Ahad, 27 April 2014

@ismailsabri60 #DSIS 180 LADANG TERNAKAN LEMBU AKAN DIBUKA ?? BANYAKNYA !!!

Datuk Seri Ismail Sabri mengatakan bahawa Malaysia menyasarkan sebanyak 180 ladang ternakan lembu menjelang 5 tahun akan datang.


Ini adalah untuk menangani masalah kekurangan bekalan daging lembu setelah negara terpaksa bersaing dengan China yang kini menjadi pengimport terbesar lembu dari Thailand.

Beliau berkata di Bera baru baru ini bahawa negara akan meningkatkan kewujudan ladang ladang ternakan yang kini berjumlah sebanyak 60 buah ladang kepada 180 buah ladang ternakan

Ini juga sebenarnya dapat mengurangkan kebergantungan negara terhadap lembu import dan kini kita terpaksa mengimport lembu daripada beberapa buah negara bagi menampung keperluan daging negara.

Sangkakala amat yakin dengan penyasaran kerajaan ini, ramai dikalangan rakyat Malaysia khususnya anak anak muda Melayu akan menceburkan diri dalam penternakan lembu pedaging.



1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alamak! 180 lagi kes NFC ni!

Harga kondo pasti naik ni!