Khamis, 3 April 2014

KHALID BERANG DENGAN KEPUTUSAN MESYUARAT PKR

Sangkakala dapat beberapa berita yang mengatakan bahawa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim digesa suoaya melepaskan jawatan beliau sebagai Menteri Besar.

Betul ke semua ni atau ianya hanya mainan puak pembangkang terutamanya PKR yang seringkali melakukan perkara perkara bodoh seperti pengosongan kerusi DUN dan sebagainya.


Kalau benar apa yang didakwa oleh beberapa orang rakan dalam PKR, Sangkakala rasa apa yang selama ini diperkatakan oleh PKR tentang kehebatan Khalid mentadbir negeri sehingga Selangor memiliki rizab hingga mencecah hampir 3 billion ringgit adalah omongan kosong semata mata.

Kita selalu diperdengarkan dengan kenyataan yang mana pemimpin PR mengatakan bahawa Khalid mentadbir kerajaan Selangor dengan penuh kejayaan setelah berjaya menambah rizab kerajaan negeri.

Bagi Sangkakala pula, adalah amat menghairankan apabila seorang yang dikatakan hebat dalam pentadbiran tiba tiba diminta untuk melepaskan jawatan.

Adakah Khalid tidak lagi layak untuk menjadi Menteri Besar hingga beliau dipaksa sedemikian?

Dan apa yang paling penting sekali ialah, siapa yang akan menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar jika beliau melepaskan jawatan tersebut.

Jika benar dakwaan yang Sangkakala dengar ini, maka kita semua boleh membuat rumusan dimana kepimpinan Pakatan sememangnya tidak pandai mengenang budi dimana sejak awal lagi Khalid sudah berjuang demi untuk mengekalkan kerajaan Pakatan kekal di Selangor kini beliau akan disingkirkan seperti menguis sampah di tepi jalan.

Apa nak buat Tan Sri, terimalah nasib yang mana ianya ditentukan oleh pemimpin pakatan pembangkang dan nampaknya Khalid akan kecundang untuk menjadi Timbalan Presiden juga berikutan kehilangan kepercayaan kepimpinan kepada beliau untuk mentadbir Selangor.



Tiada ulasan: