Hebat sungguh kerajaan negeri Selangor menipu rakyat, mana tidaknya dalam kerajaan Selangor mengatakan rizab kerajaan negeri sudah mencapai 3 billion ringgit, rupanya kerajaan menanggung rugi lebih dari 3 billion.
Ini diakui sendiri oleh Menteri Besar semasa sesi soal jawab dalam sidang DUN semalam mengenai projek terbengkalai di negeri Selangor.
Menurut Menteri Besar, ada lebih dari 100 projek terbengkalai di Selangor yang melibatkan wang sebanyak lebih 3 billion.
Ikuti video pengakuan Menteri Besar dengan klik gambar dibawah.
Jadi disini Sangkakala rasa tidaklah sehebat mana kerajaan Selangor yang mengatakan bahawa mereka bijak mengurus tadbir kewangan kerajaan negeri.
Dengan kerugian yang sebegitu besar, adakah masih lagi layak kerajaan Selangor mengisytihar bahawa mereka telah berjaya mengumpul rizab sebegitu tinggi?
Rizab tolak rugi pun masih lagibterhutang sebab kerajaan negeri mengatakan bahawa rizab Selangor berjumlah 3 billion ringgit, tetapi projek terbengkalai melebihi 3 billion ringgit.
Mungkin Menteri Besar tersilap kali ni dengan membuka pekong tersebut di dalam sidang Dewan Undangan Negeri dan mungkin juga ini adalah langkah pertama untuk rakan rakan beliau sendiri menyayakan undi tidak percaya kepada Menteri Besar nanti.
1 ulasan:
Sembang ada rizab 3billion tapi ada hutang bank islam..org kaya tak mampu byr hutang?? Keturunan puak2 mangkok taik penipu sampai masuk kubur..haram aku tak undi PR dah nanti
Catat Ulasan