Jumaat, 25 April 2014

@NajibRazak ADA AKTA TAK BOLEH PAKAI !!! MALAYSIA NAK JADI APA ??

Mana mana negara dalam dunia mempunyai undang undang masing masing dan negara negara ini menguatkuasakan undang undang mereka secara total demi untuk menjamin keselamatan negara dan mendisiplinkan rakyat supaya lebih menghormati undang undang yang digubal.

Tapi di Malaysia lain pula halnya apabila Mahkamah hari ini membebaskan Nik Nazmi atas tuduhan menganjurkan perhimpunan haram dan gagal menyerahkan notis seperti mana yang dikehendaki.


Mengikut kata Hakim yang membebaskan Nik Nazmi, POLIS BOLEH MENGENAKAN SEKATAN KEATAS HIMPUNAN TETAPI TIDAK BOLEH MENGAMBIL TINDAKAN TERHADAP PENGANJUR ATAU PESERTA HIMPUNAN YANG TIDAK MEMATUHINYA.

Apa maksud kata kata diatas tu? Kalau dari apa yang Sangkakala fahami, peserta atau penganjur boleh melakukan rusuhan juga semasa himpunan dan pihak polis tidak boleh mengambil apa apa tindakan.

Hakim Mahkamah Rayuan yang membebaskan Nik Nazmi ni juga dulu dikatakan pernah menjadi calon PAS, adakah ada apa apa hubungkait diantara perkara ini dengan pembebasan Nik Nazmi?

Sangkakala nampak Peguam Negara juga gagal memainkan peranan dalam memastikan undang undang dikuatkuasakan dengan sempurna dan pemilihan hakim hakim mahkamah juga Sangkakala lihat seperti tangkap muat.

Menteri yang bertanggungjawab juga perlu mengambil berat akan perkara perkara seperti dalam pemilihan hakim hakim mahkamah, jangan main campak siapa yang dirasakan bagus, kena selidik latar belakang hakim tersebut, apa track record sepanjang kehidupan mereka, bukan hanya dari segi penglibatan dalam penghakiman semata mata.

Cuma kesalan Sangkakala kini ialah, kita mengatakan bahawa undang undang di Malaysia adalah yang terbaik dan ini tidak dinafikan cuma cara melaksanakan undang undang tersebut amat mengecewakan.


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Setuju dgn pendapat tuan SJ...