Ahad, 6 April 2014

HANIMURA YAKUZA GELISAH LAGI

Semalam Sangkakala ada menulis tentang lelaki yang menggelarkan dirinya Hanimura Yakuza yang sebelum ini membuat satu kontroversi melampau dalam facebook dimana beliau mengatakan akan menembak Perdana Menteri.

Tapi selepas beberapa jam, Sangkakala telah dihubungi oleh seorang rakan yang mengatakan bahawa memang benar pemilik akaun tersebut (Hanimura Yakuza) telah menggunakan gambar seorang lelaki dan lelaki itu yang berasal dari Johor telah bertindak dengan membuat laporan polis.

Bukan hanya setakat membuat laporan polis, pemilik gambar tersebut juga telah berjumpa dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim yang juga merupakan Ahli Parlimen Muar.

Ini berikutan beliau telah menerima pelbagai ancaman dari orang ramai dan hingga kini beliau merasa risau dengan keselamatan keluarga termasuk anakbdan isteri beliau sendiri.




Jadi disini Sangkakala rasa memang benar pemuda ini telah dianiaya dan nasihat Sangkakala kepada beliau agar lebih berhati hati di lain masa agar perkara sama tidak berulang lagi.

Ada juga beberapa orang rakan yang mengatakan bahawa ianya adalah kerja kerja Read Bean Army yang sengaja menjadikan gambar gambar orang Melayu untuk melakukan provokasi melampau mereka.

Bagi Sangkakala pula, sesuatu perlu dilakukan agar perkara samabtidak berulang lagi kerana ianya melibatkan maruah serta peribadi seseorang individu.

Tapi perlu juga Sangkakala ingatkan disini ialah, jika ada rakan rakan pemilik gambar yang merasakan bahawa rakan mereka teraniaya,  maka mereka boleh melaporkan perkara tersebut kepada facebook merujuk kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan.



Tiada ulasan: