Selasa, 1 April 2014

MUSA HITAM MAKIN GELABAH !!! ZAINUDDIN PULA TAMPIL KE DEPAN @tunfaisal

Selepas beberapa hari Tun Musa Hitam mengatakan bahawa Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir berada di Kuala Lumpur semasa tragedi berdarah Memali keluar lagi satu bukti yang membuktikan Tun Mahathir berada di China pada ketika itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Zainuddin Maidin, bekas Menteri Penerangan agak memeranjatkan dan mungkin telah mengegarkan hati Tun Musa Hitam.

Zainuddin Maidin atau lebih dikenali sebagai Zam mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersama sama Tun Mahathir di China ketika berlakunya peristiwa Memali yang meragut nyawa beberapa orang pengikut serta nyawa Ibrahim Libya.


Seperti yang Sangkakala pernah tuliskan baru baru ini, apa motif Tun Musa h8ngga sanggup memfitnah Tun Mahathir sedangkan kedua dua pemimpin ini satu masa dulu pernah berjuang bersama dalam memajukan negara.

Adakah Tun Musa mempunyai agenda lain dan kerana itu juga beliau sanggup memfitnah Tun Mahathir dengan fitnah yang begitu berat sekali?

Kejadian Memali berlaku di zaman Tun Musa Hitam menjadi menteri di Kementerian Dalam Negeri dan kecaman yang beliau terima dari pihak pembangkang adalah amat hebat.

Walau pun begitu, Tun Mahathir tidak pernah mengaitkan insiden tersebut dengan kegagalan Tun Musa dan boleh dikatakan hampir kesemua pemimpin telah mempertahankan tindakan yang diambil oleh pihak keselamatan kerana kegiatan dan perancangan pengikut serta Ibrahim Libya sendiri mampu menggugat keamanan negara.

Sangkakala sekarang dah hilang rasa hormat pada Tun Musa apabila beliau dengan sengaja mengeluarkan fitnah sebegitu kerana bagi Sangkakala, sebagai seorang pemimpin yang matang, Tun Musa masih boleh membantu untuk memajukan negara dan bukannya dengan memfitnah sesiapa.


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apakah TMH telah di lamar oleh PR untuk menggantikan DSAI memandangkan tak lama lagi beliau akan beristirihat di Sg. Buluh atau Kajang. Apatah lagi TMH juga bagitu inginkan jawatan PM. Heeee heeeee

Tanpa Nama berkata...

Mulai skrg Musa hitam kena belajar main jubo jantan la kalau nak ganti anwar..