Selasa, 29 April 2014

LELAKI BERANG DI TANAH PERKUBURAN

Pagi tadi Sangkakala telah dipanggil untuk pergi ke tanah perkuburan di seksyen 8 Kota Damansara dan dikatakan lelaki berang dengan apa yang berlaku keatas kubur arwah isteri beliau yang merupakan seorang mu'alaf serta beberapa puluh kubur yang lain.

Rupa rupanya lelaki ini berang apabila kubur umat Islam dikawasan tersebut termasuklah kubur isteri beliau yang meninggal kira kira 55 hari yang lalu tidak mengadap ke kiblat sepertimana yang biasa dilakukan.

Turut hadir bagi memastikan keadaan tersebut ialah ADUN Kota Damansara yang dimaklumkan oleh lelaki tersebut semalam dan beliau menyatakan bahawa beliau telah membuat laporan kepada JAIS dan MAIS namun tidak ada tindakan yang diambil bagi menghalang atau memberhentikan pengkebumian yang dilakukan selepas dari tarikh kematian isteri beliau.

Klik gambar untuk video

Lelaki itu juga mendakwa bahawa pengurusan tanah perkuburan yang diselenggara oleh MPPJ ini tidak membenarkan pengkebumian jenazah pada waktu malam walaupun telah memiliki permit pengkebumian daripada pihak polis atau hospital.

Ini berlaku beberapa bulan lepas apabila ada kematian akibat kemalangan tidak dibenarkan dijalankan pengkebumian sebelah malam walaupun pihak hospital telah mengeluarkan surat permit kebenaran pengebumian.

Alasan yang diberikan oleh penjaga kawasan perkuburan tersebut ialah, jika satu satu jenazah hendak dikebumikan pada waktu malam, waris perlu melaporkan perkara tersebut kepada pengurusan tanah perkuburan sebelum pukul 5 petang.

Sangkakala rasa dah macam ada waktu pejabat pulak kalau nak kebumikan orang dikawasan tersebut dan apa pula alasan yang diberikan oleh penjaga kawasan tanah perkuburan di kawasan ini?

Satu lagi kes ialah, ada waris simati yang dikuburkan dikawasan ini mahu bersedekah kepada kubur lain dari segi binaan kubur juga tidak dibenarkan oleh penjaga tanah perkuburan tersebut kerana dikatakan risau jika waris perkuburan yang dimaksudkan akan mengambil tindakan.

Bagi Sangkakala, dalam hal ini amatlah tidak bertamadun kepada waris yang tidak membenarkan orang lain untuk membuat binaan (seperti yang diluluskan) keatas kubur keluarga mereka dan bagi Sangkakala, waris simati akan mengucapkan syukur keatas hadiah yang diberikan.

Kita berbalik kepada kiblat perkuburan tadi.

Bagi Sangkakala, adalah amat tidak wajar jika penjaga kubur berkenaan tidak tahu akan cara orang Islam mengebumikan jenazah dimana ianya haruslah menghadap ke kiblat dan penjaga ini seperti tidak mengendahkan laporan yang dibuat oleh beberapa orang lagi waris bahawa perkuburan yang ada kini telah silap.

Ini telah membuatkan waris kepada simati menjadi marah dan mereka memanjangkan perkara tersebut kepada jabatan yang bertanggungjawab.

Apa yang lebih membuatkan Sangkakala rasa terkilan ialah, ADUN Kota Damansara telah bertindak menghubungi JAIS dan MAIS namun pegawai yang ditugaskan tidak ada di pejabat kerana menghadiri satu mesyuarat.

Namun YB Halimaton tetap berusaha untuk menyelesaikan permasaalahan ini dengan bertindak menghubungi EXCO agama kerajaan negeri Selangor namun panggilan beliau tidak dijawab.

Apa nak jadi ni, seorang wakil rakyat menghubungi seorang EXCO untuk menyelesaikan masalah seolah olah tidak dilayan dan inikah cara pentadbiran yang ada di Selangor pada hari ini?

Kepada YB Solihin, Sangkakala nak maklumkan disini bahawa, jika tiada apa apa masalah, tidak ada sesiapa pun yang akan menghubungi YB, oleh kerana ada permasaalahanlah maka YB Halimaton membuat panggilan tersebut supaya ianya dapat diambil tindakan segera dari kerajaan negeri.

Kalau dah panggilan telefon dari seorang wakil rakyat tidak dipedulikan, adakah panggilan telefon dari rakyat akan diambil kisah oleh YB Pakatan yang bergelar EXCO ni? Sama sama kita fikirkan.

Tiada ulasan: