KUALA LUMPUR: Muafakat merupakan kaedah terbaik untuk membina sesebuah negara berbanding demonstarsi di jalan raya, kata Pengerusi Biro Pengajian Tinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim.
Razali berkata golongan muda terutama mahasiswa perlu memahami bahawa sesuatu tindakan yang mahu dibuat perlu dilihat kesan baik dan buruk kepada diri sendiri dan negara.
Katanya, banyak pihak yang sering mengkritik apa sahaja tindakan kerajaan tetapi tidak pernah memberi sumbangan dari segi buah fikiran untuk menambah baik apa yang ada.
"Ada pihak yang sering mengkritik, apa sahaja yang kerajaan buat, semua tak betul bagi mereka.
"Kerajaan memang banyak laksanakan dasar yang tidak popular tetapi bertanggungjawab," katanya ketika berucap di majlis perbincangan meja bulat Program Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan pimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), di sini, hari ini.
Razali turut membidas tindakan sesetengah mahasiswa yang mendesak kerajaan menghapuskan pinjaman PTPTN dan menggantikannya dengan biasiswa.
Katanya, mereka yang membuat desakan ini merupakan pelajar yang tidak mendapat kelulusan cemerlang dalam peperiksaan.
"Yang cemerlang dalam pelajaran, yang dapat first class sudah dapat PTPTN percuma.
"Yang tak puashati mereka yang tak cemerlang, mereka tak dapat percuma, kalau nak percuma belajar sampai dapat first class," katanya.
Beliau juga mendedahkan hanya 30 peratus sahaja peminjam PTPTN yang tidak berpuashati dengan badan tersebut dan meminta supaya ia dihapuskan.
Terdahulu, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata program perbincangan meja bulat PTPTN dengan pelanggan dibuat bertujuan untuk melestarikan badan tersebut.
Beliau berkata segala pandangan yang diberikan akan digunakan untuk menambah baik PTPTN.
Sumber..
Sangkakala amat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Datuk Razali yang mengatakan bahawa hanya pelajar yang gagal mahukan ptptn secara percuma sedangkan mereka yang berjaya dan cemerlang dalam pelajaran, ptptn mereka adalah percuma.
Cuba kita lihat dan renungkan kembali, jika ptptn diberikan secara percuma kepada semua pelajar, pelajar yang tidak cemerlng dan pelajar yang cemerlang akan mendapat insentif yang sama, sedangkan mereka yeng berusaha bersungguh sungguh hingga mendapat keputusan cemerlang seolah olah tidak mendapat manfaat.
Jadi dengan adanya pemberian ptptn secara percuma kepada pelajar yang cemerlang ianya seolah oleh satu penghargaan daripada kerajaan kepada pelajar yang berusaha bersungguh sungguh untuk berjaya dalam pelajaran dan ianya juga boleh dianggap sebagai hadiah kepada pelajar tersebut daripada kerajaan.
Para pelajar yang berjaya tidak perlu membayar balik pinjaman mereka dan ini juga menjadi galakan kepada para pelajar ini untuk belajar bersungguh sungguh.
Jadi bagi Sangkakala, tindakan kerajaan untuk memberikan ptptn secara percuma kepada mereka yang berjaya adalah amat bagus dan kepada mereka yang tidak berjaya perlu membayar semula pinjaman tersebut dan ada beberapa cara pembayaran balik pinjaman tersebut kepada kerajaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan