Isnin, 21 April 2014

#MAS PESAWAT LAKUKAN PENDARATAN CEMAS DI KLIA

Sebuah pesawat penumpang milik MAS malam tadi melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pesawat yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Banglore itu dikatakan mengalami masalah apabila tayarnya didapati telah pecah semasa pesawat berkenaan berlepas.


Pesawat Boeng 737-800 yang berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Banglore tersebut membawa seramai 159 penumpang beserta 7 anak kapal.

Walau bagai mana pun, pesawat tersebut berjaya mendarat dengan selamat di KLIA pada jam lebih kurang jam 1.56 pagi setelah berlegar di ruang angkasa KLIA.


Semua penumpang dan anak kapal dilaporkan selamat dan tidak mengalami apa apa kecederaan semasa pendaratan tersebut berlaku.


Tiada ulasan: