Rabu, 24 April 2019

PAKATAN HARAPAN KEDAH MULA GELISAH BILA @NajibRazak NAK BUAT LAWATAN

Satu lagi peristiwa dan tindakan yang menggelikan hati apabila beberapa orang pengikut PH di Sungai Petani dan kawasan Merbok buat laporan polis tentang kehadiran YB Datuk Seri Najib di kawasan Sungai Petani Kedah hari jumaat nanti.

Setahu Sangkakala, setiap rakyat Malaysia berhak untuk melakukan lawatan kemana mana sahaja yang mereka suka, bukan sahaja dalam negara, malah luar negara juga begitu kecuali negara yang dilarang seperti Israel.


Apa yang menggelikan hati Sangkakala ialah, kenapa ketakutan dengan kehadiran Datuk Seri Najib perlu diterjemahkan? Selama ni Pakatan Harapan mengutuk, memfitnah dan pelbagai perkara lagi diperlakukan kepada beliau sehingga tumbangnya kerajaan Barisan Nasional dalam PRU lepas.

Adakah apa yang dilakukan oleh mereka (PH) terhadap Datuk Seri Najib dulu tidak cukup sehingga untuk pergi bertemu dengan rakyat juga hendak dihalang?

Politik biarlah matang, dulu fitnah tak berhenti dan kini apabila satu persatu fitnah tersebut terbongkar, mula risau dengan kebangkitan semula Datuk Seri Najib.



Sabtu, 20 April 2019

ZAMAN MILENIUM !! PEREMPUAN DALAM TABUNG HAJI JUGA JADI PENIPU !! @NajibRazak.@Zahid_Hamidi

Sangkakala ada terlihat infografik dalam media sosial yang menggambarkan seorang wanita yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Risiko, Audit dan Tadbir Urus Tabung Haji mengatakan bahawa selepas Tabung Haji memberikan hibah sebanyak 1.25 peratus, sebanyak 3600 akaun baru dibuka dalam Tabung Haji.


Nilai bagi akaun akaun yang baru dibuka ini pula adalah sebanyak RM 307 juta yang mana jika dibahagikan satu satu akaun berkenaan adalah melebihi RM 80 ribu bagi setiap satu akaun.

Kalau nak menipu pun agak agak la, dah berumur kot, ada title Dato lagi, jangan sebab nak selamatkan diri dan kerjaya sampai sanggup menipu.

Pembukaan akan baru Sangkakala tak berapa nak percaya tapi ada sorang kawan Sangkakala yang berkerja dalam Tabung Haji kata selepas tabung haji bagi hibah 1.25 peratus, secara purata sehari tak kurang dari 5 akaun akan meninggalkan baki untuk menunaikan haji.

Tindakan penyimpan mengeluarkan duit dari akaun mereka tidak dapat dibendung lagi, malah ada cawangan cawangan tabung haji mengalami penyusutan mendadak.

Tambahan pula apabila Lim Guan Eng yang tiada kena mengena dalam hal ehwal Tabung Haji kini sudah mula campur tangan dalam pengurusan orang islam menunaikan haji ke Mekah.



Isnin, 15 April 2019

KOS ECRL SEBENARNYA TINGGI !! KERAJAAN PH TIPU RAKYAT @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Tak berapa lama dahulu kerajaan PH telah mengumumkan bahawa projek ECRL dihentikan kerana kononnya kewanhan negara tidak mencukupi bagi melaksanakan projek yang memberi manafaat kepada rakyat di sebelah pantai timur.

Tapi baru baru ini kerajaan telah menukar pendirian iaitu daripada pembatalan kepada penyambungan semula projek berkenaan tetapi dengan kos yang lebih rendah berbanding dengan kos kerajaan Barisan Nasional dulu.

Apabila pengumuman ini dilakukan, maka bersorak sorailah pengikut kerajaan mengatakan bahawa kerajaan PH lebih bijak memerintah dan kerajaan BN dahulu cuba untuk menyamun duit pembinaan projek berkenaan bagi menyelamatkan syarikat 1MDB yang sering kali dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, YB Datuk Seri Najib Razak.

Projek ECRL menelan belanja sebanyak RM 55 billion bagi pembinaan yang melibatkan 24 stesen perhentian manakala kerajaan PH pula berjaya membuat penjimatan sebanyak RM 11 billion.


Seperti mana infografik diatas, RM 55 billion melibatkan 24 stesen perhentian yang mana jika dikira mengikut stesen ianya menelan belanja RM 2.2916 billion manakala kerajaan PH pula hanya membina 7 stesen yang mana ianya menelan belanja sebanyak RM 44 billion dan jika dikira bagi setiap stesen ianya menelan belanja sebanyak RM 6.2857 billion bagi setiap stesen.

Persoalannya sakarang, bagaimana perkiraan ini dikira sebagai penjimatan? Penjimatan yang sebenar ialah apabila jumlah stesen dikekalkan dan harga pembinaan dikurangkan bukannya stesen dikurangkan tetapi kos sebenar pembinaan ditingkatkan.

Rakyat Malaysia hari ini ditipu kerana satu kesilapan kecil semasa pilihanraya umum yang lepas.

Khamis, 11 April 2019

LAMA MENGHILANG !! RAFIZI RAMLI MUNCUL DENGAN KEBODOHAN @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Lama menyepi dari arena politik selepas kalah bertanding sebagai Timbalan Presiden PKR dengan Azmin Ali, Rafizi Ramli baru baru ini buat come back berceramah dalam sesi kempen di PRK Rantau.

Bagi mereka yang meminati ceramah Rafizi Ramli yang begitu banyak pembohongan dan penipuan sudah pasti menuggu nunggu kehadiran beliau berceramah.

Seperti yang lepas lepas, kali ini Rafizi Ramli kembali dengan cerita dongeng yang cuba untuk memperbodohkan pengundi Rantau yang akan membuang undi 2 hari lagi.

Salah satu pembohongan yang disebut oleh Rafizi adalah berkenaan calon BN bagi DUN Rantau, Datuk Seri Utama Mohammad bin Hasan yang juga merupakan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan yang memegang nombor 1 dalam undian kedudukan calon dan lebih dikenali dengan panggilan tok mat hasan.

Rafizi Ramli mengatakan bahawa Tok Mat Hasan lebih fokus untuk menjadi Perdana Menteri.


Rafizi cuba memperbodohkan pengundi DUN Rantau yang telah pun tahu bahawa dengan hanya bertanding sebagai ADUN mana mungkin Tok Mat Hasan memberikan fokus untuk menjadi Perdana Menteri, malah untuk menjadi Menteri Besar semula pun tidak boleh memandangkan kerajaan negeri dikuasai oleh Pakatan Harapan.

Tetapi kemenangan untuk Tok Mat Hasan adalah amat penting bagi membantu kemajuan DUN Rantau sebab apa? Sebab Tok Mat Hasan sudah pasti akan lantang bersuara di dalam Sidang DUN bagi mempertahan dan membela nasib rakyat Rantau khususnya dan rakyat Negeri Sembilan amnya.

Jika calon PH dipilih, sudah pasti akan hanya mengikut telunjuk kerajaan dan kuasa mendesak akan berkurangan.

Orang Rantau juga rasanya lebih kenal Tok Mat Hasan berbanding calon dari PKR yang bukan merupakan anak kelahiran Rantau seperti Tok Mat Hasan.


ANWAR IBRAHIM MASIH MENGHARAP JADI PERDANA MENTERI @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

20 tahun Anwar Ibrahim menanti saat kemenangan bagi PKR, selepas penggabungan dengan DAP dan PAS pada tahun 2008, maka 5 buah negeri telah jatuh ke tangan pembangkang (PR) pada ketika itu.

Namun pada tahun 2013, kemenangan memihak semula kepada BN di 2 buah negeri, iaitu Perak dan Kedah manakala Selangor dan Pulau Pinang kekal ditangan (PR) selain dari Kelantan yang memang ditadbir oleh PAS selama lebih 20 tahun.

Kemasukkan PPBM yang diketuai oleh Mahathir telah membuatkan gabungan pembangkang kecuali PAS pada ketika itu dipilih untuk menjadi kerajaan pada tahun 2018 dan proses pengampunan Anwar Ibrahim yang menjalani hukuman penjara atas kesalahan meliwat Saiful dijalankan.

Proses pengampunan ini dibuat untuk membolehkan kononnya Anwar bertanding sebagai Ahli Parlimen dan seterusnya menjadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir Muhamad.

Sehingga ke hari ini walaupun telah bergelar Ahli Parlimen setelah menang dalam Pilihanraya Kecil Port Dickson, masih belum ada bisikan bahawa Mahathir akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar.

Dalam ceramah Anwar di Pilihanraya Kecil Rantau, Anwar dengan yakin mengatakan bahawa beliau tidak akan melupakan Rantau bila beliau menjadi Perdana Menteri.

Persoalannya bila Mahathir akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar? Adakah proses itu akan berlaku atau Anwar akan menjadi MANTAN BAKAL PERDANA MENTERI jika hayatnya habis tak lama lagi?

Usia Anwar kini dah lebih 70 tahun, kalau Anwar benar benar hendak diangkat sebagai Perdana Menteri, kenapa Mahathir tidak meletakkan Anwar sebagai Timbalan buat sementara waktu?

Ini jelas menunjukkan bahawa Mahathir tidak pernah dan tidak sesekali akan mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri dan Anwar akan menjadi Future Prime Minister paling lama dalam sejarah dunia.

Rabu, 10 April 2019

DYMM SULTAN JOHOR BERI PERINGATAN KEPADA PUTRAJAYA

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini melalui laman facebook milik Baginda mengeluarkan kenyataan agar pihak pihak tertentu berhenti berbuat bising dan bertelagah mengenai politik sebaliknya tumpukan kepada usaha jaga negara.


Baginda juga bertitah dengan mengatakan bahawa berkenaan negeri Johor, jangan sibuk campuri urusan negeri tersebut kerana negeri Johor masih mempunyai Sultan.

Apa yang Sangkakala nampak, kenyataan ini adalah sebagai kenyataan balas kepada Mahathir yang mengatakan bahawa Baginda Sultan tidak ada kuasa dalam isu perlantikan Menteri Besar setelah Bekas Menteri Besar Johor meletakkan jawatan semalam.

Dalam undang undang tubuh kerajaan negeri, parti yang memenangi Pilihanraya perlulah menamakan seorang Menteri Besar dan orang penama berkenaan layak untuk menjawat jawatan Menteri Besar sekiranya diberi perkenan oleh DYMM Baginda Sultan.

Dengan mengatakan bahawa Baginda Sultan tidak mempunyai kuasa, jelas menunjukkan bahawa Mahathir pada ketika ini tidak merujuk kepada kuasa eksekutif Sultan bagi sesebuah negeri.

Baginda Sultan juga sebenarnya boleh untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Tindakan Mahathir menjadikan pihak Istana sebagai musuh nampaknya akan memakan diri sendiri sekiranya Tuanku Sultan perkenan untuk pembubaran DUN dilaksanakan dan satu pilihanraya perlu diadakan.


TINDAKKAN MAHATHIR MELAMPAUI BATAS SEBAGAI RAKYAT @NajibRazak @Zahid_Hamidi @TunFaisal

Perbalahan diantara Mahathir selaku Perdana Menteri dengan pihak Istana Johor nampaknya makin keruh tambahan pula dua hari lepas Menteri Besar Johor meletakkan jawatan atas desakan pihak Istana Johor sendiri.

Walau apa pun, perbalahan ini nampaknya telah membuatkan Mahathir mengambil tindakan melampau dan boleh dikategorikan sebagai biadap atau derhaka kepada institusi Raja Raja di Malaysia.

Semalam Mahathir telah mengadakan satu sidang akhbar dan bila ditanya oleh pemberita tentang perletakkan jawatan Menteri Besar Johor, dengan nada sinis Mahathir mengatakan bahawa Osman Sapian telah mengadap Duli Yang Maha Mulia Mahathir Muhammad.


Bagi Sangkakala, perkara ini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi Mahathir merupakan Perdana Menteri Malaysia.

Seperti yang semua rakyat tahu, Duli Yang Maha Mulia ini hanya digunakan oleh Agung dan Sultan yang memerintah.

Apabila Mahathir menggelar diri beliau sebagai Duli Yang Maha Mulia, adakah Mahathir cuba hendak mengatakan bahawa Institusi Raja itu sama taraf dengan beliau? Atau kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri adalah sama seperti Agung atau Sultan?

Berpolitik boleh, tapi jangan bangkitkan kemarahan rakyat dengan cubaan untuk bermusuh dengan pihak Istana.



Selasa, 9 April 2019

MAHATHIR BERI AMARAN PADA TENGKU MAHKOTA JOHOR ?? @HRHJohorII @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Mungkin kenyataan kenyataan sinis tapi makan dalam yang dikeluarkan oleh YAM Tengku Mahkota Johor dalam media sosial membuatkan Mahathir berasa kurang selesa dan tertekan.

Jika dibaca berkali kali apa yang dikeluarkan oleh YAMTMJ, ianya lebih kepada teguran seorang Anak Raja yang mengambil kira tentang apa yang berlaku di masa sekarang dan apa akan berlaku di masa akan datang.

Mahathir nampaknya cuba hendak menggunakan kuasa sebagai Perdana Menteri dengan memberikan amaran kepada YAMTMJ kononnya Baginda bebas mengkritik tetapi jangan langgar undang undang.


Adakah menjadi kesalahan kalau setakat menyuarakan apa yang menjadi kegusaran Baginda dengan situasi politik, ekonomi dan macam macam lagi yang kini semakin berkecamuk.

Bagi Sangkakala, Mahathir tak perlulah nak gunakan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada seorang Pewaris Takhta, sebab Sangkakala yakin bahawa YAMTMJ amat faham tentang undang undang yang ada di Malaysia sebelum kerajaan PH mengambil alih pentadbiran kerajaan.


Isnin, 8 April 2019

AHLI PARLIMEN JELUTONG KENA CHECK MATE DALAM PARLIMEN @NajibRazak @@tunfaisal

Sangkakala kerap juga melihat sesi pembahasan, soalan dan jawapan dalam sidang parlimen melalui tv dan media sosial.

Kerap kali Sangkakala melihat, Ahli Parlimen Jelutong bangkit mencelah dan kerap kali juga beliau mengheret kenyataan bahawa Datin Seri Rosmah Mansor membeli barangan kemas bernilai jutaan ringgit.

Tapi hari ini Ahli Parlimen Jelutong sudah pasti seperti orang kena penampar Jepun apabila Timbalan Menteri Kewangan menyatakan bahawa barangan kemas yang didakwa dibeli oleh Datin Seri Rosmah Mansor tidak seperti yang dituduh oleh Ahli Parlimen tersebut.

Pihak Kastam telah mengesahkan bahawa barangan tersebut telah dibawa masuk ke dalam negara oleh ejen barang kemas dan telah dikeluarkan dari dalam negara melalui ejen sama.

Rujuk https://m.malaysiakini.com/news/471381


Kenyataan Timbalan Menteri Kewangan ini juga jelas menunjukkan bahawa isteri Bekas Perdana Menteri, YB Datuk Seri Najib Razak adalah mangsa fitnah pihak yang mahu menumbangkan Barisan Nasional.

Mungkin selepas ini Ahli Parlimen Jelutong perlu mencari helah lain pula bagi menunjukkan kebodohan beliau dalam parlimen.


KENAPA MASALAH NEGARA @HishammuddinH20 SENYAP MASALAH MAHATHIR BERIYA NAK CAMPUR ?? @tunfaisal

Sangkakala agak pelik dengan bekas pemimpin UMNO yang sorang ni, mungkin dua artikel sebelum ni Sangkakala dilihat lebih menjurus kepada menyerang (istilah dayang2) beliau.

Tapi walau apa pun mereka nak kata terpulang, bagi Sangkakala amat mudah sebab sekiranya pemimpin itu dilihat agak samar samar perjuangannya mungkin elok direhatkan atau diberhentikan terus.

Kenyataan Datuk Seri Hishammuddin yang mengatakan bahawa ahli parlimen BN akan memberikan sokongan kepada Mahathir jika ada undi tidak bercaya berlaku di dalam sidang Parlimen dilihat lebih kepada kenyataan menyelamatkan diri.

Sebab apa Sangkakala katakan begitu? Sebab tidak ada apa apa perbincangan mengenai hal ink berlaku kecuali kalau Hishammuddin ada berjumpa dengan wakil wakil rakyat ini secara tersorok demi mendapatkan sokonhan bagi membantu Mahathir.

Banyak isu berlaku dalam negara yang nampaknya Hishammuddin senyap sunyi sebagai contoh

1. Dividen Tabung Haji rendah, dia senyap
2. Harga minyak sawit jatuh, dia senyap
3. AES bertambah, dia senyap
4. Kena bayar SST, dia senyap
5. Harga barang naik, dia senyap
6. Menteri takde ijazah, dia senyap
7. Ptptn kena bayar, dia senyap
8. Tol masih tak mansuh, dia senyap
9. Gaji tak naik, dia senyap
10. Ringgit jatuh, dia senyap
11. Pelabur lari, dia senyap
12. BR1M dapat kurang, dia senyap
13. ECRL, HSR, MRT dihentikan, dia senyap
14. Menteri tak reti buat kerja, dia senyap

Banyak lagi benda yang Hishamuddin buat senyap.

Tiba tiba keluar kenyataan kalau ada undi tidak percaya maka wakil rakyat BN akan menyokong Mahathir.

Apa kena mengena Hishammuddin dengan Mahathir? Nak minta talian hayat atau menyelamatkan diri.

Bagi Sangkakala tak perlu selamatkan Mahathir, lebih baik selamatkan rakyat Malaysia dari dibelenggu oleh kerakusan regim Pakatan Harapan.





Khamis, 4 April 2019

SUDAH ADA GERAKAN UNTUK MENYELAMATKAN MAHATHIR DARI UNDI TIDAK PERCAYA

Selepas sahaja Sangkakala memuat naik artikel sebelum ini tengah hari tadi, Sangkakala telah dihubungi oleh seseorang yang nampaknya juga mengambil berat tentang situasi politik didalam parlimen sekarang.

Ianya lebih kepada usul undi tidak percaya yang boleh dikemukakan oleh mana mana Ahli Parlimen kepada Tun Mahathir.

Dalam tempoh parlimen yang sedang bersidang sekarang, segala kemungkinan boleh berlaku dan tidak mustahil apa yang disebut sebut tentang undi tidak percaya ini juga akan berlaku.

Ada beberapa orang yang mengatakan bahawa adalah tidak masuk akan jika speaker membenarkan satu usul hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri dibentangkan di Parlimen.

Ulasan ini sebenarnya hanyalah untuk menyedapkan hati sedangkan perkara sebenar ialah, mana mana ahli parlimen berhak membawa usul dan ianya perlu dimaklumkan kepada speaker dan jika speaker menolak, maknanya speaker itu boleh dikategorikan sebagai berat sebelah.

Kita lupakan sejenak kisah tersebut.

Apa yang Sangkakala cuba nak sampaikan disini ialah, jika perkara tersebut benar benar berlaku, maka yang boleh menyelamatkan Mahathir dari jawatannya adalah dari block pembangkang iaitu BN dan PAS.

Jika hanya PAS memberikan sokongan kepada Mahathir, rasanya belum cukup untuk menidakkan undi tidak percaya berkenaan.

Berbalik kepada rakan Sangkakala tadi, beliau mengatakan bahawa daripada segi pemantauan yang beliau lakukan, sudah ada gerakan bagi menyelamatkan Mahathir daripada perlucutan jawatan Perdana Menteri.

Adakah ini bermaksud sudah ada satu gerakan memujuk rayu ahli parlimen BN untuk menyokong Mahathir?

Daripada apa yang disebut oleh Ketua Pembangkang dalam akhbar Utusan ONLINE pula, Majlis Tertinggi UMNO akan bermesyuarat bagi menentukan sama ada UMNO akan menyokong Mahathir atau sebaliknya.

Cuma apa yang Sangkakala nak maklumkan disini, seperti yang Sangkakala katakan dalam artikel sebelum ini, adalah lebih baik UMNO menumpukan perhatian dalam membela nasib rakyat yang makin tertekan.

Tak perlu rasanya untuk memikirkan apa yang bakal berlaku kepada Mahathir kerana setiap tindakan yang Mahathir lakukan tidak pernah untuk memikirkan UMNO selama ni.



KENAPA PERLU SOKONG MAHATHIR JIKA ADA UNDI TAK PERCAYA?? @zahid_hamidi @NajibRazak @TunFaisal

Sangkakala terbaca baru baru ni kenyataan daripada YB Datuk Seri Hishamuddin Hussein yang merupakan ahli parlimen Sembrong yang mana beliau mengatakan bahawa ahli parlimen BN akan menyokong Tun Mahathir jika ada undi tidak percaya dalam parlimen.

Kenyataan ini bagi Sangkakala agak mengelirukan apabila seorang ahli parlimen yang bukan dikalangan pemimpin tertinggi parti seolah olah mendahului pemimpin parti dalam membuat kenyataan.



Kita ketepikan dulu apa yang dinyatakan oleh Datuk Seri Hishammuddin, tapi kita lihat pula pada senario politik pada hari ini.

Perdana Menteri dikecam hebat apabila beliau melantik Ketua Hakim Negara, Peguam Negara dikalangan bukan Islam dan beberapa polisi yang dibuat oleh kerajaan pimpinan Mahathir dilihat membebankan rakyat.

Jika perkara perkara seperti ini dikecam, kenapa bila ada undi tidak percaya, kita (Ahli Parlimen BN) perlu menyokong Mahathir?

Bagi Sangkakala, apabila ada isu dalaman diantara puak puak PH, biarlah ianya diselesaikan diantara mereka dan adalah lebih baik Ahli Parlimen BN mengambil langkah berkecuali iaitu tidak menyokong dan tidak menghalang.

Rakyat hari ini berada dalam keadaan atau situasi sukar dengan segala permasaalahan termasuk kos sara hidup yang tinggi dan ekonomi yang makin merosot.

Ini sepatutnya yang diperjuangkan oleh ahli parlimen BN dan bukannya melayan kerenah permasaalahan dalaman puak kerajaan.

Jadi kepada ahli parlimen BN, jangan termakan dengan dakyah kononnya dengan menyokong Mahathir jika ada undi tidak percaya maka ianya akan menyelamatkan negara.

Sangkakala juga yakin bahawa ahli UMNO menolak sesiapa juga yang cuba untuk menjadi duri dalam daging seperti yang dilakukan oleh ahli parlimen Larut terhadap UMNO.