Ahad, 26 Jun 2011

SMS UGUTAN KEPADA KETUA PEMUDA MALAYSIA


Sangkakala dapat maklumat bahawa pagi tadi YB Khairy Jamaludin (Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia) telah menerima sms berbaur ugutan sebelum beliau berangkat ke Gaza.

Perkara ini juga disahkan oleh salah seorang ahli pemuda yang turut bersama-sama YB KJ pagi tadi.

Dalam sms yang diterima oleh beliau, ada mengatakan bahawa sesiapa juga ahli pergerakan pemuda yang hadir untuk mengekang himpunan BERSIH akan dilakukan sesuatu.

YB KJ juga dikhabarkan telah mengarahkan Setiausaha Kerja Pemuda BN untuk membuat laporan polis.

Apa yang dirisaukan oleh penghantar sms tersebut hingga sanggup menghantar sms sedemikian? Adakah mereka takut akan kemaraan pemuda UMNO dan BN semasa himpunan tersebut?

Pemuda BN dan UMNO akan melakukan himpunan PATRIOT pada 9 julai nanti.

Kita tengok apa yang akan di lakukan oleh ahli-ahli puak pembangkang bila berhadapan dengan Gelombang Pemuda BN yang tetap akan mempertahankan perlembagaan negara.

Teruskan, dan sangkakala amat yakin YB KJ bukan orang yang mudah mengaku kalah hanya semata-mata kerana sms bodoh tersebut.

Sabtu, 25 Jun 2011

KHALID SAMAD PEMBOHONG HEBAT




Pembohongan Khalid samad terserlah apabila beliau menarik diri dari mengikuti Flotila II dan Lifeline4Gaza (LLG4G) Malaysia.

Beliau yang sebelum ini di umumkan sebagai mewakili Ahli Parlimen PAS semasa pelancaran Flotilla II ke Gaza Perdana Menteri pada 18 Jun lalu di Stadium Badminton Kuala Lumpur Cheras.

Khalid yang kini berada di Tanah Suci Makkah sejak 22 Jun lalu berkata bahawa hatinya merasa berat untuk ikut serta berdasarkan situasi yang berlaku tentang tatalaku pengurusan LL4G yang baginya telah dikuasai oleh UMNO.

Adakah ini pemimpin yang dikatakan mahu bersama-sama dalam menjadikan kebajikan sebagai salah satu wadah perjuangan?

Apa yang dikatakan menjadi satu pembohongan adalah apabila beliau mengambil keputusan menarik diri dari menyertai Flotilla II selepas memohon petunjuk dari Allah SWT pada malam jumaat di hadapan Kaabah Asy-Syarif
Yang menjadi persalannya disini, adakah Allah SWT tidak meredhakan pemergian hambanya untuk membantu umat Islam yang lain? Kenyataan bodoh Khalid Samad dalam cubaan untuk mengelirukan pengikut-pengikut PAS.

Kata beliau, setelah melakukan solat istikharah pagi tadi (jumaat) dan bila bangun sebelum subuh, hati beliau semakin berat untuk menyertai misi tersebut (dalam harakah daily) 
Jika seseorang itu jujur dan ikhlas untuk melakukan kebajikan nescaya Allah akan memberi petunjuk dan hidayahNya dalam memberi bantuan.Ternyata Allah SWT juga tidak redha dengan pemergian Khalid Samad kerana mungkin ada agenda lain yang tersembunyi.
Sudah-sudah le puak PAS woii..sangkakala dah lemas dengan cerita pemimpin PAS yang bangang macam ni