Ahad, 27 April 2014

@ismailsabri60 #DSIS AGENSI DIBAWAH KEMENTERIAN PERTANIAN AKAN DIPERKEMAS BAGI TANGANI KENAIKAN HATGA BARANG

Baru baru ini Timbalan Perdana Menteri mengatakan bahawa beberapa agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan diperkemas bagi menangani kenaikan harga barang makanan..

Ini termasuklah FAMA, NEKMAT dan NAFAS atau Pertubuhan Peladang Kebangsaan.

FAMA dikatakan akan membuka beberapa lagi pasar tani borong dan kekal dalam negara.

FAMA dan NEKMAT telah membelanjakan lebih dari 14 juta ringgit dalam usaha untuk mengekalkan simpanan beberapa jenis bahan makanan mentah dalam memastikan bekalan cukup dan kenaikan harga barangan tersebut dapat dikawal.


Bagi NAFAS pula, bekalan seperti sayur sayuran dipastikan memenuhi permintaan daripada pengguna dan ini dapat mengelakkan daripada harga sayutan naik di pasaran.

Jadi rakyat Malaysia tidak perlu lagi nak risau tentang bekalan bahan makanan kerana Kementerian PerdaganganDalam Negeri juga sentiasa memantau harga makanan di samping tindakan yang dilakukan oleh Kementerian Pertanian yang mewujudkan pasar pasar tani di bawah FAMA untuk menjamin rakyat tidak terbeban dalam permasalahan kenaikan harga barang.



Tiada ulasan: