Selasa, 31 Mei 2022

CALON BERSATU ?? HAL JABATAN MACAM MANA ??

Kalau takde angin masakan pokok bergoyang, itulah bidalan orang tua-tua dulu yang merujuk kepada sesuatu kejadian.

Tapi dalam kes sekarang ni dengar dengarnya Ketua Pengarah RELA Malaysia akan dipertaruhkan oleh Parti Peribumi Bersatu Malaysia atau BERSATU untuk bertanding sebagai Ahli Parlimen Papar dalam PRU akan datang.

Entah ye entahkan tidak Sangkakala pun tak tau la tapi itulah yang disebut sebut dan panas diperkatakan sekarang ni.

KP RELA ni juga dikatakan kerap turun ke Papar dan memberikan sumbangan kepada penduduk di sana dan ini menambahkan lagi kekuatan angin yang membawa berita.

Sangkakala tak kisah sangat siapa nak bertanding pun tambahan lagi di Sabah tu bukanlah tempat Sangkakala mengundi tapi ada satu kepelikan berlaku.

Apa yang pelik? Yang peliknya KP RELA ni penjawat awam dan kalau tak silap dalam gred M54. Macam mana dia ni sewenang wenangnya boleh berpolitik? Ye ada klausa mengatakan bahawa penjawat awam boleh berpolitik dengan syarat mendapat kelulusan daripada Ketua Jabatan.

Persoalan satu lagi dia ni adalah Ketua Jabatan dan adakan boss Kementerian Dalam Negeri memberikan kebenaran? 

Kalau benar Ketua Pengarah ni nak bertanding  Sangkakala rasa adalah lebih afdhal kalau dia lepaskan jawatan sekarang sebab gaji yang dibayar adalah dari hasil titik peluh rakyat dan rakyat mahukan seorang Ketua Jabatan yang menjalankan tanggungjawabnya sebagai penjawat awam dan bukanlah orang yang gila nak jadi calon.

Mungkin akan ada suara yang mengatakan bahawa selagi dia menjalankan tanggungjawabnya sebagai Ketua Pengarah maka biarlah dia nak berpolitik. Sangkakala setuju tu tapi takkan nak sebut satu persatu kegagalan dan kegagalan itu ditanggung oleh Timbalan Ketua Pengaran dan Pengarah Pengarah lain.

Apa apa pun Sangkakala ucapkan selamat hilang deposit Datuk dalam PRU akan datang. Yang paling best, ada pangkat Datuk pun tak membolehkan pegang Jusa C dalam Kementerian.

Selasa, 26 April 2022

AKHIRNYA PERSATUAN TAKRAW BAWA PESURUHJAYA SUKAN KE MAHKMAH

Persatuan Sepaktakraw Malaysia atau PSM telah membuat satu permohonan semakan semula berkenan dengan kelulusan Malaysian Sepaktakraw Confideration atau MSC yang dilakukan oleh PesuruhJaya Sukan Malaysia.

Perkara tersebut disahkan oleh Setiausaha Agung PSM hari ini dalam satu siaran media.

PSM yang wujud sejak tahun 1960an lagi telah membawa sukan sepaktakraw Malaysia ke persada dunia.

Mungkin akan ada alasan bahawa PSM telah digugurkan keahlian sebagai salah satu gabungan dalam Persatuan Sepaktakraw Dunia atau ISTAF namun itu bukanlah alasan munasabah untuk penubuhan MSC.

Jika pengguguran tersebut menjadi alasan, rayuan boleh dibuat oleh PSM dan bukannya dengan cara mewujudkan satu lagi badan untuk menjaga sukan sepaktakraw Malaysia.

Pengguguran PSM dari ISTAF adalah berpunca dari Presiden PSM dan kenapa PSM yang menjadi mangsa? 

Halim Kadir merupakan Setiausaha Agung kepada ISTAF dan Presiden ASTAF, takkan beliau hanya melihat kepada perkara yang boleh merosakkan sepaktakraw Malaysia atau adakah beliau juga menjadi salah seorang mastermind dalam kewujudan MSC? 

Bagi aku tindakan permohonan semakan semula oleh PSM adalah amat tepat demi kelangsungan sukan sepaktakraw tanah air.

Jangan biarkan kroni-kroni Menteri KBS memonopoli persatuan dan akhirnya merugikan dan memusnahkan semangat sukan takraw tanah air.

Sudah cukup dengan kehadiran satu entiti dan jika dibiarkan ada entiti lain cuba nak mengambil kesempatan maka tak lama lagi kita akan dapat lihat kehancuran sukan takraw Malaysia.




Rabu, 13 April 2022

TERUK KENA KECAM PENYOKONG MSC DELETE POSTING DI FB

Akibat terlalu taksub dengan Konfiderasi Sepaktakraw Malaysia, seorang penyong telah memuat naik undian dalam talian sebelum menyahaktifkannya kembali.

Mungkin juga apabila melihat sokongan terhadap MSC yang menggunakan logo bendera tidak mendapat sambutan maka pemilik akaun FaceBook berkenaan telah memadam posting berkenaan sebelum ianya lebih parah.

Untuk makluman, beberapa orang pemimpin MSC dilihat kurang senang dengan kehadiran Persatuan Sepaktakraw Malaysia atau PSM walaupun secara dasarnya PSM tertubuh lebih awal berbanding MSC yang baru setahun jagung ditubuhkan.

Sudah sekian lama PSM membela dan mempertahankan sukan sepaktakraw dan pemain pemain takraw negara dan rasanya tidak ada lagi cacat cela melainkan ianya didibt oleh sesetengah pihak bagi memperlihatkan kegagalan PSM.

Ahad, 20 Februari 2022

SEGALA PERBELANJAAN MAHIADDIN SEMASA PM BAKAL TERBONGKAR

Sehari dua ni tular berita yang mengatakan bahawa bekas Perdana Menteri Tan Sri Mahiaddin Yassin memberikan ugutan bahawa beliau akan membongkarkan keadaan kewangan negara.

Sangkakala rasa semua sudah pun mengetahui bahawa ugutan ini ditujukan kepada Barisan Nasional memandangkan Pilihanraya Negeri Johor bakal berlangsung dan Perdana Menteri pada ketika ini adalah Naib Presiden UMNO, YAB Datuk Seri Ismail Sabri.

Ugutan Mahiaddin sebenarnya berasas memandangkan beliau adalah bekas Perdana Menteri dan ekoran itu juga rakyat diluar sana sudah semestinya ternanti-nanti dengan pendedahan yang bakal dilakukan.

Tetapi ada satu lagi kehendak rakyat dimana selama 17 bulan Mahiaddin menjadi Perdana Menteri, beliau telah mengesyorkan satu perintah darurat kesihatan yang mana selama 6 bulan dan selama tempoh itu juga, Mahiaddin dan anggota kabinet beliau telah membelanjakan wang negara tanpa perlu dibawa ke Parlimen untuk dibentangkan dan dibahas.

Adakah Mahiaddin sanggup untuk membongkar sama perbelanjaan yang telah dibuat sepanjang tempoh enam bulan berkenaan? Atau ianya akan dibongkar pula oleh Menteri Kewangan atas arahan Perdana Menteri didalam Parlimen? 

Episod kali ni nampaknya lebih menarik daripad episod tekan butang yang disebut oleh Mahiaddin tidak lama dahulu dan ianya pasti akan menjadi bualan hangat disemua peringkat dan Sangkakala amat bersetuju jika Mahiaddin bersungguh untuk membongkarkan keadaan kewangan negara dan segala perbelanjaan dari zaman PH memerintah sehinggalah ke hari ini.

Isnin, 14 Februari 2022

BERLAKU KESILAPAN DALAM KENYATAAN KHALID SAMAD #prnjohor

Ahli Parlimen Shah Alam hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa PN akan tentukan nasib BN dalam Pilihanraya Negeri Johor yang akan berlangsung pada 12 March nanti.

Bagi Sangkakala, kenyataan Khalid sebenarnya ada kekhilafan yang mana kenyataan sebenar yang patut dikeluarkan ialah, 'RAKYAT JOHOR AKAN TENTUKAN NASIB PN DAN PH'.

Ini disebabkan kegagalan kedua-dua kerajaan berkenaan dalam memperjuangkan nasib rakyat seluruh negara.


Sabtu, 29 Januari 2022

PRN JOHOR !! HADI AWANG LUPA ATAU TAK SEDAR DIRI ??

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang seolah-olah beliau telah terlupa atau tak sedar diri ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri Johor.

Dengan mengatakan bahawa PRN Johor berlaku disebabkan oleh kluster mahkamah yang merujuk kepada beberapa pemimpin UMNO jelas menunjukkan betapa terdesaknya PAS untuk memperolehi undi fitnah semata-mata.

Kenapa Sangkakala mengatakan bahawa Hadi Awang lupa atau tak sedar diri? Dalam Dewan Undangan Negeri Johor, berapa kerusi yang dimiliki oleh PAS? Berapa pula PPBM dan berapa pula UMNO? 

Dengan mengatakan bahawa PRN ini bersabit dengan kluster mahkamah, adakah Hadi lupa bahawa Perdana Menteri Malaysia hari ini datangnya dari UMNO dan sekiranya benar pemimpin UMNO mahu menyelamatkan diri, sudah pasti ianya berlaku.


Namun apa yang terjadi sekarang ialah, Datuk Seri Najib Razak masih lagi tidak dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan bersalah dan kes-kes melibatkan Datuk Seri Zahid Hamidi pula, beliau diminta untuk membela diri.

Ini berbeza dengan zaman Tun Mahathir (PH) memerintah dimana banyak pertuduhan pemimpin PH digugurkan oleh Peguam Negara pada ketika itu disandang oleh Thommy Thomas.

Menteri Besar Johor mengambil pendekatan untuk menasihati DYMM Sultan Johor untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri untuk memberikan peluang dan ruang kepada rakyat Johor memilih semula siapa yang mereka rasakan layak untuk memerintah dan ini juga berlaku di negeri Melaka dan kita dapat saksikan bahawa rakyat Melaka memberikan mandat kepada Barisan Nasional untuk memerintah setelah kerajaan PN tidak lagi dilihat sebagai kerajaan yang pentingkan rakyat.

Tidak dinafikan, ada juga kemungkinan Hadi risau sekiranya PAS kecundang sekali lagi dalam PRN Johor, maka peluang untuk PAS bangkit kembali adalah amat-amat tipis dan satu lagi kemungkinan ialah, Hadi risau segala jawatan yang disandang oleh Wakil Rakyat dari PAS akan turut lenyap termasuklah jawatan beliau sebagai Duta bertaraf Menteri akan hilang.

Jumaat, 28 Januari 2022

PRN JOHOR MAKIN PANAS !! MAHIADDIN AKHIRNYA MENGAKU PENGKHIANAT

Nampaknya Pilihanraya Negeri Johor yang akan berlangsung tidak berapa lama lagi ekoran pembubaran DUN yang dilakukan oleh DYMM Sultan Johor setelah mendapat nasihat dari YAB Menteri Besar semakin panas.

Ini berikutan seorang ADUN dari PPBM bertindak keluar dari parti dan menyokong Barisan Nasional mengundang kemarahan Presiden parti PPBM.

Dalam masa sama, Tan Sri Mahiaddin menempelak tindakan ADUN berkenaan kerana dilabelkan sebagai pengkhianat parti dan apa yang menariknya ialah Mahiaddin mungkin secara tidak sengaja membuka pekung beliau sendiri mengkhianati Pakatan Harapan satu ketika dulu.



Mahiaddin menmpersoalkan apa yang bakal diperolehi oleh ADUN berkenaan dengan melakukan pengkhianatan kepada BERSATU sedangkan beliau dulu khianat kepada PH memperolehi jawatan Perdana Menteri.

Itu merupakan satu pengakuan yang menunjukkan bahawa Mahiaddin khianati Pakatan Harapan bukanlah kerana untuk memperjuangkan rakyat tetapi ianya adalah untuk memenuhi kehendak nafsu semata-mata.

Umum mengetahui bahawa Mahiaddin bukan sahaja mengkhianati Pakatan Harapan malah sebelum itu beliau juga mengkhianati UMNO dan ia juga ada kemungkinan kerana jawatan dan kedudukan.

Kini tiba masa giliran Mahiaddin pula untuk merasakan bagaimana perasaan dikhianati oleh orang sendiri kerana itu jugalah apa yang dirasakan oleh orang-orang UMNO dulu.


GENTING HONG KONG BANKRAP !! APA NASIB KWSP ??

Kecoh dalam media sosial apabila syarikat kapal persiaran perjudian memfailkan kebankrapan apabila tidak mampu lagi untuk membayar hutang kononnya akibat pendemik covid 19.

Ini diikuti pula dengan desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Kewangan untuk memberikan jawapan apabila 3 buah bank utama negara telah memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat berkenaan.

USD 600 juta telah diberikan sebagai pinjaman tanpa cagaran oleh Maybank, CIMB dan RHB Bank yang mana ketiga-tiganya merupakan bank yang mana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah sebagai pemegang sahamnya.


 
Dalam ketiga-tiga bank berkenaan, KWSP memegang saham terbesar dalam RHB Bank dan adalah amat mustahil jika ianya tidak memberikan kesan yang besar terhadap KWSP.

Persoalannya sekarang, siapa yang memberikan kebenaran kepada bank-bank ini memberikan pinjaman kepada syarikat berkenaan sedangkan ketiga-tiga bank tersebut dimiliki oleh agensi kerajaan?

Pinjaman sebegitu besar tidak mempunyai cagaran dan adakah pemberian pinjaman tersebut mendapat kelulusan daripada pemegang saham khususnya KWSP yang mana ianya adalah wang amanah yang dimiliki oleh rakyat Malaysia? 

Apa pula tindakan kerajaan untuk menangani krisis ini? Adakah kerugian akibat dari pemberian pinjaman ini akan diserap atau ditanggung oleh pencarum KWSP? 

Tengku Zafrul selaku Menteri Kewangan harus dan wajib mengambil tanggungjawab bagi menghadapi kerugian berbillion ringgit ini dan kerajaan juga tidak terkecuali.

Jangan pula apabila pengumuman agihan pendapatan atau dividen KWSP pada tahun hadapan akan berkurangan akibat daripada kecuaian yang dilakukan.

Lagi satu yang Sangkakala nak sentuh ialah, kenapa pijaman diberikan kepada syarikat perjudian dan ianya tidak mempunyai sebarang cagaran dan adakah ianya atas sebab atau desakan daripada mana-mana pihak atau individu hingga pemberian pinjaman ini dilakukan?

Azmin Ali pula dalam kenyataan mengatakan kebankrapan Genting Hong Kong ini tidak memberikan kesan kepada ekonomi negara. Ye, memang atau mungkin ianya tidak memberikan kesan kepada ekonomi tetapi kerugian tetap berlaku dan ianya akan memberi kesan kepada agihan keuntungan KWSP pada tahun hadapan.

Bukan sahaja KWSP, malah pelabur (rakyat) yang melaburkan wang kedalam Amanah Saham Bumiputera juga akan terlibat sama apabila pengumuman agihan keuntungan dilakukan pada tahun hadapan.

Kumpulan Wang Amanah Persaraan juga akan terkesan kerana terlibat sama dalam pelaburan kepada bank berkenaan dan adakah ini tidak memberikan kesan keatas keuntungan KWAP? 

Begitu juga dengan Khazanah Nasional (milik kerajaan) adakah tidak terkesan dengan kebankrapan Genting Hong Kong apabila bank-bank berkenaan tidak mampu untuk memfailkan tuntutan kerana kebankrapan syarikat Genting Hong Kong? 

Bagi Sangkakala kepincangan demi kepincangan berlaku dalam tadbir urus kewangan negara jika keadaan sebegini berterusan.

Selasa, 25 Januari 2022

BLOGGER SANG KELEMBAI FITNAH ORANG LAGI

Nampaknya blogger yang dikatakan sebagai pengkritik politik masih lagi dengan perangai lamanya memfitnah sana sini untuk mencari sesuap nasi.

Hari ni Zaharin Mohd Yasin cuba pula memfitnah MejGen Dato Zainal dan isterinya dengan mengeluarkan beberapa nama kononnya kroni kepada MejGen berkenaan dalam isu tender TUDM.

Seperti biasa, Zaharin mengeluarkan fitnah agar akan ada pertemuan dengan orang yang difitnah dan akhirnya akan berlaku tawar menawar, itu pun jika yang difitnah nampak boleh dimakan.

Sudah beberapa kali disaman dan pernah juga ditampar dengan selipar oleh seorang facebooker tidak lama dulu jelas tidak membuatkan si Zaharin ni serik.

Sangkakala tak mau cerita lebih-lebih sebab rata-rata mengetahui siapa Zaharin dan dia takkan berhenti dari mengeluarkan fitnah dan ada kemungkinan kali ini Zaharin tersalah pilih padang.

Sangkakala kenal dengan keluarga MejGen ni sebab pernah bertugas bersama dengan isteri beliau dan dari apa yang Sangkakala tau, MejGen ni dari pada menjawat jawatan Left.Col lagi cukup menjaga integriti dalam tugas sehinggalah sekarang.

Bab berbelanja pula Sangkakala nampak keluarga MejGen ni agak bersederhana tapi seperti biasa, besar kawah besarlah keraknya. 

Takkan seorang MejGen nak pakai kereta kancil, kenalah juga jaga reputasi sebagai pegawai tinggi dalam pasukan dan.

Apa yang pasti, Sangkakala nampak ada yang tak puas hati dengan beliau dan mungkin juga mengupah hantu raya tak bertuan seperti  Zaharin untuk membuat onar.



Isnin, 24 Januari 2022

LAYAKKAH SYED ALI AL-HAMBSHEE BERSUARA?? @DrZahidHamidi

Hari ni bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras yang pernah melarikan diri dari UMNO selepas kekalahan Barisan Nasional pada PRU lepas tampil membuat kenyataan supaya Presiden UMNO digantikan dengan YAB Datuk Seri Ismail Sabri.

Sangkakala terpaksa juga la bertanya pada Syed Ali ni, adakah beliau masih lagi layak bersuara untuk mempertikai seorang Presiden parti selepas apa yang beliau lakukan kepada ahli-ahli UMNO bahagian Cheras? 


Kebanyakan ahli UMNO mengetahui bahawa Syed Ali semasa menjadi pemimpin UMNO Cheras merupakan orang kuat Tan Sri Mahiaddin (semasa dalam UMNO) dan adalah tidak mustahil bahawa sehingga sekarang kesetiaan dan ketaksuban beliau masih berkiblatkan Mahiaddin.

Dan lagi satu, kebanyakan ahli dan pemimpin UMNO mengetahui bahawa Syed Ali juga merupakan seorang manusia kaki bodek yang sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan hidup tetapi bukan kepentingan rakyat.

Sebagai contoh seperti yang Sangkakala tulis diatas tadi, Syed Ali keluar meninggalkan ahli UMNO selepas BN kalah dalam PRU lepas dan alasan yang diberikan adalah untuk memajukan agama Islam dan bangsa Melayu di Wilayah Persekutuan. 

https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/09/477498/syed-ali-umum-keluar-umno

Tapi apabila BN menerajui semula kerajaan dengan meletakkan YAB Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri, beliau memohon untuk menyertai kembali UMNO dan setelah diterima, beliau dengan tidak langsung mempunyai perasaan malu mengkritik kononnya Presiden perlu diganti oleh Ismail Sabri yang menjawat jawatan Naib Presiden dan Timbalan Presiden kekal sebagai Timbalan Presiden.

Bagi Sangkakala itu jelas menunjukkan bahawa Syed Ali sekarang cuba untuk membodek Perdana Menteri dan mungkin juga ada sesuatu yang kini menjadi perhatian beliau (syed ali)

Syed Ali mengeluarkan kenyataan bangangnya ini apabila mahkamah meminta supaya Presiden UMNO membela diri dimahkamah diatas pertuduhan kes-kes beliau yang rata-rata mengetahui bahawa ianya adalah tuduhan berasaskan politik apabila Presiden UMNO tidak mahu tunduk terhadap permintaan Tun Mahathir supaya UMNO dibubarkan dan digantikan dengan PPBM.

Kepada Syed Ali, Sangkakala boleh katakan sila meninggal sebab UMNO tidak perlukan pandangan terhadap seorang bekas pemimpin bacul seperti kamu.