Ahad, 27 April 2014

@ismailsabri60 #DSIS HARGA DAGING LEMBU BAKAL MELAMBUNG ??? LEPAS NI NAK MAKAN APA ???

Ada sesetengah pihak nampak gayanya sedang menangguk di air keruh dengan mengatakan bahawa harga pasaran daging lembu akan meningkat sehingga RM 40 sekilo.

Ni mana punya pasukan pulak ni yang pandai pandai nak kata harga daging lembu naik sampai macam tu sekali?

Dakwaan ini telah disangkal oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang mengatakan bahawa pihak Gabungan Persatuan Penternak Ruminan telah memberikan jaminan yang harga daging lembu tidak akan naik.


Pihak FAMA juga telah mengambil pendekatan dimana penternak boleh memasarkan hasil ternakan mereka seperti di daging lembu di lebih dari 500 kawasan pasar tani di seluruh negara, jadi macam mana nak naik kalau dah peniaga terdiri daripada pengeluar sendiri.

Mereka (penternak) juga boleh menggunakan rumah sembelih yang telah ditetapkan oleh kerajaan bagi menjamin hasil dapat dipasarkan di kawasan masing masing.

Begitu juga dengan kemasukan lembu hidup dari beberapa buah negara termasuklah Amerika Selatan sebanyak lebih daripada 20 ribu ekor setahun dan ini juga menjamin harga daging daripada menerima kenaikan.

Jadi kepada pihak pihak yang tak betapa nak pasti, Sangkakala rasa adalah lebih baik kalau buat penyelidikan dulu sebelum buat kenyataan sebab setiap kenyataan akan mempengaruhi masyarakat dan jangan sampai kita dilihat sebagai pengkritik yang tiada berasas.


Tiada ulasan: