ramai yang teraba-raba pasal GST ni, syabas Sangkakalajari9.

Tanpa Nama berkata...

Aq setuju sgt2 dgn admin bout gst. Nk terangkan kt kwn2 pasal gst pun ambo goyang
means mmg xfhm la. Nasib tanpanama diatas bkn menteri. Kalu idak awk la yg kena buang neg.. sembang molek2 bohhh

Tanpa Nama berkata...

Banyak yg tak faham. Cukai yg ada sekarang (SST) ialah 10% sales tax dan 6% adalah service tax. Bukan semua 10+6. 10+6 hanya terpakai direstoran2.

Contohnya sekarang kalau kita makan kat McDonald kita order Burger dan Cocacola. Patty yg McDonald beli dari supplier ada 10% sales tax. Begitu juga Cocacola McD bayar 10% Sales tax. Bila McD jual kpd kita McD akan kenakan service tax 6%. Maknanya kita bayar cukai berganda. Cukai atas cukai. Ini tak sepatutnya berlaku. Kenapa kita kena bayar cukai atas cukai?

Dengan GST McD boleh claim balik dari kerajaan cukai 10% yg dibayar masa beli Patty dan Cocacola tadi. Maknanya harga makanan akan lebih murah.

Jika kita beli barang sekarang kita bayar 10% Sales Tax. Dgn GST kita hanya perlu bayar 6% sahaja. Maknanya barang sepatutnya akan lebih murah. Tak susah pun nak faham. Hanya yg ada kepentingan politik aja buat2 susah faham.

Tanpa Nama berkata...

Banyak yg tak faham. Cukai yg ada sekarang (SST) ialah 10% sales tax dan 6% adalah service tax. Bukan semua 10+6. 10+6 hanya terpakai direstoran2.

Contohnya sekarang kalau kita makan kat McDonald kita order Burger dan Cocacola. Patty yg McDonald beli dari supplier ada 10% sales tax. Begitu juga Cocacola McD bayar 10% Sales tax. Bila McD jual kpd kita McD akan kenakan service tax 6%. Maknanya kita bayar cukai berganda. Cukai atas cukai. Ini tak sepatutnya berlaku. Kenapa kita kena bayar cukai atas cukai?

Dengan GST McD boleh claim balik dari kerajaan cukai 10% yg dibayar masa beli Patty dan Cocacola tadi. Maknanya harga makanan akan lebih murah.

Jika kita beli barang sekarang kita bayar 10% Sales Tax. Dgn GST kita hanya perlu bayar 6% sahaja. Maknanya barang sepatutnya akan lebih murah. Tak susah pun nak faham. Hanya yg ada kepentingan politik aja buat2 susah faham.

Tanpa Nama berkata...

Bg kami xkesah bnyk mana pun ckai gst ke sst 6% ke10%ke hatta 50% skalipun kmi pndukung kuat parti umno snggup melakukn apa sja demi keselesaan pemimpin kami.naik lah bnyk mana hga brng naiklah tngi mana harga mnyak kmi sbgai umno pekat rela brlapar bgolok bgadai untuk umno brisan nasional tercnta.mana2 yg xsetuju nyah dri mlaysia...kohkohkoh...dulu kini dan slamanya kahak tuihhhh