Isnin, 25 Julai 2011

TAHNIAH KEPADA PASUKANPOLIS

tahniah kepada pasukan polis yang telah memberikan kenyataan dan bukti kukuh bahawa segala tohmahan yg dilemparkan oleh peserta himpunan bersih..

Pelbagai tohmahan dan fitnah dilepmparkan kepada pasukan polis oleh peserta bersih..ada yang kata kena langgar dengan land rover..ada yang kata kena tembak dengan gas pemedih mata..ada yang kata kena pukul dengan FRU..ada juga yang kata dah mati tapi hidup balik..apa apa pun semua itu telah berjaya di jawab dengan penuh hemah..

Sangkakala ucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PDRM

Sabtu, 2 Julai 2011

http://sangkakalajari9.blogspot.com: TAHNIAH PUTERI UMNO TELUK INTAN

http://sangkakalajari9.blogspot.com/2011/07/tahniah-puteri-umno-teluk-intan.html?spref=bl: "Pergerakan puteri UMNO bahagian Teluk Intan telah membuat satu laporan polis berkenaan dengan himpunan haram yang bakal di lakukan oleh Dat..."

TAHNIAH PUTERI UMNO TELUK INTAN


Pergerakan puteri UMNO bahagian Teluk Intan telah membuat satu laporan polis berkenaan dengan himpunan haram yang bakal di lakukan oleh Datuk Ambiga yang juga merupakan bekas Presiden majlis Peguam-peguam Malaysia.

Nor Azryna Mohd Jainuri bersama-sama dengan ahli jawatankuasa Puteri UMNO Bahagian Teluk Intan membuat laporan tersebut berikutan keengganan penganjur himpunan haram tersebut masih lagi berniat untuk meneruskan himpunan walaupun telah di nasihati oleh polis supaya membatalkan niat mereka.

Azryna berkata, " Jika himpunan ini diteruskan, banyak kesan-kesan negatif akan terjadi, antara contoh-contohnya seperti pelabur asing mungkin akan merasakan bahawa negara ini tidak lagi selamat untuk mereka melabur dan ini akan merugikan negara untuk masa ynag panjang".

Beliau berkata lagi, " Ini bukan budaya kita dengan mengadakan himpunan di jalan-jalan raya dengan mengatakan untuk membela kepentingan rakyat."

Bagi beliau himpunan seperti ini akan menampakkan bahawa negara ini tidak lagi selamat dan ini akan menakutkan pelancong-pelancong asing untuk datang melancong ke negara ini.

Beliau juga menyeru kepada semua rakyat Malaysia supaya tidak mengikuti himpunan tersebut demi untuk keselamatan dan kesejahteraan negara.