Isnin, 30 Oktober 2017

@KhalidSamad TERLUPA TENTANG FAKTA KEMENANGAN @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad memang layak digelar sebagai kacang lupakan kulit apabila menafikan bahawa kemenangan beliau bersama PAS dalam PRU 12.

Khalid yang menyandang jawatan sebagai Ahli Parlimen menang di kerusi parlimen berkenaan pada bulan Mac 2008 dan pada ketika itu belum lagi wujud Pakatan Harapan.


Dengan mengatakan bahawa beliau tidak mencuri kerusi rasanya adalah amat tidak tepat kerana pada Piliharaya Umum ke 12, Pakatan Harapan tidak pernah wujud sama sekali dan pakatan itu hanya wujud selepas tiga parti pembangkang memenangi 4 buah negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain mengekalkan kerusi kerajaan negeri di Kelantan.

Tindakan Khalid Samad mengatakan bahawa PAS mencuri kerusi adalah tidak tepat sama sekali memandangkan kerusi parlimen berkenaan (Shah Alam) adalah milik PAS kerana pada ketika itu Khalid mewakili PAS dan bukannnya mewakili Amanah yang wujud selepas Piliharaya Umum ke 13 apabila Mat Sabu kalah bertanding sebagai Presiden PAS menentang Datuk Seri Hadi Awang.

Kem Mat Sabu yang terdiri daripada Mat Sabu, Khalid, Mujahid Yusof Rawa dan beberapa ADUN dalam negeri Selangor bertindak keluar dari PAS dan membuka sebuah parti baru dinamakan Amanah setelah Mat Sabu dan beberapa pemimpin PAS kalah dalam pertandingan merebut jawatan dalam PAS.

Khalid juga dilihat tidak berfungsi di kerusi Parlimen Shah Alam apabila tidak membawa apa apa pembaharuan dalam kawasan selain dari mengekalkan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri sebelumnya iaitu Barisan Nasional.

Kalau setakat nak mengekalkan apa yang ada, rasanya sesiapa juga mampu untuk duduk di kerusi berkenaan dan jika ianya berada di tangan Barisan Nasional sudah pasti akan ada lebih banyak pembangunan dan kerancakan ekonomi di kawasan berkenaan.

Sudah sampai masanya penduduk Shah Alam khususnya para pengundi mengembalikan kegemilangan Shah Alam dan Selangor dengan memberikan kepercayaan kepada kerajaan Barisan Nasional menerajui kerajaan negeri.



Sabtu, 28 Oktober 2017

AKHIRNYA KETUA PEMUDA ARMADA TUNJUK KEBODOHAN DIRI @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Gelaran juara debat nampaknya tak membolehkan seseorang itu dirujuk kepada seorang yang bijak pandai.

Ini terbukti apabila Ketua Pemuda PPBM semalam mengeluarkan kenyataan yang dilihat tidak mempunyai fakta asas disamping tidak mendengar secara teliti apa yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri dalam pembentangan belanjawan negara semalam.


Dalam pembentangan semalam, Perdana Menteri mengumumkan bahawa peruntukan untuk TVET adalah sebanyak RM 4.9 billion dan peruntukan untuk biasiswa pelajar cemerlang TVET adalah sebanyak RM 4.5 juta.

Tapi dalam kenyataan Syed Saddiq menyatakan kekecewaan kerana peruntukan untuk TVET adalah sebanyak RM 4.5 juta sahaja.

Apa yang Sangkakala nak persoalkan disini, adakah Syed Saddiq dalam keadaan mabuk semasa mengeluarkan kenyataan beliau?

Dan adakah Syed Saddiq mendenggar dengan jelas apa yang dibentangkan oleh Perdana Menteri?

Kalau setakat dengar sambil lalu dan kemudian mengemukakan kenyataan, rasanya ia menjatuhkan nama dan reputasi PPBM selaku parti yang di ketuai oleh seorang bekas Perdana Menteri.


Jumaat, 27 Oktober 2017

#BAJET2018 JELAS MEMBUKTIKAN KERAJAAN PERIHATIN TERHADAP RAKYAT @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal #kekalnajib

Selesai sudah pembentangan bajet atau belanjawan 2018 yang dibawa oleh Perdana Menteri Malaysia yang juga merupakan Menteri Kewangan 1 Malaysia.

Dalam pembentangan tadi lebih dari 1/4 trillion dilihat digunakan untuk kebaikan rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau idealogi politik.

Penjawat awam juga tidak ketinggalan menikmati kemanisan belanjawan pada tahun 2018.

Dibawah ini Sangkakala masukkan gambar intipati ucapan pembentangan bajet petang tadi.
















BAJET PAKATAN HARAPAN MENGELIRUKAN @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Kurang 24 jam lagi Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Razak akan membentangkan bajet atau perbelanjaan bagi tahun 2018 di Parlimen.

Ini sudah pasti akan menjadi tumpuan ramai dimana semua rakyat Malaysia ternanti nanti apa yang akan diberikan oleh kerajaan kepada rakyat.

Tidak ketinggalan Pakatan Harapan juga telah mengeluarkan bajet alternatif yang kononnya lebih kepada mesra rakyat dan membantu rakyat Malaysia.

Namun dari apa yang Sangkakala lihat, bajet yang dikemukakan oleh Pakatan adalah mengelirukan dan boleh dikatakan hanya untuk memberikan harapan kepada rakyat namun perlaksanaan belanjawan berkenaan tidak mampu untuk dilaksanakan.


Sangkakala akan mengambil beberapa belanjawan yang dikemukakan oleh pakatan baru baru ini.

Salah satunya ialah tentang GST, Pakatan Harapan mengatakan bahawa mereka akan menghapuskan GST dan adakah ini bermaksud SST akan dimasukkan semula dalam cukai barangan dan perkhidmatan di Malaysia.

Seperti yang kita ketahui, tujuan kerajaan hari ini menjalankan sistem cukai GST adalah untuk menghapuskan SST yang lebih membebankan rakyat iaitu sekitar 18% berbanding GST yang hanya 6%.

Para peniaga pula seharusnya mengambil pendekatan dengan membuang SST dalam harga barangan mereka dan digantikan dengan GST dan inj akan membuatkan harga barangan akan menurun sebanyak 12%.

Namun ianya tidak berlaku kerana ketamakan peniaga yang memasukkan GST tanpa memansuhkan SST dalam perniagaan mereka.

Namun apa yang berlaku apabila GST diperkenalkan ialah, sistem percukaian yang dikenakan kepada peniaga adalah lebih teratur dan setiap peniaga tidak boleh lari dari membayar cukai dan cukai ini diberikan kembali kepada rakyat dalam pelbagai bentuk seperti BR1M, subsidi perubatan, persekolahan dan sebagainya.

Ini tidak dapat dilaksanakan dalam sistem percukaian SST yang dikenakan sebelum ini hingga membuatkan cukai yang dikenakan kepada rakyat dinikmati oleh peniaga yang bertindak melarikan diri dari cukai melalui pelbagai cara

Satu lagi berkenaan dengan cuti bersalin kepada kakitangan kerajaan selama 120 hari dan tangga gaji yang sama rata dengan lelaki.

Setahu Sangkakala, tangga gaji kakitangan kerajaan adalah mengikut gred perkhidmatan dan bukannya melalui jantina seseorang, jadi dimana yang nak dikatakan tangga gaji kakitangan awam tidak seimbang?

Jelas disini membuktikan bahawa Pakatan Harapan kini sedang memberikan harapan kepada rakyat dan mereka sendiri tahu bahawa harapan itu hanya tinggal harapan setelah mereka memerintah.

Esok jam 3.30 petang Perdana Menteri Malaysia akan membentangkan belanjawan bagi tahun hadapan dan sudah pastinya kerajaan akan memberikan beberapa bonus kepada rakyat seperti tahun tahun sebelum ini dan belanjawan esok sudah pasti akan membuatkan Pakatan mati berdiri.



Rabu, 25 Oktober 2017

GUAN ENG DILANDA KEMURUNGAN @NajibRazak @zahid_hamidi @tunfaisal

Setelah kejadian tanah runtuh yang mengakibatkan kehilangan jiwa para pekerja, berlaku pula kemalangan melibatkan bas kilang di Pulau Pinang.

