Jumaat, 25 April 2014

@NajibRazak APA BEZA UMNO DENGAN PKR ???

Kalau dalam PKR kita melihat bahawa anak dan isteri kepada pemimpin parti akan memegang jawatan tinggi dalam parti.

Begitu juga dengan DAP yang menyusun anak beranak pemimpin mereka untuk menjadi pemimpin tertinggi parti.

Tapi sekarang kita dapat lihat bahawa dalam UMNO juga telah wujud perkara yang sama iaitu menyusun anak isteri dalan parti dan kejadian ini biarlah Sangkakala katakan berlaku di kawasan Putrajaya.

Dengar cerita anak kepada Setiausaha Agung telah ditempatkan dalam satu persatuan dimana ianya adalah platform untuk menempatkan diri dalam politik di kemudian hari.

Kita tinggalkan sekejap, nanti Sangkakala sambung.

Isteri pula tidak mempunyai jawatan dalaam bahagian tetapi kini ada dikalangan ahli jawatankuasa bahagian merungut bahawa keputusan untuk sesuatu perkara terletak di tangan isteri pemimpin ini.

Alamak, ini sudah membuatkan pemimpin setempat terutamanya orang orang di bahagian tersebut naik angin dan sudah mula rasa meluat dengan tindak tanduk isteri pemimpin ni.

Sambung balik bab anak tadi, Sangkakala dengar rungutan daripada seorang rakan di bahagian bahawa anak kepada pemimpin ini telah diberikan jawatan yang agak tinggi dalan sebuah persatuan.

Persatuan tersebut sebenarnya terpaksa mewujudkan satu lagi jawatan tinggi hanya untuk anak pemimpin ini walaupun jawatan tersebut sebelum ini tidak wujud dalam persatuan itu.

Apa nak jadi dengan UMNO ni? Nepotisma berlaku lagi nampaknya dan delegasi mengikut generasi telah diwujudkan dan adakah itu yang dikatakan sebagai ttansformasi?

Kepada Perdana Menteri, Sangkakala rasa kena lihat lihat juga tentang permasaalahan ini sebab dengan berlakunya perkara perkara sebegini orang ramai akan bertambah benci dengan UMNO dan yang lebih menyedihkan lagi apabila orang akan mengaitkan Perdana Menteri sendiri walaupun ianya adalah permasaalahan individu yang rakuskan kuasa.



Tiada ulasan: