Isnin, 14 April 2014

PAS MAKIN TERTEKAN !!! HUDUD BAKAL MENDAPAT TENTANGAN DI PARLIMEN

Dalam untuk melaksanakan hukuman hudud di Kelantan, PAS perlu mendapat undi sekurang kurangnya 40 ahli parlimen bukan Islam bagi membolehkan enakmen tersebut dilakukan di Kelantan.


Itu kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim tentang hukuman Hudud yang hendak di laksanakan oleh PAS di negeri Cik Siti Wan Kembang tersebut.

Tapi adakah PAS akan memperolehi undi yang sebegitu banyak daripada ahli parlimen bukan Islam dalam parlimen yang kebabyakannya adalah dari pembangkang?

Perkara ini telah dibangkitkan satu masa dulu apabila PAS mengatakan bahawa mereka mahukan sebuah Negara Islam dan Malaysia akan dijadikan negara tersebut sekiranya pakatan memerintah.

Tapi jawapan yang diterima daripada bekas Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh pula ialah "over my death body" yang membawa maksud langkah mayat saya dahulu yang secara tetang terangan membuktikan bahawa tiada persefahaman diantara parti yang bergabung dalam pakatan.

Baru baru ini Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali pula telah meminta supaya PAS menghormati keputusan mesyuarat Pakatan Pembangkang yang mengatakan bahawa tiada negara Islam akan dibangkitkan semula tetapi digantikan dengan negara berkebajikan.

Jadi sekarang adakah PAS akan terus melaksanakan apa yang dihajati oleh mereka selama ini setelah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom mengatakan bahawa tiada halangan untuk kerajaan pusat meluluskan enakmen undang undang hudud di Kelantan dan meminta agar PAS membawa usul tersebut ke Parlimen.

Selama ini PAS seringkali menggunakan alasan Hudud untuk memerangi UMNOBdan Barisan Nasional kononnya tidak mahu melaksanakan hukum Allah dan AlQuran sehingga membuatkan PAS menuduh bahawa UMNO itu kafir.

Kini semua pengikut PAS yang lama dan baru boleh melihat siapa yang memperdagangkan agama demi parti? Sama ada PAS atau UMNO.

Walaupun pernah dilabel sebagai sebuah parti kafir kerana berkerjasama dengan parti bukan Islam (MCA dan MIC) UMNO tetap menjadi tunggak dan mengepalai barisan komponen Barisan Nasional dan ini membuatkan UMNO itu mengepalai pemerintahan negara.

Tapi bagaimana pula dengan PAS? Adakah mereka dihormati dalam barisan pembangkang atau mereka menjadi tunggangan untuk DAP dan PKR mendapat undi dari pengikut PAS seterusnya mengurangkan kerusi dimana boleh dimenangi oleh PAS itu sendiri.

Kepada pengikut pakatan pembangkang khususnya PAS, hanya parti Melayu Islam sahaja yang mampu mempertahankan Islam di Malaysia tetapi bukan dengan mendampingi parti rasis seperti DAP dan PKR.




Tiada ulasan: