Ahad, 20 April 2014

KENYATAAN KURANG CERDIK EXCO KERAJAAN SELANGOR

Kalau kenyataan ini keluar dari mulut seorang Menteri, Sangkakala rasa dah gegak gempita seluruh alam tambahan pula pengikut pembangkang akan menghentam Menteri tersebut seperti mana yang mereka lakukan terhadap Perdana Menteri tentang isu kangkung sikit masa dulu.

Tapi mungkin kerana YB Yunus ini adalah EXCO kerajaan Pakatan di Selangor,  maka senyap sunyi semua pengikut pembangkang dan apa yang menjadikan ianya lebih kelakar, mungkin akan ada yang menyokong.


Kenyataan jika tiada air paip maka air hujan boleh diguna pakai untuk kegunaan harian Sangkakala rasa adalah satu kenyataan bangang yang dikeluarkan oleh seorang EXCO.

Kalau dah ada hujan, sudah pastilah empangan akan penuh dan masalah air tidak akan timbul, tapi yang menjadi masalahnya sekarang ini ialah tiada hujan yang turun di Selangor.

Lagi satu Sangkakala nak katakan tentang kebodohan EXCO ni ialah, air hujan pada masa kini terlalu banyak kadar asid dan bahan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia akibat daripada pencemaran udara.

Kalau di zaman sebelum tahun 60an dulu ada kemungkinan air hujan akan menjadi alternatif kepada penggunaan harian tetapi pada ketika ini, air hujan sudah berubah daripada bersih kepada tidak selamat digunakan.

Takkan sebagai seorang EXCO kerajaan , YB Yunus tidak mampu memikirkan perkara ini dan hanya mengeluarkan kenyataan ibarat melepas batok di tangga.

Atau pun kemungkinan besar, kerajaan Selangor sememangnya tidak pernah memikirkan keselamatan pengguna air di Selangor yang kini dilanda dengan krisis air yang telah berlaku hampir dua bulan.

Menteri Besar Selangor semasa ada cadangan untuk pembinaan loji langat 2 pernah mengatakan bahawa Selangor mempunyai lombong yang banyak dan mampu untuk membekalkan air kepada rakyat tetapi kini, rakyat Selangor mengalami masalah air yang meruncing.

Kerajaan Barisan Nasional pernah membuat cadangan untuk membina loji Langat 2 kerana mengikut kajian masalah air akan berlaku pada tahun 2014 apabila permintaan air meningkat di Selangor.

Akan tetapi, ianya telah disanggah oleh kerajaan negeri dengan memb3rikan pelbagai alasan dan akhirnya perkara tersebut benar benar berlaku kini dan baru baru ini, Menteri Besar Selangor telah bersetuju untuk membina loji Langat 2.

Meskipun begitu, pelbagai reaksi telah diberikan oleh ADUN daripada kerajaan yang menghentam tindakan Menteri Besar Selangor yang menandatangani perjanjian pembinaan loji Langat 2 baru baru ini.

Jika perjanjian ini di tandatangani sepertimana yang dijadualkan oleh kerajaan pusat, kemungkinan besar pada hari ini permasaalahan air tidak akan berlaku di negeri Selangor dan simpanan air di Selangor mencukupi untuk digunapakai oleh rakyat.

Oleh kerana kerakusan dan kesombongan serta keegoan pemimpin kerajaan Selangor, maka pada hari ini rakyat menerima azab dan sengsara kerana ketiadaan air untuk mejalankan kegiatan harian.

Begitu juga kilang kilang di Selangor,  terlalu banyak yang menerima bahang akibat dari ketiadaan air di negeri Selangor untik menjalankan operasi harian.

Seperti mana yang dimaklumkan kepada Sangkakala, syarikat Nestle yang menggunakan air sebagai bahan utama dalam membuat produk mereka mengalami kerugian hampir 15 juta kerana kecuaian kerajaan Selangor.

Dan oleh kerana itu juga, UMNO dan Barisan Nasional Selangor telah mengambil tindakan akan membantu mana mana pihak yang mahu mengambil tindakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor dan khidmat guaman secara percuma disediakan sepertimana yang dimaklumkan oleh pengerusi badan perhubungan negeri Selangor, YB Datuk Seri Noh Omar baru baru ini.

Klik gambar untuk video

UMNO Selangor juga mengambil pendekatan akan melancarkan himpunan 10 ribu baldi sebagai tanda protes diatas kegagalan kerajaan Selangor menghentikan catuan bekalan air di seluruh negeri.


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah..pemilih PR majority di selangor..pilihan yang tepat..sekarang dapat bawa AIR freee..hehahahahoooo haaa bagus

Tanpa Nama berkata...

Yes. PR. U r the best government in the world. Takde air minum air hujan. Kalau nak basuh jubo nonggeng je langit, bersihlah jubo kamu.

Tanpa Nama berkata...

ambik ayat pun separuh. hadoiii baca laa full interview zzzzzz