Ahad, 27 April 2014

PAKATAN MILIKI SEORANG PEGUAM BODOH @PDRMsia @tunfaisal

Malang sungguh nasib pakatan pembangoang di Malaysia ni apabila mempunyai seorang peguam yang agak bodoh dalam hujahnya.


N.Surendran membidas kenyataan Ketua Polis Negara yang berkeras mahukan notis selama 10 hari diberi kepada pasukan keselamatan tersebut jika mana mana pihak ingin membuat sebarang perhimpunan.

Surendran menggunakan kuasa yang digunakan oleh mahkamah bahawa tidak ada undang undang yang boleh diambil terhadap penganjur serta peserta himpunan aman seperti mana yang berlaku keatas Nik Nazmi yang didakwa atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram oleh mahkamah rayuan.

Sebab apa Sangkakala kata Surendran ni bodoh?

Sebab salah satunya ialah, pihak polis meminta notis selama 10 hari tu untuk melakukan persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan.

Bukan bapak ngan mak si Surendran ni je yang nak datang berhimpun nungkin ianya akan mencecah ratusan orang dan pihak polis perlu mengambil langkah keselamatan demi menjamin keselamatan orang awam apabila kera dan beruk berhimpun.

Maklumlah pengikut pakatan yang berhimpun ni mana ada hati atau perasan, tengok apa yang berlaku dalam himpunan BERSIH dulu, beriya penganjur berjanji ianya akan berjalan dalam keadaan aman dan makmur, tapi kesudahannya berlaku juga rusuhan.

Ini membuatkan pihak polis bertindak meminta notis himpunan dan kalau korang nak berhimpun depan rumah Anwar atau Ambiga dan tak pergi ke tempat tempat tumpuan orang ramai lantak korang le.

Sangkakala kadang kadang pelik juga dengan puak puak pakatan ni, sikit sikit nak berhimpun nak berkumpul, dah takde kerja lain ke? Atau sengaja nak mencari publisiti murahan?

Sangkakala sokong apa yang diminta oleh pasukan polis dan kalau agak tak boleh nak patuhi undang undang silakanlah duduk dalam rumah masing masing dan jangan ganggu ketentetaman majoriti rakyat Malaysia yang cintakan keamanan.



Tiada ulasan: