Sabtu, 24 Mac 2012

SIAPA ZIONIS DAN SIAPA YAHUDI


Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS mengatakan bahawa kenyataan Datuk Seri Hadi Awang baru-baru ini mengatakan perniagaan dengan orang yahudi adalah dibolehkan asalkan mereka tidak mengikut Zionis.

Persoalannya ialah siapa Zionis? Adakah Zionis itu dari golongan orang bukan Yahudi? Bukankah Zionis itu adalah Yahudi Israel yang membunuh Palestin dan merampas negara mereka dengan menggunakan kekuatan ketenteraan hingga membuatkan ramai orang islam Palestin menderita?

Pelik juga Sangkakala apabila membaca kenyataan Tuan Ibrahim ni. PAS hari ini seolah-olah membezakan antara Yahudi dengan Zionis. Kerana bagi Sangkakala Yahudi itulah Zionis dan Zionis itu adalaah orang Yahudi.

Apa-apa pun Sangkakala mengatakan bahawa ini semua adalah kenyataan berunsur politik dan mungkin Presiden PAS sudah merakan adalah kesilapan bagi beliau mengeluarkan kenyataan sebegitu baru-baru ini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ZIONIS IALAH YAHUDI. TETAPI YAHUDI TIDAK SEMESTINYA ZIONIS. MALAH RAMAI RAKYAT YAHUDI SEPERTI DI UK DAN LAIN-LAIN NEGARA YANG MENENTANG KEKEJAMAN ZIONIS INI.