Ahad, 6 Januari 2019

KERAJAAN PAKAYAN HARAPAN MENCIPTA SEJARAH BAHARU @chedetofficial @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Agak lama Sangkakala tak menulis di laman blog ni.

Bukan apa, akibat kekangan masa hingga membuatkan Sangkakala takde masa untuk menulis dalam laman ni.

Tapi hari ni Sangkakala nak ulas sedikit tentang perletakkan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung, Sultan Muhamad ke 5.


Memang menjadi hak Baginda untuk melepaskan jawatan sebagai YDP Agung tapi perlu diingat, apa sebab Baginda mengambil pendekatan sebegitu?

Belum pernah dalam sejarah negara sejak berlakunya penggiliran jawatan Yang DiPertuan Agung yang mana YDP Agung melepaskan jawatan.

Hanya setelah 7 bulan kerajaan PH memerintah  YDP Agung melepaskan jawatan Baginda.

Persoalannya sekarang, adakah Baginda YDP Agung berkecil hati atau terasa hati dengan cara pentadbiran kerajaan baharu yang dipinpin oleh Mahahtir selaku Perdana Menteri?

Ini kerana kita semua sedia maklum bahawa Baginda tidak gering dan dari apa yang Sangkakala nampak Baginda sihat wal'afiat.

Apa apa pun, sebagai rakyat, Sangkakala akur dengan keputusan YDP Agung untuk melepaskan jawatan.