Isnin, 7 April 2014

BUKTI KEBIADABAN PEMBANGKANG DALAM DEWAN PARLIMEN @tunfaisal

Hari ini dewan Parlimen kecoh apabila ahli parlimen daripada pembangkang membawa sepanduk menolak GST masuk ke dalam dewan.




Mengikut peraturan 20 tatacara Dewan, ahli parlimen adalah dilarang untuk membawa sebarang sepanduk masuk ke dalam dewan semasa persidangan.

Jadi disini apabila ahli parlimen pembangkang membawa sepanduk masuk ke dalam dewan, apakah tidak ada hukuman yang setimpal boleh dikenakan keatas mereka supaya perkara sebegini tidak akan berulang?

Sangkakala menyifatkan bahawa ahli parlimen pembangkang di Malaysia sebagai ahli parlimen yang tidak bertamadun dan mereka ini tidak layak untuk berada dalam dewan ekoran daripada tindakan mereka itu.

Bagaimana orang luar akan menghormati Malaysia sekiranya ahli parlimen Malaysia sendiri tidak menghormati perlembagaan bukan sahaja negara malah undang undang dewan tidak dihormati.


Tiada ulasan: