Khamis, 25 Oktober 2018

DESAK @Zahid_Hamidi BEREHAT !! ADAKAH TANGAN GHAIB DIBELAKANG PERGERAKAN PEMUDA ?? @NajibRazak @TunFaisal

Petang tadi berlangsung satu mesyuarat yang kononnya adalah mesyuarat bulanan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dipengerusikan oleh Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia Datuk Dr Ashraf Wajdi di PWTC.

Apa yang menggemparkan ialah beberapa jam sebelum mesyuarat berlangsung, portal Sinar Online telah mengeluarkan kenyataan yang mengayakan bahawa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mendesak supaya YB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden supaya berundur dari jawatan berkenaan ekoran dakwaan yang dibuat dimahkamah oleh pihak SPRM.


Namun begitu Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menafikan berita berkenaan dengan mengatakan bahawa PPUM tidak meminta supata Datuk Seri Zahid berundur dari jawatan tetapi meminta Datuk Seri Zahid berehat untuk memberikan fokus kepada kes yang masih dalam siasatan.

Takpe. Itu bukan isu yang sebenarnya, biasanya pihak media akan menjadikan tajuk satu satu berita itu hangat sebagai tarikan orang ramai untuk membaca berita berkenaan.

Tapi ada satu perkara yang agak mengelirukan disini apabila sebaik sahaja mesyuarat berlangsung, satu set laporan akhbar telah berlegar dikalangan semua exco pemuda dan sebaik sahaja mesyuarat habis, satu sidang akhbar telah dibuat yang mana Ketua Pemuda UMNO Malaysia telah menyatakan sepertimana yang tertulis diatas iaitu Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengambil ketetapan supaya Datuk Seri Zahid berehat.

Disini Sangkakala nak tanya, apakah keputusan ini dibuat dalam mesyuarat atau ianya telah dibuat sebelum mesyuarat? Kalau ianya dibuat dalam mesyuarat, bagaimana set kenyataan akhbar berkenaan boleh diterima oleh EXCO PPUM semasa dalam mesyuarat?

Ini agak mengelirukan sedikit sebab kalau Ketua Pemuda UMNO Malaysia nak kata ianya telah dibincangkan diperingkat pegawai tertinggi PPUM, juga tidak masuk akal kerana ini bukan satu keputusan yang boleh diambil mudah atau boleh diambil ringan oleh semua pihak kerana ianya melibatkan institusi Presiden.

Atau adakah keputusan ini telah dibuat terlebih dahulu dan ianya cuma dibentangkan dalam mesyuarat dan jika ianya benar berlaku begitu, atas arahan siapa atau atas permintaan siapa PPUM membuat keputusan berkenaan? Adakah dibelakang PPUM kini ada tangan tangan ghaib yang nenjadi telunjuk apa yang PPUM perlu lakukan?

Sangkalala rasa amat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh PPUM yang dilihat pada hari ini tiada langsung soladiriti bersama pemimpin sedangkan pemimpin itu dipilih secara demokrasi oleh akar umbi UMNO.

Apa yang dilakukan oleh PPUM selama ini Sangkakala tak nampak dimana impak kepada golongan muda yang sepatutnya mereka perjuangkan.

Tak habis habis dengan perancangan untuk menjadikan seseorang sebagai pemimpin tertinggi dan Sangkakala nak tanya, kalau Zahid berehat atau berundur sekalipun, adakah UMNO akan menjadi kerajaan? Adakah Ketua Pemuda UMNO Malaysia mampu untuk memberi jaminan apabila Zahid berehat atau berundur maka pemimpin UMNO lain tidak akan diganggu lagi oleh kerajaan yang ada pada hari ni?

Sudah sudahlah bermimpi, sedarlah hari ni UMNO adalah pembangkang. Lim Guan Eng dituduh menerima rasuah tentang pembelian Banglo, ada orang DAP suruh Guan Eng berehat atau lepaskan jawatan? Jawapannya tidak, kerana apa? Kerana mereka mahu memerintah dan menjadi kerajaan.

Kalau ini sikap yang diambil oleh PPUM, jangan mimpi Pemuda UMNO mampu untuk terus menyerang parti lawan.