Semalam telah tersebar satu insiden dimana dikatakn seorang blogger proBN yang berada dalam kesusahan tidak mendapat perhatian oleh pemimpin setempat.
Bagi Sangkakala itu adalah perkara biasa yang dialami oleh para penggiat media yang berjuang bermati matian sejak tahun 2008.
Memang bukan semua yang nenerima nasib sebegitu, tapi dapat Sangkakala huraikan bahawa ramai yang mengalami pengalaman dipinggirkan seperti yang dialami oleh blogger tersebut.
Walaupun permasaalahan rakan blogger Sangkakala ini telh diselesaikan namun bagi yang lain lain, masalah bakal kunjung tiba dan menanti pada bila bila masa.
Pernah juga terdengar tentang cubaan untuk mewujudkan jabatan media sosial untuk mengambil berat tentang permasaalahan penggiat media ni, tapi semua tu ibarat hangat hangat tahi ayam semata mata.
Bagi mereka yang telah mendapat tempat di kalangan pemimpin mungkin permasaalahan tidak berapa dirasai, tapi bagi mereka yang tidak mendapat tempat, kesempitan hidup menjadi gangguan dan menjadi igauan ngeri mereka setiap hari tidak kira siang atau malam.
Ada juga dikalangan rakan rakan yang sanggup berhenti kerja semata mata mendengar janji manis daripada pemimpin dan kini mereka ibarat layang layang terputus talinya.
Bagi pemimpin pula, mereka ini hanya akan dicari apabila ada permasaalahan di alam maya dan pada masa itu barulah kelam kabut para pemimpin ini datang mencari penggiat media tidak kira blogger, facebooker atau penggiat media di platform yang lain.
Ini adalah satu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dimana Sangkakala lihat sebelum pilihanraya yang ke13 lalu, ada dikalangan penggiat media ni sampai kena ugut dengan pengikut pembangkang.
Cuba bayangkan, sampai begitu sekali pengorbanan para penggiat media yang rata ratanya berjuang demi parti hingga sanggup membahayakan diri.
Dalam kes saman jangan cerita lah, telah beberapa orang rakan blogger di saman oleh pihak yang tidak berpuas hati dengan penulisan mereka yang menghentam pembangkang.
Sudah setahun UMNO dan Barisan Nasional mengekalkan pemerintahan di pusat dengan majoriti yang agak tipis namun kepimpinan dilihat seolah olah selesa dengan pencapaian yang diperolehi.
Bukanlah maksud Sangkakala penggiat media ni menjadi penentu kepada kepimpinan kerajaan, tapi sedikit sebanyak mereka ini ada menyumbang ke arah kemenangan dan perkara ini tidak boleh juga diambil ringan.
Jadi kepada pemimpin, Sangkakala harap supaya dapat melihat lihat rakan rakan Sangkakala yang berada dalam kesusahan paling tidak pun berilah mereka peluang untuk menjana kehidupan mereka untuk terus berjuang mempertahankan UMNO dan Barisan Nasional.
Jangan nanti akan ada ramai lagi yang kecil hati terhadap kepimpinan hingga sampai satu masa nanti tidak akan ada yang mahu tampil untuk memberikan bantuan atau menghulur tangan mereka dalam sama sama mengekalkan kerajaan sedia ada di Pusat mahupun negeri negeri dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional.
6 ulasan:
Nak main blog, je. Tak hendak kerja macam ramai orang lain. Lepas tu nak minta habuan konon jalakan kerja membantu kerajaan lah, UMNO lah, BN lah, agama lah, Bangsa lah, Negara lah.
Siapa suruh blog? Tak de orang suruh pun.
Pandai-pandai sendiri je.
apa cer? Bleh bagi link asal atau sumber?
Haha habis madu sepah kena buang ler tooo..memang perangai pemimpin umno macam tu dulu kini dan selamanya
Kena saman dah buat cite pitnah.pitnah dan seks brpsah tiada umno ni
Tak ada siapa pun suruh lu buat blog atau berfacebook. Tak ada siapa pun suruh lu sibuk masuk politik. Sendiri fikir lah bro.
Gomo boleh cakap le, dia dah kaya raya hasil samun duit pemimpin, kena saman pun takde masalah, sangkakalajari9 ni luahkan perasaan je bro, lu pun hebat blig porno je, lu yang kena pikir gomo muahahaja
Catat Ulasan