Ini semua membuatkan Guan Eng pening kepala apatah lagi Kit Siang yang merupakan bapa Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan agar YB Tan Sri Noh Omar melepaskan jawatan atau dipecat apabila berlaku kebakaran di sekolah tahfiz di Kuala Lumpur baru baru ini.

Berkenaan dengan kes tanah runtuh pula, Jabatan Alam Sekitar telah mengeluarkan surat tidak menyokong pembinaan di kawasan lereng bukit di Tanjung Bungah berikutan terdapat sebuah kuari berada berhampiran dengan tapak projek.


Persoalannya sekarang, bagaimana kerajaan negeri boleh meluluskan projek tanpa mendapat sokongan atau kelulusan dari Jabatan Alam Sekitar yang sudah pastinya lebih maklum dengan keselamatan cerun bukit berkenaan?

Adakah terdapat unsur rasuah didalam kelulusan pembinaan tersebut?

Perkara ini perlu disiasat dengan lebih terperinci memandangkan ianya melibatkan nyawa manusia.



Khamis, 19 Oktober 2017

KERANA CELUPAR !! TUN MAHATHIR TERIMA KECAMAN MAHA HEBAT @NajibRazak @Zahid_Hamidi @tunfaisal

Tun Mahathir baru baru ini dikatakan telah mengeluarkan kenyataan yang melibatkan orang berketurunan Bugis dengan mengatakan bahawa mereka adalah lanun dan perompak.

Walaupun kenyataan itu dikeluarkan kepada YAB Perdana Menteri yang mempunyai salasilah keturunan Bugis yang sah, ianya tidak wajar dikeluarkan memandangkan ramai di kalangan rakyat Malaysia berketurunan tersebut.


Najib Razak memang mengakui bahawa beliau adalah dari keturunan Bugis dan itu bukanlah sebagai bahan untuk Tun Mahathir menempelak bangsa Bugis sebagai 'lanun'.

Beberapa laporan polis dikatakan telah dibuat oleh persatuan Bugis dan ada juga yang meminta Tun Mahathir memohon maaf secara terbuka diatas keceluparan mulut beliau.

Bak kata pepatah, terlajak perahu boleh diundur terlajak cakap buruk padahnya.


Isnin, 16 Oktober 2017

TERSALAH FAKTA !! BEKAS PENGERUSI SPR KUTUK TUN MAHATHIR BERDEPAN @NajibRazak @tunfaisal

Oleh kerana terlalu taksub kononnya nak menunjukkan Barisan Nasional tak baik, bekas Pengerusi SPR tersalah fakta dan secara tak langsung menunjukkan betapa buruk perangai Tun Mahathir semasa zaman pemerintahannya.


Tan Sri Ab. Rashid mendedahkan bahawa beliau meluat dengan boss lamanya kerana memberikan peruntukan yang sedikit kepada pengundi tapi menerima habuan yang besar.

Untuk makluman, Tan Sri Rashid menjadi Pengerusi SPR pada tahun 2000 dan tamat pada tahun 2008 dan Datuk Seri Najib menjawat jawatan Perdana Menteri pada tahun 2009.

Jadi boss yang mana cuba didedahkan oleh Tan Sri Rashid?

Untuk pengetahuan, semasa era pemerintahan Datuk Seri Najib, sistem penggunaan dakwat kekal untuk pilihanraya diperkenalkan hanya semata mata untuk mendapat ketelusan dalam pilihanraya.

Semasa zaman Tun Mahathir, beliau tidak pernah melaksanakan apa apa penambahbaikan untuk sistem pilihanraya di Malaysia.

Sekarang ni siapa lebih telus?

Naib Presiden Peribumi itu mungkin juga sudah beransur ansur hilang ingatannya kerana faktor usia dan bagi Sangkakala, jika Tan Sri Rashid benar benar ikhlas, beliau sudah mengambil jalan tengah semasa menjawat jawatan Pengerusi SPR dan bukannya membuka aib diri sendiri selepas pencen.



Ahad, 15 Oktober 2017

HIMPUNAN #KLEPTOKRASI YANG TOTAL LOST #kleptokrasiabahkau @tunfaisal

Himpunan yang diadakan oleh pakatan harapan semalam jelas menunjukkan bahawa Pakatan Harapan kini sudah mengalami keadaan yang disifatkan sebagai total lost.

MalaysiaKini semalam melaporkan sekitar 8000 orang sahaja yang hadir daripada 100 000 yang dijangkakan hadir oleh puak pakatan.


Pakatan selama ini mengatakan bahawa mereka mempunyai sokongan padu daripada rakyat berpandukan himpunan yang dijalankan sebelum sebelum ini namun semalam jelas membuktikan bahawa rakyat Malaysia sudah muak dengan permainan politik pembangkang.

Tun Mahathir yang dijangkakan boleh menjadi crowd puller juga nampaknya gagal menunjukkan taring jika kehadiran hanya sebanyak yang disebut oleh wartawan Malaysiakini.

Kebanyakan yang hadir semalam juga dilihat hanya datang sebagai peserta santai dan bukannya fokus kepada ceramah yang diadakan oleh pemimpin Pakatan.




Jumaat, 13 Oktober 2017

NIZAR JAMALUDDIN CUBA NAK KELIRUKAN RAKYAT PERAK @mbnizar @Zambryofficial @NajibRazak @tunfaisal

Tak habis habis lagi Mantan Menteri Besar yang gagal memerintah Perak ni cuba nak mengelirukan pemikiran rakyat negeri Perak khususnya.

Dalam akaun twitter milik Nizar Jamaluddin, beliau mengatakan bahawa lebih 100 ribu pengundi di Perak tidak mempunyai alamat lengkap dan Nizar ni terus cop mereka sebagai pengundi hantu.


Yang jadi tanda tanya sekarang ni dalam kepala Sangkakala ialah, apa kena mengena pengundi ni dengan politik BN yang dikatakan kotor oleh Nizar?

Adakah Nizar cuba mengatakan bahawa pengundi ini di daftarkan oleh Barisan Nasional?

Setahu Sangkakala, sekarang agen daftar pemilih tidak lagi diberikan kepada parti politik tetapi ianya diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Jadi apa kaitan pula pengundi yang alamatnya tidak lengkap ni dengan Barisan Nasional?

Setiap orang berhak untuk mendaftarkan diri sebagai pemilih dan itu adalah kewajiban setiap rakyat yang berumur 21 tahun keatas.

Bukan hanya pengundi yang mengundi Barosan Nasional, malah yang mengundi pakatan juga mendaftarkan diri.

Jadi disini, adakah Nizar mempunyai apa apa bukti bahawa jumlah pengundi yang disebutkan oleh beliau itu mengundi Barisan Nasional?

Jika tiada bukti, bagaimana pula Nizar boleh kata tolak politik Barisan Nasional kerana wujudnya pengundi yang disebutkan oleh beliau.

Nizar Jamaluddin gagal mempertahankan kerusi Menteri Besar apabila dua orang ADUN Pakatan bertindak menjadi ADUN bebas semasa beliau menjadi Menteri Besar hingga membuatkan Pakatan hilang majoriti dalam Dewan Undangan Negeri Perak.

Satu lagi, biasanya hanya yang terdesak sahaja sanggup buat kerja kotor dan yang terdesak untuk menang sekarang ni di Perak adalah Pakatan sebab kerajaan sedia ada di Perak kini ialah Barisan Nasional.



Isnin, 9 Oktober 2017

TUN MAHATHIR KINI JADI MANGSA BULI !!! @NajibRazak @tunfaisal

Tun Dr Mahathir Mohammad adalah seorang negarawan yang disegani satu masa dulu di era 80an hinggalah tahun 2002 yang melihatkan beliau melepaskan jawatan daripada menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.

Selama 22 tahun menjadi Presiden UMNO dan Perdana Menteri, beliau dilihat telah membuli parti pembangkang dengan pelbagai helah.

Namun kini apa yang dilihat adalah sebaliknya apabila dengan usia meningkat lebih 90 tahun, beliau pula menjadi mangsa buli pakatan harapan yang dianggotai oleh pakatan pembangkang yang pernah dibuli oleh beliau satu masa dulu.

Pakatan Harapan kini dilihat membuli warga emas ini dengan membiarkan Tun Mahathir kesana kesini untuk berkempen demi satu tujuan iaitu melihat kejatuhan Barisan Nasional.


Bayangkan dengan umur yang begitu lanjut, Tun Mahathir diheret kesana kesini melaksanakan misi yang dirancang oleh Pakatan yang kita ketahui di monopoli oleh DAP.

Sejak dari mula kewujudan Pakatan, DAP hanya mendiamkan diri dan membiarkan PAS (ketika itu dalam pakatan) melakukan kerja kerja politik mereka sehinggalah Pakatan mencapai kemenangan di Pulau Pinang dan Selangor pada PRU13.

Kini apabila negara dalam suasana bersiap sedia untuk pilihanraya umum yang ke 14, Tun Mahathir dibiarkan dibuli oleh Pakatan oleh penyokong beliau sendiri sedangkan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pernah di kritik hingga melepaskan jawatan oleh Tun Mahathir duduk dalam keadaan selesa disamping keluarga.

Kadang kadang Sangkakala berasa agak sedikit pelik bagaimana pengikut Tun Mahathir boleh membiarkan malah turut sama mengusung lelaki berumur ini ke hulu dan ke hilir untuk politik.

Adakah ini yang dinyatakan maksudnya bahawa mereka sayang kepada Tun Mahathir?


DUSTA APA LAGI KERAJAAN CUBA NAK SELINDUNGKAN ?? @NajibRazak @tunfaisal

Semalam Sangkakala berkesempatan untuk bertemu dengan Pak Akob dan Pak Razak yang mana kediaman mereka dirobohkan oleh pihak MBSA dan juga pihak Pejabat Daerah.

Susana sedih masih lagi terbayang di wajah kedua dua mereka yang sudah mula menjejaki usia warga emas ini.

Tapi yang menarik perhatian Sangkakala apabila Pak Razak mengakui bahawa beliau sebelum ini adalah ahli PAS tegar dan berkali kali membuat program bersama pemimpin Pakatan negeri Selangor.

Pak Razak juga mengatakan bahawa beliau adalah orang yang sama sama terlibat dalam beberapa himpunan anjuran Pakatan serta menjadi salah seorang jentera kempen pilihanraya sebelum pakatan memenangi kerajaan negeri Selangor.


Pak Razak juga mengakui bahawa semasa zaman Datuk Seri Khir Toyo menjadi Menteri Besar, pernah beberapa kali beliau datang ke Masjid berkenaan dan pernah sekali Datuk Seri Khir Toyo bergurau dengan mengatakan bahawa masjid berkenaan hijau.

Walau pun begitu, mengikut kata Pak Razak, belum pernah kerajaan Barisan Nasional pada ketika itu mempertikai kewujudan beliau dan keluarga dalam tanah di kawasan masjid berkenaan begitu juga dengan mantan ADUN Kota Damansara , Allahyarham Dato' Mokhtar Dahlan.

Pemimpin Barisan Nasional menerima mereka seadanya kerana bagi mereka tugas sebagai pegawai masjid yang Pak Razak jalankan adalah berbeza dengan politik.

Namun kali ini kata Pak Razak, kerajaan yang dibantu oleh beliau sepenuh jiwa dan raga seolah olah memandang keluarga ini seperti tidak wujud dan pengorbanan mereka dinafikan sama sekali.

Memang benar, Pak Razak dan Pak Akob menumpang di tanah berkenaan dan mereka tidak lagi menjadi pegawai masjid.

Namun adakah kerana alasan itu maka mereka ini layak dihalau seolah olah mereka bukan manusia yang perlukan tempat perlindungan dari panas dan hujan siang serta malam?

Kerajaan negeri seharusnya menyediakan terlebih dahulu penempatan bagi dua buah keluarga ini berlindung sebelum kerja kerja merobohkan kediaman mereka dilakukan.

Azmin Ali selaku Menteri Besar pula cuba mengalihkan isu kononnya Noh Omar yang perlu membuat panggilan kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan untuk menangguhkan kerja perobohan berkenaan.

Jika itu alasan Azmin, kenapa dua kali memorandom dihantar ke pejabat beliau tidak mendapat apa apa maklumbalas? Azmin sepatutnya dari awal lagi sudah memberi tahu kepada kedua dua keluarga ini untuk berhubung dengan Tan Sri Noh Omar bagi menyelesaikan masalah mereka.

Satu lagi, Azmin mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa bagi menghalang perobohan tersebut dilakukan tetapi jelas dengan video menunjukkan bahawa seorang pegawai memerintahkan segala kerja kerja perobohan berkenaan dihentikan serta merta apabila mendapat arahan dari Menteri Besar melalui khidmat pesanan ringkas (sms).

Kalau Azmin tiada kuasa, masakan dia boleh menahan perobohan yang sedang dijalankan oleh MBSA dan Pejabat Daerah.

Jadi Azmin tak perlu bersandiwara atau berpolitiking dalam hal hal melibatkan kebajikan rakyat khususnya dalam negeri Selangor.


Ahad, 8 Oktober 2017

TUTUP KEGAGALAN !! AZMIN ALI CUBA SALAHKAN @nohomar DALAM ISU ROBOHKAN RUMAH BILAL @NajibRazak

Makin lama Sangkakala tengok makin kurang cerdik kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Selangor.

Dalam kes perobohan rumah dua orang bekas pegawai Masjid Lapangan Terbang Antarabangsa Subang baru baru ini, Azmin dilihat menyalahkan Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Tan Sri Noh Omar yang juga merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor.


Setahu Sangkakala, 2 kali memorandom di hantar ke Pejabat Menteri Besar namun ianya di pandang sepi dan langsung tidak diendahkan oleh Azmin hinggalah kediaman mereka dirobohkan baru baru ini.

Jika Azmin ingin menyalahkan Noh Omar kononnya tanah tersebut adalah milik sebuah Syarikat melalui pajakan dan tanah tersebut atas nama Penguasa Tanah Persekutuan, rasanya adalah amatlt tidak tepat.

Ini kerana, Azmin adalah penguasa tanah dalam negeri Selangor dan beliau mampu untuk menahan atau menghalang perobohan kediaman ini sehinggalah dua buah keluarga ini mendapat kediaman yang baru.

Tapi oleh kerana keangkuhan Azmin sendiri, maka kedua dua keluarga ini diperlakukan tidak seperti manusia oleh kerajaan negeri hingga sanggup membiarkan pihak Pejabat Tanah dan Daerah mengambil tindakan perobohan.

Selaku orang yang berkuasa di dalam negeri, adalah amat mustahil jika Pegawai Daerah tidak mempedulikan arahan dari Azmin jika Menteri Besar itu menghalang Penguatkuasa Tanah daripada melakukan perobohan kediaman berkenaan.

Setelah kedua dua rumah itu dirobohkan, barulah Azmin bersuara dengan memberikan kediaman berupa rumah PPR di Seksyen 8 Kota Damansara sedangkan Yang Berhormat Datuk Hajah Halimaton ( ADUN Kota Damansara) telah pun membuat rundingan dengan pihak KPKT bagi mendapatkan kediaman sewa beli di PPR Lembah Subang 2.

YB Halimaton juga telah menghantar surat permohonan pengangguhan perobohan namun penguatkuasa dibawah kerajaan Azmin Ali langsung tidak memberikan maklumbalas kepada surat berkenaan.

Ini rupa kerajaan yang melaungkan slogan Pedulu Rakyat dan Negeri Berkebajikan? Peduli yang bagaimana dan Kebajikan yang macam mana sedang di jalankan oleh kerajaan di bawah Azmin hari ini?

Rakyat hari ini perlu membuka mata dan menilai kerajaan yang mana lebih pedulikan rakyat.



Sabtu, 7 Oktober 2017

TUN MAHATHIR #taktahu KENAPA DIA BUAT SOLAT HAJAT UNTUK ANWAR IBRAHIM @NajibRazak @tunfaisal

Masih ingat lagi kisah sebuah tilam diusung masuk ke mahkamah sebagai bahan bukti yang Anwar Ibrahim melakukan kesalahan meliwat bekas pemandu pribadi beliau?

Semua itu takkan mungkin dilupakan oleh mereka yang pernah mengikuti perkembangan kes liwat yang melibatkan bekas Timbalan Perdana Menteri tersebut.

Tapi sejak Tun Mahathir merasakan beliau tidak lagi diberikan muka untuk membela kroni kroni beliau mencipta lebih banyak kekayaan maka bermulalah satu episod yang seolah olah menolak semua perkara yang pernah berlaku di zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Baru baru ini Tun Mahathir dikatakan telah mengadakan solat hajat untuk Anwar Ibrahim yang kini dipenjarakan atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari yang merupakan pembantu pribadi beliau.

Adakah Tun Mahathir cuba untuk menjadi manusia sebaik wali pada ketika ini hanya semata mata untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional yang pernah beliau ketuai dulu?

Atau adakah Tun Mahathir akan mengatakan bahawa beliau tak tau tentang kes liwat berkenaan sepertimana yang beliau nyatakan semasa dalam siasatan oleh Suruhanjaya DiRaja berkenaan dengan kes kerugian dalam dagangan matawang asing di zaman beliau?

Jangan pula nanti bila diajukan soalan kenapa Tun Mahathir mengadakan solat hajat beliau akan memberikan jawapan TAK TAU.

Jawapan paling mudah yang dikemukakan oleh Tun Mahathir pada masa kini ialah TAK TAU sedangkan di zaman beliau dulu kononnya beliaulah yang tau tentang semua perkara tentang mentadbir kerajaan.



Isnin, 2 Oktober 2017

CUBAAN MEMBERI RASUAH KEPADA SYED SADDIQ @SPRMMalaysia BOLEH AMBIL TINDAKAN

Pagi tadi berlangsung satu sidang media yang dilakukan oleh ketua pemuda PPBM yang mengatakan bahawa beliau menerima tawaran sebanyak RM 5 juta dan peluang melanjutkan pengajian ke Oxford Universiti.


Syed Saddiq juga mendakwa wang sebanyak RM 5 juta itu adalah bagi beliau meninggalkan parti Pribumi yang diikuti oleh beliau kini.

Namun apa yang dilakukan oleh Syed Saddiq sebenarnya akan memakan dirinya sendiri kerana gagal untuk melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia atau SPRM tentang gejala rasuah.

Atau ada kemungkinan Syed Saddiq hanya ingin mencari publisiti murahan dengan mengatakan kononnya beliau ada ditawarkan wang sebanyak yang disebut dan peluang pengajian dalam sidang berkenaan.

Pihak SPRM perlu memanggil Syed Saddiq untuk disoal siasat bagi mengenal pasti siapa orang yang cuba menyogok beliau bagi meninggalkan parti Pribumi.

Jika didapati Syed Saddiq gagal untuk menyatakan siapa si pelaku berkenaan, Sangkakala rasa SPRM perlu mengambil tindakan tegas kepada Syed Saddiq yang cuba menipu rakyat Malaysia bahawa berlakunya cubaan merasuah beliau.



Ahad, 1 Oktober 2017

@RafiziRamli TAK LENA TIDUR KERANA ISU #rafizibayarrafizi @NajibRazak @tunfaisal

Laman media hari ini terus memperkatakan tentang isu yang melibatkan Rafizi Ramli membuat bayaran kepada diri beliau sendiri menggunakan wang yang didermakan oleh orang ramai berjumlah RM 1.5 juta yang sepatutnya digunakan untuk melangsaikan saman NFC terhadap beliau.


Rafizi jelas menggunakan pengikutnya berhubung dengan derma yang dikutip untuk kegunaan peribadi apabila NFC mengemukakan perintah untuk menjadikan Rafizi seorang yang bankrap apabila gagal membayar saman berkenaan.

Mungkin juga pengikut Rafizi yang selama ini memberikan kepercayaan kepada beliau berasa kecewa setelah mendapat tahu bahawa mereka hanya dipergunakan sahaja untuk kepentingan diri sendiri.

Bukan sikit duit yang berjaya dikumpulkan malah jutaan ringgit telah berjaya diperolehi oleh Rafizi dalam masa hanya beberapa hari dan akhirnya wang berkenaan tidak digunakan ke jalan yang sepatutnya dilakukan.

Kepentingan diri mengatasi segala galanya bagi Rafizi dan pembohongan demi pembohongan dilakukan untuk memuaskan diri sendiri.