Ahad, 27 April 2014

@ismailsabri60 #DSIS TERUMBU KARANG JADI PENDAPATAN SAMPINGAN NELAYAN

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan negeri Terengganu untuk mewartakan Pulau Bidong sebagai pusat pembiakan terumbu karang.


Dengar kata terumbu karang juga boleh menjadi pendapatan sampingan kepada nelayan yang mengusakan projek tersebut dan harga bagi setiap terumbu bernilai diantara RM 5 ke RM 10.

Ini juga menurut Datuk Seri Ismail Sabri boleh menjadi pendapatan kepada golongan belia yang berminat.

Kalau dah terumbu karang pun boleh manjadi pendapatan, Sangkakala rasa peluang yang macam ni tak patut ditolak oleh golongan belia khususnya yang berkerja sebagai nelayan.

Bagi pihak kerajaan negeri pula, Menteri Besar Terangganu sedang menunggu laporan terperinci tentang projek berkenaan daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, kerajaan negeri nampaknya tiada halangan untuk menjadikan Pulau Bidong sebagai pusat pembiakan terumbu karang.



Tiada ulasan: