Ahad, 27 April 2014

@IsmailSabri60 #DSIS PERTANIAN DALAM BANDAR ?? MANA NAK TANAM POKOK ??

Sangkakala terbaca dalam blog sorang rakan yang menulis tentang pertanian dalam bandar mampu untuk menjana ekonomi rakyat.

Apa yang ditulis oleh blogger KedahKeKL ni ada juga kebenarannya, kalau kita mahu berusaha sudah pasti akan membuahkan hasil yang lumayan.


Memang pertanian sesuatu yang mampu untuk mengubah kehidupan, tambahan pula di bandar bandar yang agak besar, sudah tentulah kos sara hidup juga agak besar berbanding dengan kampung.

Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga menyediakan peruntukan sebanyak RM 1 juta bagi menyokong program ini dan terpulang kepada mereka mereka yang berada dibandar sama ada berminat ataupun tidak.

Bagi Sangkakala, sekiranya ia mendatangkan keuntungan, rasanyabtakde masalah untuk bercucuk tanam di kawasan bandar, janji tau apa dan bagaimana kaedahnya supaya penggunaan kawasan dalam digunakan semaksimum mungkin.

Selain daripada kegunaan sendiri, produk pertanian tersebut boleh juga kalau dijual dan dijadikan pendapatan sampingan oelh penduduk penduduk di kawasan bandar.


Tiada ulasan: