Ahad, 31 Ogos 2014

#biadap GUAN ENG TERLONDEH DENGAN TINDAKAN PIHAK BERKUASA

Selama ni Lim Guan Eng agaknya menyangkakan bahawa kuasa beliau sebagai Ketua Menteri lebih besar daripada kuasa yang ada pada pasukan polis.

Tapi hari ini polis telah membuktikan bahawa kuasa mereka dalam menegakkan undang undang tidak boleh dicabar.

Pasukan Peronda Sukarela atau (PPS) yang ditubuhkan oleh Guan Eng dan DAP telah disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan atau ROS adalah sebuah pertubuhan haram yang tidak didaftarkan.

Hari ini PPS telah menunjukkan diri mereka yang kononnya hebat dengan mengadakan perarakan sambutan hari kemerdekaan dan tindakan mereka telah membuatkan 250 ahli PPS ditahan oleh Polis.




Ketua Polis Negara juga telah mengeluarkan amaran kepada PPS supaya menyerah diri sebelum pasukan polis menyerbu kediaman mereka.

Ini adalah satu amaran keras yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negara kepada PPS dan nampaknya Guan Eng akan lebib kelam kabut apabila diberi amaran sedemikian rupa.

DAP memang sengaja serta selalu mencabar kesabaran dan mereka ini juga selalu mencabar undang undang negara seolah olah negara ini tidak mempunyai undang undang serta penguatkuasa.

Ini baru sikit, baru permulaan mereka memerintah sebuah negeri dan jika mereka ini diberi kuasa untuk memerintah negara, sudah pasti mereka ni akan lakukan pelbagai perkara yang bercanggah dengan kedaulatan undang undang.


Sejarah “Dawn Raid” — Serang Hendap Kuala Lumpur Ke Atas Kota London pada 1981 #merdeka57

Pada 7 haribulan September tahun 1981, kota London digemparkan dengan pengambilalihan mengejut syarikat perladangan Guthrie di London. Guthrie yang berusia lebih 100 tahun dan merupakan antara syarikat perladangan terbesar British jatuh ke tangan pihak asing di dalam masa 4 jam sahaja.

Apa yang lebih mengejutkan ialah syarikat tersebut jatuh ke tangan kerajaan Malaysia, di bawah pimpinan Dr. Mahathir Muhammad yang baru memegang jawatan Perdana Menteri selama 2 bulan.
Latarbelakang – Kemiskinan Orang Melayu dan Kekayaan Orang Inggeris

Pemandangan yang lazim selepas merdeka –seorang pesawah wanita sedang menanam anak padi

Selepas kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, hampir 1 juta bangsa pendatang seperti Cina dan India diberi kerakyatan secara beransur-ansur. Sebagai balasannya, mereka bersetuju untuk menghormati hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan.

Setelah lebih 10 tahun merdeka, pegangan orang Melayu terhadap kekayaan bumi Malaya sangat kecil. Walaupun orang Melayu merupakan majoriti , bangsa ini memegang hanya 1.5% bahagian harta korporat (itupun melalui syarikat kerajaan) berbanding bangsa Cina sebanyak 22.8%. Walaupun tidak lagi menjajah, bangsa Inggeris pula memegang lebih 60 % dari kekayaan negara ini.

Pada masa yang sama, hampir separuh penduduk Malaya tinggal di bawah paras kemiskinan. Orang Melayu yang kebanyakannya tinggal di kampung sebagai petani dan pesawah adalah bangsa paling ramai tinggal dalam kemiskinan (74%).

Ketidaksamarataan kekayaan dan sikap perkauman tebal menyebabkan beberapa insiden pergaduhan terjadi berulang-ulang diantara kaum pribumi yang miskin (Melayu) dengan kaum pendatang yang kaya (Cina). Ia berlaku di beberapa tempat seperti di Georgetown, Pangkor dan Bukit Mertajam — sehinggalah kemuncaknya pada tahun 1969 di
Kuala Lumpur

.

Dalam keputusan pilihanraya tahun itu, parti-parti bangsa Cina dan parti Islam berjaya menafikan majoriti parlimen parti pemerintah, sekaligus menyebabkan orang Melayu gusar kehilangan bukan sahaja kuasa ekonomi malah kuasa politik mereka. Orang Cina pula merayakan kemenangan mereka dengan berarak membawa penyapu dan melemparkan laungan provokatif dalam perarakan besar di Kampung Baru , Kuala Lumpur – satu kawasan penempatan yang dihuni kaum Melayu.

Provokasi ini akhirnya mencetuskan insiden berdarah
13 Mei 1969

yang mengakibatkan ratusan mati dan darurat di isytiharkan.

Antara pihak yang lantang menyalahkan kerajaan pada waktu yang dianggap memberi muka kepada kaum pendatang ialah seorang ahli parti pemerintah bernama
Mahathir Mohammad

yang mengkritik Perdana Menteri pertama dengan satu surat terbuka.

Katanya sikap berlembut Tunku Abdul Rahman menyebabkan "… orang2 China dan India membuat kurang ajar pada 12 Mei kepada orang Melayu. Kalau Tunku biasa di-ludah di-muka, di-maki dan di-tunjok kemaluan, boleh-lah Tunku faham perasaan orang Melayu."

Kerana kritikan ini, beliau dipecat dari parti itu.
Dasar Bagi Membantu Orang Melayu

Apabila Tun Abdul Razak menjadi perdana menteri ke-2 (1970-1976) beliau memperkenalkan satu dasar yang dianggap radikal yang diberi nama
Dasar Ekonomi Baru (DEB)

. Tujuannya — menghapuskan kemiskinan bangsa Melayu dan memastikan agar pegangan orang Melayu dalam kekayaan negara dapat mencapai 30% pada tahun 1990. Dasar ini bukan saja akan membantu orang Melayu, tetapi juga boleh mengelakkan krisis antara kaum terjadi lagi.

Walaupun adanya dasar baru ini, pemilikan syarikat-syarikat Inggeris sebenarnya semakin bertambah. Guthrie contohnya, mempunyai 175,000 ekar pada tahun 1970an tetapi memiliki lebih 190,000 ekar tanah kelapa sawit, getah dan teh pada tahun 1981.

Sekitar tahun 1970an juga, seorang hartawan bijih timah Cina dari Ipoh bernama Lee Loy Seng giat membeli tanah pertanian dari British sehingga menyebabkan beliau menjadi salah seorang pemegang tanah terbesar di negara ini.

Pada masa yang sama, syarikat-syarikat British melengah-lengahkan usaha kerjasama dengan kerajaan dengan mengadakan perjumpaan demi perjumpaan dengan wakil kerajaan tanpa sebarang resolusi. Guthrie juga menolak usaha kerajaan untuk penanaman semula getah untuk pekebun kecil Melayu dan penubuhan kesatuan sekerja yang dianggap menyusahkan British.

Tetapi atas tekanan Bank Negara Malaysia, Guthrie akhirnya menubuhkan Guthrie-Ropel, sebuah anak syarikat Guthrie yang diberi kurang 17% dari jumlah tanah Guthrie di Malaysia. Usaha kerajaan ini bertujuan agar orang tempatan dapat membeli sebahagian kecil tanah Guthrie melalui Bursa Saham Kuala Lumpur. Namun begitu, tembelang British akhirnya pecah apabila didapati bahawa kebanyakan tanah kepunyaan Guthrie-Ropel adalah tanah yang buruk untuk pertanian dan lazimnya terletak di atas kawasan bukit.
Pemerintah Anti-Penjajah, Mahathir Menduduki Kerusi Penting

Mahathir sewaktu sidang PBB

Mahathir yang diterima masuk semula pada 3 tahun selepas dipecat, akhirnya menjawat kerusi Perdana Menteri pada tahun 1981.

Berbeza dari 3 Perdana Menteri sebelum ini, Mahathir dirakamkan oleh ahli sejarah sebagai Perdana Menteri pertama yang tidak merokok, tidak minum arak dan tidak meminati sukan golf. Dan jika pemegang jawatan sebelum beliau berdarah raja, berpendidikan British dan mengekalkan hubungan baik dengan Inggeris, Mahathir pula belajar di Universiti Malaya Singapura, tidak mempunyai rakan berbangsa Inggeris dan terkenal dengan sikap anti-penjajahnya.

Sebelum menjadi Perdana Menteri lagi, beliau mengkritik dasar Inggeris yang membuka Tanah Melayu seluas-luasnya kepada pendatang dari India dan China, sekaligus menyebabkan orang Melayu terpinggir.
2 tahun sebelum beliau menjadi Perdana Menteri, pihak Inggeris menarik semula subsidi pendidikan kepada pelajar Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Britain dan menaikkan yuran kepada pelajar asing, tetapi tidak kepada pelajar Eropah.

Ia memberikan tamparan hebat kepada 17,000 pelajar Malaysia di negara itu yang terbeban dengan yuran pengajian yang meningkat 3 kali ganda secara tiba-tiba. Malaysia juga pada waktu itu tidak mampu menyerap pelajar-pelajar ini kerana ia hanya mempunyai 2 buah universiti.

Mahathir yang ketika itu merupakan Menteri Perdagangan memberi amaran bahwa tindakan ini akan merugikan Britain dalam jangka masa panjang. Namun begitu, amaran beliau tidak diendahkan.

Tidak lama kemudian, London menolak permohonan Malaysia agar syarikat penerbangan MAS diberi hak mendarat tambahan di lapangan terbang Heathrow. Tetapi pada masa yang sama, Inggeris mencabar kewibawaan kerajaan Malaysia apabila sebuah pesawat supersonic Concorde miliknya menceroboh ruang antarabangsa Subang dalam perjalanannya ke Singapura.

Mahathir melihat ini sebagai sikap angkuh British yang masih memperlakukan Malaysia seperti tanah jajahannya.
Dato Ismail Ali Sebagai Pemimpin Serangan

Tandatangan Ismail atas wang kertas 50 ringgit Malaysia sewaktu menjadi gabenor bank negara.

Keangkuhan British bukan sahaja disedari oleh Mahathir dan ahli-ahli politik Melayu, tetapi turut dirasai oleh penjawat awam seperti pengerusi PNB, Dato Ismail Ali. Secara kebetulan, abang ipar Mahathir ini juga adalah bekas Gabenor Bank Negara yang terlibat menggesa Guthrie menubuhkan Guthrie-Ropel.

Beliau juga adalah antara tokoh utama yang menubuhkan
PNB

— satu agensi yang ditugaskan khas bagi menjayakan DEB.

Sewaktu menjawat jawatan gabenor Bank Negara lagi, beliau menunjukkan sikap tidak mesra kepada Inggeris. Mark Gent, iaitu pengerusi Guthrie ketika itu berkata, beliau dan pengarah urusan Guthrie, Eric Griffith-Jones hampir pasti akan diarah oleh Ismail Ali untuk "menunggu diluar pejabatnya selama ½ jam" setiap kali mesyuarat diadakan.

Sewaktu Ismail menjadi gabenor juga, wang negara yang disimpan di bank Inggeris seperti HSBC dan Chartered dipindahkan ke bank tempatan. Bank-bank asing pula tidak lagi diberi peluang membuka cawangan di Malaysia.

Seperti Mahathir, beliau juga tidak berpuashati dengan orang Inggeris kerana sungguhpun PNB memiliki 25% saham Guthrie, tiada wakil PNB yang dirujuk dalam mesyuarat untuk menentukan halatuju syarikat. Ini termasuk keputusan Guthrie menjual beberapa kepentingannya kepada MPH, sebuah syarikat koperasi milik hartawan-hartawan Cina di Malaysia pada awal 1981.

Syarikat MPH yang memiliki aset yang banyak ini pernah cuba membeli bank UMBC (iaitu antara bank terbesar negara ketika itu) sehingga menyebabkan Mahathir campurtangan. Agar ia tidak didominasi bangsa Cina, Mahathir memastikan PERNAS dan Petronas juga mempunyai kepentingan dalam UMBC.

Kedua-dua tokoh ini melihat bahawa jika pengambilalihan demi pengambilalihan MPH diteruskan, bangsa Cina semakin hampir mengganti orang Inggeris menguasai ekonomi negara ini.

Atas sebab ini, Ismail membuat keputusan nekad. Guthrie mesti diambilalih secepat mungkin.
Kerjasama Pelbagai Pihak

Setahun sebelum menjadi Perdana Menteri, Mahathir yang merupakan Menteri Perdagangan dan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Menteri Kewangan telah di maklumkan oleh Ismail Ali bahawa beliau merancang untuk mengejutkan Inggeris dengan pengambilalihan syarikat mereka.

4 bulan sebelum serangan, pasukan di PNB yang diterajui oleh pengurus pelaburan bernama
Khalid Ibrahim

diberi tugas khas untuk meneliti dan merangka strategi bagi memastikan semua berjalan lancar.

Khalid yang pernah bekerja di Barings London (iaitu syarikat yang menjadi penasihat kewangan Guthrie), pakar-pakar pelaburan PNB dan penasihat dari bank saudagar
N. M. Rothschild & Sons

Ltd diarahkan untuk mengkaji secara rahsia samada Guthrie boleh diambilalih. Jika positif, mereka diarahkan merangka strategi terperinci bagaimana ianya boleh dibuat.

Hasil dari penelitian mereka, kumpulan ini menjumpai satu kelemahan dalam akta bursa saham London yang boleh dieksploitasi. Dengan kelemahan ini, satu serang hendap ekonomi untuk mengambilalih Guthrie boleh dibuat. Syaratnya ianya dibuat sepantas dan serahsia mungkin hingga Inggeris tidak sempat melakukan pertahanan.

Dengan persetujuan Mahathir, modal pengambilalihan (sebanyak 282 juta pound) diambil dari tiga punca – Petronas, PERNAS dan menerusi satu skim amanah saham baru yang ditawarkan kepada orang Melayu 4 bulan sebelum serangan. Skim ini dinamakan Amanah Saham Nasional (ASN).

Untuk memastikan Inggeris tidak menyedari bahawa kerajaan Malaysia berada di belakang pengambilalihan ini, Khalid diarahkan oleh Rothschilds untuk membuka bank akaun di Switzerland untuk tujuan pembayaran saham.
Mengapa Guthrie ?

Guthrie menjadi sasaran kerana selain dimiliki pelabur Ingeris, saham-saham Guthrie pada waktu itu juga dipegang oleh beberapa syarikat bukan Inggeris yang mesra kepada PNB. Antara syarikat tersebut antaranya adalah Genting, Bank Simpanan Nasional, Kuwait Investment Office dan OCBC.

Dengan pegangan sedia ada sebanyak 25%, PNB memerlukan 15% saham sahaja lagi bagi menjadikan keseluruhan pegangannya ke 40% , sekaligus menjadikannya sebagai pemegang saham utama Guthrie.

Untuk ini, N. M. Rothschild & Sons Ltd dilantik bagi membeli saham Guthrie dari pelabur besar bagi pihak PNB, manakala Rowe & Pittman pula dilantik menjadi broker bagi membeli saham Guthrie dari pelabur-pelabur kecil.

Ideanya di sini ialah agar sebahagian besar saham Guthrie di Malaysia dan di
London

dibeli serentak sebelum bursa dibuka, dan ia mesti dibeli tanpa disedari oleh pihak pengurusan Guthrie sendiri.

Untuk memastikan kejayaan serangan rahsia ini, hanya sekumpulan kecil perancang sahaja yang terlibat secara langsung. Mohammad Desa Pachi, yang juga Ketua Eksekutif PNB ketika itu juga tidak diberitahu secara terperinci bagaimana operasi ini akan dilaksanakan.
Operasi Serangan Subuh atau "Dawn Raid"

Hari serangan akhirnya diputuskan — 7 September, pukul 9 pagi waktu London (4 petang waktu Malaysia).

Mengikut rancangan, kesemua yang terlibat akan mendapatkan persetujuan penjual-penjual sebelum bursa dibuka. Apabila ia dibuka, PNB akan mengisytiharkan berita menggemparkan ini dan menguruskan dokumentasinya sahaja — sekaligus memberi kejutan kepada Guthrie dan pemegang saham lain.

Yang rumitnya ialah memastikan pembelian ini dilakukan secara rahsia. Kerana jika ia terbongkar awal, harga saham Guthrie bakal melambung tinggi dan pengurusan Guthrie akan bertindakbalas untuk menggagalkan serangan hendap ini.

Di Malaysia Khalid yang diberi tugas menguruskan pembelian di sini optimis bahawa Bank Simpanan, Genting dan Kuwait Investment Group akan menerima tawaran PNB kerana ketiga-tiganya dianggap "mesra" dengan PNB.

Dato Ismail pula bergegas ke Singapura pada hari itu untuk berjumpa dengan pengerusi OCBC. Rancangannya ialah untuk meyakinkan pihak OCBC untuk menerima tawaran membeli saham Guthrie yang dipegang bank itu pada pukul 3:30 ptg, dan menghantar notis penerimaan pada pukul 3:45 petang.

Di London, Rowe & Pittman serta Rothschilds hanya menunggu lampu hijau dari Malaysia untuk membeli saham-saham Guthrie dari pelabur Inggeris pada pagi tersebut.

Sewaktu di Singapura, Ismail dan pengerusi OCBC, Tan Chin Tuan berbincang mengenai pembelian saham Guthrie sewaktu makan tengahari. Perbincangan yang memakan masa lama itu akhirnya berakhir dengan satu berita kurang enak. OCBC menolak tawaran PNB.

Ismail menelefon Khalid dan memberitahu berita buruk tersebut. Tetapi oleh kerana Khalid telah berjaya membeli saham dari Kuwait, Bank Simpanan dan Genting, mereka tiada jalan lain kecuali meneruskan serangan.

Di London, sebaik menerima lampu hijau, kedua-dua firma yang diupah PNB memulakan proses pembelian sepantas mungkin. Bank saudagar Rothschilds berjaya memujuk
M&G Investment Trust

, sebuah syarikat amanah saham Inggeris (yang memegang 17% dari Guthrie) menjual 11% saham Guthrie miliknya.

Broker-broker Rowe & Pittman yang ditugaskan membeli saham dari pelabur kecil Britain pula berjaya mengumpulkan sasaran 5% saham dari orang Inggeris.

Walaupun tanpa saham OCBC, dalam masa 4 jam, PNB berjaya memiliki 8 juta saham, atau 50.41% dari keseluruhan syarikat, tanpa disedari atau keizinan pihak pengurusan Guthrie.

Lewat tengahari waktu London, Guthrie jatuh ke dalam genggaman Malaysia.
Mahathir Terus Menekan British

Laporan akhbar Glasgow Herald di London pada 8 Sept 1981

Pengerusi Guthrie, Mark Gent hanya sedar bahawa bahawa syarikatnya jatuh ke tangan Malaysia setelah mendengar berita itu di radio.

Pengambilalihan secara tiba-tiba dengan mengeksploitasi kelemahan system bursa London oleh tanah jajahannya sendiri menyebabkan kerajaan British malu besar.

Walaupun ada broker di London memujinya sebagai urusniaga "licik", media London kebanyakannya menyelar serangan ini sebagai "nasionalisasi pintu belakang". Sebagai tindakbalas, London kemudiannya bertindak meminda peraturan di Bursa Saham London bagi memastikan syarikat-syarikat lain milik British seperti Dunlop tidak jatuh dengan cara sama.

Sebulan selepas itu, London dikejutkan lagi dengan pengumuman baru Mahathir.

Mahathir mengumumkan bahawa Malaysia akan memboikot barangan dan perkidmatan dengan British melalui kempen yang dinamakan Buy British Last. Mahathir yang marah kerana spekulasi timah dunia di London mengakibatkan harga eksport utama Malaysia jatuh mendadak, telah mengarahkan agar semua kontrak kerajaan kepada pihak British dibekukan.

Tindakan Mahathir ini memberi kesan besar kepada kontrak semasa dan akan datang British berjumlah 1.25 billion pound sterling yang sepatutnya diterima oleh British. Kontrak Dunlop untuk membekal tayar kepada kerajaan sejak 1963 lagi contohnya kini diberi kepada sebuah syarikat Amerika Syarikat sehingga menyebabkan Dunlop menjual kepentingan mereka kepada MPH.

Dalam masa 3 bulan, saham-saham Guthrie perlahan-lahan dijual kepada PNB. Pada akhir tahun 1981, 100% Guthrie berada di bawah pegangan anak tempatan.

Ismail akhirnya mengambilalih pengurusan Guthrie dan memindahkan ibu pejabat operasi Guthrie dari London ke Kuala Lumpur sebagai tanda berakhirnya penguasaan Inggeris ke atas syarikat tersebut.

Tidak lama selepas Dawn Raid juga, Mahathir memboikot Persidangan Negara-Negara Komanwel (negara bekas jajahan British) yang diterajui oleh Britain. Menurutnya, mesyuarat itu hanya melebihkan kepentingan orang berkulit putih.

Beliau juga mengumumkan dasar baru kerajaan iaitu Dasar Pandang ke Timur. Dengan dasar ini , cara kerja Inggeris akan digantikan dengan cara pengurusan dan kerja orang Jepun, Taiwan dan Korea.
Hasil Besar dari Serangan

Operasi mengejut "serangan subuh" ke atas Guthrie dan dasar-dasar keras Mahathir memberi impak besar dalam masa yang cukup singkat.

Firma-firma British di Malaysia yang sebelum ini bersikap acuh tidak acuh kepada arahan kerajaan Malaysia kini akur membuka pintu rundingan.

Tidak lama selepas itu, tiga syarikat perladangan besar British di Malaysia — Highlands & Lowlands, Barlows dan Harrisons & Crosfield (H&C) akhirnya tunduk menjual kepentingan mereka di Malaysia kepada PNB. Hasilnya, tanah milik Guthrie dan tanah-tanah lain milik Inggeris di Malaysia kembali ke tangan rakyat Malaysia.

Oleh kerana H&C memiliki tanah ladang getah, kelapa sawit dan aset bukan sahaja di Malaysia tetapi di negara lain seperti di India, New Zealand dan Taiwan, PNB juga menjadi tuan tanah baru kepada asset-aset Inggeris dari seluruh dunia.

Dengan pemilikan baru ini, PNB selaku wakil orang Melayu muncul sebagai pemilik tanah ladang terbesar di dunia.

Lebih manis lagi, dalam temuramah dengan wartawan tempatan, Khalid memberitahu bahawa setelah PNB menjual aset Guthrie di luar Malaysia, keuntungan yang didapati melebihi jumlah kos yang diguna sewaktu Dawn Raid.

Kata Khalid "..kita sebenarnya mendapat Guthrie secara percuma."

Nota:
1. Penulis merakamkan jutaan terima kasih kepada Dr. Shakila Yacob atas kesudian memberi manuskrip kajian beliau bersama Nicholas J. White untuk rujukan penulis.

2. Penulis memaparkan tulisan ini sebagai rencana ilmiah, dan tidak berminat untuk memihak kepada mana-mana individu atau parti politik.

3. Penulis mendapati terdapat sumbangan penting tokoh-tokoh lain dalam Dawn Raid seperti Ananda Krishnan dan Tengku Razaleigh. Tidak disebut dlm artikel ini kerana kekurangan sumber maklumat.

4. Loophole/kelemahan bursa London pada waktu itu tidak diperincikan untuk memudahkan pemahaman pembaca.

Rujukan:

    Shakila Yacob & Khadijah Md Khalid (2012): Adapt or Divest? The New Economic Policy and Foreign Businesses in Malaysia (1970-2000), The Journal of Imperial and Commonwealth History, 40:3, 459-482
    Shakila Yacob & Nicholas J. White (2010): The "Unfinished Business" of Malaysia's Decolonisation: The Origins of the Guthrie Dawn Raid, Cambridge University Press 2010
    Karminder Singh Dhillo (2009): Malaysia Foreign Policy in the Mahathir Era, 1981-2003: Dilemmas of Development
    Brian Ritchie (2005): Coalitional Politics, Economic Reform, and Technological Upgrading in Malaysia, Elsevier World Development Vol 33, pp 745-761
    Abdul Rahman Embong (1996): Social Transformation, the State and the Middle Classes in Post-Independence Malaysia, Southeast Asian Studies, V01. 34, No. 3, December 1996
    Boon Kheng Cheah (2002) : Malaysia: The Making of a Nation
    Tin Price Moves Jolt Market : Reuters (The New York Times); Financial Desk, November 28, 1981, Saturday
    Surat Terbuka Dr. Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman, Jun 1969
    PNB Wresjhts Control of Guthrie Corp : The Straits Times Singapore, September 9, 1981
    PNB Making Up For Lost Time: The Straits Times Singap

Dari seorang sahabat...fakulti sejarah UPSI....
renungan bersama2...sempena merdeka..

SELAWAT BERGEGAR DI TANJUNG KARANG #selawatperdanamerdeka #negaraku @NajibRazak @nohomar @tunfaisal

Malam tadi sempena sambutan ulang tahun hari kemerdekaan, kawasan Tanjung Karang telah diserikan dengan majlis Selawat Perdana.

Dianggarkan seramai 10 ribu warga sekitar Tanjung Karang dan kawasan kawadan berhampiran telah bersama sama di majlis tersebut.

Turut kelihatan dalam program Selawat Perdana kali ini ialah, Yang Berhormat Datuk Seri Noh Omar yang merupakan Ketua UMNO bahagian Tanjung Karang yang juga merupakan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor serta batisan jawatankuasa bahagian beliau.

Semoga dengan adanya program Selawat seperti ini negara kita lebih aman dimasa akan datang dan tidak dilanda apa apa permasaalahan lagi.










Sabtu, 30 Ogos 2014

PAS DIBERI TEKANAN DENGAN UGUTAN #langkahkajang #sultanmurka

Nampaknya bekas Menteri Besar Selangor yang selama ini tidak tahu tentang agama sehingga beliau menyertai PR cuba menakutkan PAS Selangor dengan mengatakan bahawa Parti itu akan kehilangan 10 kerusi jika mereka meninggalkan PR.


Kenapa Tan Sri Mohammad Mohd Taib cuba nak menakutkan PAS dengan cerita cerita bodoh macam tu?

Kalau PAS kehilangan 10 kerusi, adakah kerusi tersebut akan dimenangi oleh Barisan Nasional atau ianya akan dimiliki oleh PKR atau DAP?

Sangkakala rasa Mohammad Taib sendiri sudah goyang jika PAS meniggalkan PR yang kini terang terang mabuk kuasa hingga mengkhianati rakan dalam parti sendiri hanya semata mata untuk memuaskan nafsu seorang manusia bernama Anwar Ibrahim.

Sedangkan kita perlu fikir, semasa kerajaan PR merampas kerajaan negeri Selangor yang ditadbir sebelum tahun 2008 oleh Barisan Nasional, Mohammad Mohd Taib belum lagi menyertai PR.

Bagi Sangkakala, Mohammad Mohd Taib gak payah la nak menakut nakutkan PAS sebab dia sendiri pun tak betul dengan cara menipu rakyat serta Barisan Nasional satu masa dulu.

Sangkakala mengatakan bahawa Mohammad Mohd Taib menipu rakyat serta Parti adalag kerana selama beliau dalam UMNO dan menjadi Menteri Besar Selangor, beliau rupanya jahil tentang agama dan UMNO menyangkakan beliau mempunyai cukup pengetahuan agama dan dari apa yang ditunjukkan oleh beliau semasa dalam UMNO hanyalah pura pura.

Dan semua ini terbongkar apabila beliau  menyertai PR dimana beliau sendiri mengatakan bahawa beliau tidak mengetahui secara mendalam tentang agama Islam semasa dalam UMNO sedangkan dulu beliau berlakon seolah olah seperti seorang ulama hebat dalam UMNO.

Tapi hari ini orang PR mengangkat orang yang baru mendalami tentang Islam sebagai pejuang Islam kononnya hingga diangkat seolah olah sebagai seorang ulama yang mengetahui segala galanya tentang Islam.

Agaknya memang pengikut PR akan mengangkat orang orang macam Mohammad Mohd Taib sebagai pemimpin Islam hebat walaupun baru belajar tentang agama Islam.



Jumaat, 29 Ogos 2014

NAK SARA MAK !!! LUAHAN HATI SEORANG ANAK #simpati

Mungkin ramai yang bernasib baik masih lagi mempunyai ibu sehingga ke hari ini, namun tidak kurang juga yang sudah kehilangan orang tua sama ada ibu atau ayah.

Tapi bagi seorang pemuda di Taman Medan, beliau boleh dikatakan bernasib baik kerana masih mempunyai ibu sehingga kini tapi malangnya beliau tidak mampu untuk menyara ibu beliau kerana menghidapi penyakit kaki gajah yang membuatkan pemuda ini tidak mampu berbuat apa apa.





Pemuda yang bernama Khalid Bin Salleh ini berumur 39 tahun dan kini tinggal bersama ibunya yang berusia 78 tahun serta di tanggung oleh kakak beliau.

Tapi siang tadi, seperti ada satu sinaran baru menjelma dalam kehidupan pemuda ini apabila Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, YM Raja Dato' Hanipuddin bersama saf kepimpinan UMNO bahagian telah menjengah untuk meninjau permasalahan pemuda tersebut dengan diiringi oleh seorang Dato Alwi yang merupakan seorang Doktor Pakar.

YM Raja Dato' Hanipuddin dikatakan akan mencuba sedaya upaya dalam usaha untuk membantu Khalid dari setiap sudut yang ada.

YM Raja Dato' Hanipuddin juga siang yadi telah memberikan sedikit sumbangan kepada pemuda ini bagi meringankan beban beliau.




Kepada sesiapa yang ingin turut sama menghulurkan bantuan kepada Khalid, anda boleh berbuat demikian dengan memberikan sumbangan berbentuk wang tunai dan masukkan ke dalam akaun bank saudara Khalid sendiri melalui nombor akaun 10126-41-00005193-1 (BSN) atau boleh terus ke rumah beliau beralamat No 37, Lorong PJS 2C/7A, Taman Medan Petaĺing Jaya Selangor.

Semoga bantuan dari para pembaca dapat mengurangkan beban pemuda ini dan mungkin juga mampu untuk menjadikan niat beliau akan tercapai.


ANWAR MELUTUT KEPADA PAS #langkah kajang #sultan murka

Punya la taksub Anwar Ibrahim nakkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar sampai merayu kepada PAS supaya membawa hanya satu nama untuk dicalonkan sebagai calon Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Khalid Ibrahim.


Anwar nampaknya semakin runsing apabila PAS mengatakan bahawa mereka akan menamakan dua orang calon sabagai Menteri Besar bagi menghormati keputusan Tuanku Sultan yang berkehendakkan dua nama dari setiap parti dalam PR dan menurut kata Setiausaha Agung PAS keputusan itu adalah untuk tidak membiarkan Tuanku Sultan menerima tekanan apabila hanya satu nama dicalonkan.

Itu sebab juga Anwar bertindak merayu kepada PAS kerana kemungkinan besar nama yang dihantar oleh PAS akan menerima perkenan dari Sultan Selangor untuk menjawat jawatan yang menjadi kontroversi sejak beberapa bulan lepas.

Selama ni Anwar mengatakan bahawa Wan Azizah.telah mendapat mandat penuh dari Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk menjadi Menteri Besar tetapi rupanya semua itu bohong belaka.

Sedangkan sokongan macam tu pun Anwar nak bohong, takkan perkara perkara lain Anwar boleh berkata benar.

Tapi adakah PAS mempunyai kekuatan untuk menidakkan permintaan Anwar supaya hanya Wan Azizah sahaja dijadikan calon sebagai Menteri Besar, sama sama kita nantikan kesudahan episod pertelagahan diantara PR selepas ini.




Rabu, 27 Ogos 2014

AMARAN KERAS KEATAS ZURAIDA MAK LAMPIR OLEH ANAK SELANGOR #langkahkajang #sultanmurka

Kemelut perebutan kerusi Menteri Besar Selangor nampaknya akan berlanjutan lagi dan beberapa pemimpin pembangkang kini dilihat sudah nula rasa tidak senang dengan keputusan DYMM Sultan Selangor.

Turut mengeluarkan kenyataan yang membangkitkan kemarahan anak Selangor ialah Ahli Parlimen Ampang, Zuraidah atau lebih dikenali dengan nama 'Mak Lampir'.


Ekoran dari kenyataan Zuraida Kamaruddin itu, seorang pengguna laman facebook yang juga nerupakan anak jati Selangor telah memberikan amaran kepada beliau agar tidak mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Selangor.

Zuraida memang terkenal dengan kebiadabannya tidak kira sama ada dalam dewan parlimen mahupun diluar.

Jika pemimpin seperti ini yang diketengahkan untuk terus menerajui sesebuah kawasan, Sangkakala yakin dan percaya bahawa kawasan berkenaan akan susah untuk maju kehadapan kerana Ahli Parlimen kawasan asyik dengan politik hingga lupa tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.



Ahad, 24 Ogos 2014

JATUHKAN BN !!! SAM KETOT TERSALAH CAKAP #langkahkajang #sultanmurka

Nampaknya bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan,  si Sam Ketot tersalah cakap dalam ucapan terakhir beliau dalam kongres AMK baru baru ni.


Mahkamah telah menetapkan bahawa Anwar Ibrahim bersalah dalam kes salah laku seks luar tabii beliau kenapa UMNO atau Barisan Nasional pula yang nak disalahkan?

Selama ni berapa banyak peluang yang diperolehi oleh Anwar untuk mempertahankan diri dalam mahkamah dan mahkamah juga telah meminta Anwar untuk membawa saksi beliau sendiri untuk sesi bela diri tapi Anwar gagal untuk membawa saksi saksi tersebut.

Nampaknya Sam Ketot masih tak dapaf terima bahawa mahkamah yang menjatuhkan hukuman berdasarkan hujah dan bukti yang dikeluarkan oleh pihak pendakwaan dan yang gagal untuk memberikan hujah lawan adalah peguam peguam Anwar sendiri.

Berbalik dengan kata kata UMNO dan Barisan Nasional akan kalah awal oleh Sam Ketot, ini adalah kata kata angkuh sebenarnya dan kata kata yang cuba untuk mengugut UMNO dan Barisan Nasional.

Rakyat juga sebenarnya sudah jemu dengan perangai mereka mereka yang terlalu fanatik dengan Anwar Ibrahim yang selalu terlibat dengan kes salah laku sebegini.

Dan Sangkakala berani mengatakan bahawa kini sudah mula gerakan yang tidak menyokong lahi kehendak Anwar seperti yang berlaku dalam kongres AMK dimana semasa ucapan Nik Nazmi, 16 orang AJK Angkatan Muda Keadilan Malaysia berserta dengan Naib Ketua bertindak keluar meninggalkan dewan bersama dengan ahli ahli yang lain dan ini jelas menunjukkan bahawa Nik Nazmi yang dikatakan telah dicatur kemenangannya oleh Anwar ditolak oleh perwakilan AMK itu sendiri.

Sangkakala nak nasihatkan kepada Sam Ketot supaya jangan menunding jari pada pihak lain, cuba muhasabah diri dan kaji balik kronologi tentang apa yang beliau ucapkan.

Seperti satu masa dulu, Chegu Bard begitu beriya iya mempertahankan Anwar kino sudah mula menyerang PKR sendiri kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran parti dan itu juga sebagai salah satu contoh.



Sabtu, 23 Ogos 2014

KONGGRES AMK !! KETUA BARU MALU BESAR #langkahkajang

Baru sahaja menjawat jawatan sebagai ketua AMK yang baru, Nik Nazmi yang juga merupakan timbalan speaker Dewan Undangan Negeri Selangor telah dimalukan dalam konggres yang melihatkan kemenangan beliau.


16 orang AJK Angkatan Muda Keadilan Malaysia berserta dengan Naib Ketua bertindak keluar meninggalkan dewan bersama sama ahli yang lain apabila beliau memulakan ucapan sebagai Ketua AMK yang baru.


Nampak sangat pemuda Keadilan tidak berkenan dengan Nik Nazmi yang memang terkenal dengan keceluparan mulutnya dan sebagai bukti boleh tengok video di bawah.

Klik gambar untuk video

Memang Ahli Angkatan Muda Keadilan sepatutnya berasa malu dengan kehadiran Ketua AMK yang baru ini kerana menujukkan sikap yang agak kurang disenangi dalam sidang DUN dan ianya bukan sahaja dirasai oleh pihak Barisan Nasional tapi di sebelah pihaj kerajaan negeri sendiri merasakan sikap beliau agak keterlaluan dalam mengendalikan sidang.

Ini rupa ketua yang akan membawa kearah kebaikan ke? Nak tunjukkan tauladan yang baik? Sangkakala rasa jauh panggang dari api.

Nik Nazmi patut sedar dengan keupayaan beliau tapi sudah ada pula ura ura yang mengatakan bahawa kemenangan beliau disebabkan oleh tangan Anwar yang turut mencampuri pemilihan kali ini yang mengambil masa berbulan bulan baru selesai.

Nanti Sangkakala akan buka lagi siapa Nik Nazmi yang sebenar untuk pengetahuan ahli ahli angkatan muda keadilan serta anak anak muda di Malaysia.


ANWAR IBRAHIM MAKIN GELISAH MENUNGGU KEPULANGAN SULTAN #langkahkajang #sultanmurka

Baru baru ni kita dikhabarkan bahawa DYMM Sultan Selangor telah memendekkan tempoh becuti baginda apabila kemelut yang melanda negeri Selangor dalam perebutan kerusi Menteri Besar makin meruncing.

PR mengatakan bahawa mereka mendapat sokongan penuh dari semua ADUN PR termasuk PAS dan DAP serta PKR untuk menamakan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baru menggantikan Tan Sri Khalid.

Tapi adakah benar semua ADUN ADUN dari PR menyokong kehendak nafsu Anwar Ibrahim dengan menamakan isteri beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang baru?
Apa yang Sangkakala dengar, ADUN PAS seramai 13 orang masih lagi enggan untuk menurunkan tanda tangan mereka menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah untuk menggantikan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.


Ini sudah pasti membuatkan Anwar Ibrahim bertambah gundah kerana masih tidak boleh membeli ADUN-ADUN PAS seramai 13 orang untuk memberikan sokongan walaupun kononnya keputusan PAS pusat telah menyatakan sokongan terhadap Wan Azizah sebagai Menteri Besar yang baru.

Tapi kalau dilihat semula persetujuan diantara ketiga tiga parti gabungan PR, PAS bersetuju untuk menamakan 2 orang sebagai calon Menteri Besar iaitu Azmin dengan Wan Azizah.

Walaupun ada yang mengatakan bahawa ini adalah permainan yang dicipta oleh Anwar dan PKR namun persetujuan ini telah diuar uarkan oleh pemimpin PKR walaupun hakikatnya majlis Syura telah bersetuju untuk terus menyokong Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Mungkin 13 ADUN ini masih mengikut keputusan Majlis Syura PAS yang masih dengan pendirian mereka iaitu Khalid Ibrahim tidak perlu ditukar memandangkan beliau tidak pernah didapati bersalah oleh mana mana pihak berkuasa dalam urusan pentadbiran.



BODOH !!! BILA PONDAN BERSELFIE DISAAT BERKABUNG #mh17

Nampaknya semakin menjadi jadi sikap kurang ajar pondan tua adik kepada kaki aiskrim si Azmin Ali ni.

Dalam saat seluruh negara berkabung dan memberi penghormatan sebagai tanda sokongan moral kepada keluarga mangsa nahas pesawat MH17 kelmarin, Azwan Ali masih lagi mahu menunjukkan sikap biadap beliau.


Bayangkan kalau ahli keluarga kita sendiri menjadi mangsa dalam kejadian tersebut, sudah pasti kita juga akan merasai kesedihan sepertimana yang mereka rasai.

Oleh itu paling tidak pun hormatilah keluarga mangsa dan janganlah diguris perasaan mereka ini dengan sikap kita yang kurang sopan.

Satu lagi Sangkakala tengok dari segi pakaian beliau, nak kata bertudung tidak nak kata bersongkok juga tidak sebab dua dua sekali pondan tua ni pakai.

Taubat la Azwan Ali, takut berasap kubur nanti, satu masa dulu masa menjadi pengacara diawal kemunculan beliau di kaca television, Sangkakala tengok elok je berpakaian seperti lelaki, bila makin berumur pula makin menjadi dengan naluri kebetinaan.



KHALID SAMAD TUNJUK BIADAP SEKALI LAGI #langkahkajang #sultanmurka

Tak berapa lama selepas ditegur oleh DYMM Sultan Selangor kerana biadap, Khalid Samad sekali lagi menunjukkan kebiadaban beliau dengan mempertikai hak sorang Sultan dalam memilih seorang Menteri Besar.


Memang tepat apa yang dititahkan oleh DYMM Sultan Selangor bahawa Khalid perlu belajar tentang selok belok serta adat dan adap di Negeri Selangor untuk terus menjadi seorang pemimpin dan Ahli Parlimen Shah Alam.

Khalid Samad takkan tak tau dengan undang undang tubuh kerajaan Selangor yang mana beberapa nama perlu diberikan kepada DYMM Sultan untuk dicalonkan sebagai Menteri Besar dan pilihan akhir siapa yang layak untuk menjadi Menteri Besar adalah di bawah kuasa Sultan.

Kenapa sekarang Khalid hendak mempertikai kedudukan seorang Sultan untuk memilih Menteri Besar sedangkan selama ini memang begitu situasinya?

Pemimpin PR kini dilihat cuba untuk membawa kemarahan rakyat terhadap Sultan dan institusi Raja Berpelembagaan di negara ini khususnya di negeri Selangor.

Kebiadaban seperti ini tidak seharusnya ada dalam diri seorang pemimpin yang mana pemimpin pemimpin ini perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dan bukannya membuat persepsi buruk tentang kesultanan Melayu.


Jumaat, 22 Ogos 2014

KEEP SILENT !!! BERKABUNG SEHINGGA SABTU #mh17

Bagi menghormati dan mengingati semua manhsa nahas MH17 yang terhempas di Ukrain baru baru, blog Sangkakala juga berhenti menulis sehingga hari Sabtu.


Al-fatihah kepada semua mangsa yang beragama Islam dan takziah kepada semua keluarga mangsa yang bukan beragama Islam.

Penumpang dan anak kapal MH17. .
Kepulangan kalian dinanti nantikan..
Gelak ketawa penuh dengan kegembiraan..
Namun kau hilang dipertengahan penerbangan..
Kami turut merasa kehilangan.

Penumpang dan anak kapal MH17
Walaupun kita tidak pernah berjumpa..
Namun berita sedih mengejutkan semua..
Kerana mereka yang tidak mempunyai rasa..
Nyawa kalian menjadi taruhannya.

Penumpang dan anak kapal MH17
Kami doakan kamu semua tenang disana..
Semoga Tuhan merahmati kalian semua..
Hanya iringan doa kami kirimkan..
Air mata kesedihan mengiringi perjalanan.

Penumpang dan anak kapal MH17
Kami tahu kesedihan keluargamu..
Namun Tuhan lebih menyayangi kamu..
Kami juga turut merasa..
Walau kita bukan bersaudara.

Penumpang dan anak kapal MH17
Semoga keluarga kalian tabah dengan dugaan..
Semua ini adalah suratan..
Kami mengharapkan ianya sebuah mimpi..
Namun ianya tetap kekal terjadi.



Rabu, 20 Ogos 2014

KEJAYAAN PAS MENTARBIAH ANAK ANAK MELAYU #langkahkajang #sultanmurka

Satu masa dulu kita selalu dengar dan dikejutkan dengan sikap segelintir pemimpin dan ahli DAP yang mana mereka akan menggunakan ayat Al-Quran, hadis dan sebagainya dalam ceramah ceramah mereka di hadapan orang orang Melayu Islam khususnya darj PKR dan PAS.

Walaupun ada tentangan dari umat Islam lain di Malaysia, PAS pula mengambil sikap memuji kononnya itu adalah hasil daripada tarbiah mereka kepada DAP selama ini walaupun beberapa kali telah terbukti maksud yang disebutkan dengan apa yang dibaca tidak sama tapi PAS masih mengatakan bahawa ianya betul.

Tapi kini kita dapat melihat anak anak muda Melayu sudah mula menyertai DAP dan mereka mereka ini pula boleh dikatakan ada yang bergelar profesional.


Persoalannya kini, kenapa anak anak mida ini tidak mahu menyertai parti yang menggelarkan mereka adalah parti Islam, dan adakah anak anak muda ini menolak Islam dengan cara menyertai DAP?

PAS mengatakan bahawa ahli ahli UMNO menolak Islam kerana UMNO bergabung dengan beberapa parti lain yang mewakili bangsa masing masing seperti MCA mewakili Cina dan MIC mewakili India.

Tapi dalam konteks ini, anak anak muda yang menyertai DAP bagaimana pula kedudukannya? Atau ada agenda DAP yang tersembunyi dan diluar pengetahuan PAS yang selama menjadi parti gabungan dalam PR dilihat hanya dipergunakan untuk meraih sokongan orang Melayu?

Sangkakala mempunyai pandangan sendiri dimana, DAP kini mula menarik seberapa ramai anak anak muda untuk menyertai mereka dan akhirnya setelah mereka merasakan bahawa parti mereka (DAP) kukuh dengan sokongan Melayu muda ini, maka PAS akan diletakkan ke tepi atau dihumban keluar dari PR.

PAS selama menjadi salah satu gabungan PR ini juga dilihat terlalu alpa dengan janji janji yang diberika  oleh DAP dan PKR hingga kita dapat lihat baru baru ini dimana keputusan Majlis Syura tidak lagi digunapakai dalam isu Menteri Besar Selangor.

Ini adalah bukti bukti yang selama ini PAS tidak berhati hati dan terlalu mempercayai parti yanh selama ini memang tidak sukakan banhsa Melayu untuk menjadi pemerintah dan kita dapat lihat apabila kumpulan Anwarinas yang berada didalam PAS sudah menunjukkan kuasa mereka melebihi kuasa yang ada dan digunapakai oleh PAS selama ini iaitu Majlis Syura.

Ahli ahli PAS perlu melihat perkara ini dengan lebih serius kerana ianya melibatkan bangsa, agama dan negara kerana, jika DAP dapat menguasai semua atau sebahagian besar kekuatan dalam parlimen, maka bangsa Melayu itu akan terkubur dan harapan untuk melihat Malaysia seperti hari ini kemungkinan besar tidak akan ada lagi dan apa yang tinggal, hanyalah sebuah negara seperti Singapura.



DESAK @NajibRazak LETAK JAWATAN ??? PAS LUPA NAK CERMIN DIRI

Agaknya Naib Presiden PAS ni lupa dia bercakap atas dasar apa atau dia dah menepuk air didulang hingga terpercik ke muka sendiri.


Tian Ibrahim Tuan Man berkata dalam portal Harakahdaily bahawa Tun Dr Mahathir, Mantan Perdana Menteri perlu mendesak YAB Datuk Seri Najib untuk meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri ekoran dari kritikan yang dilakukan oleh Tun Mahathir keatas Perdana Menteri.

Yang lebih menggelikan hati Sangkakala apabila Tuan Ibrahim mengatakan bahawa sudah sampai masanya Tun Mahathir meminta supaya rakyat memberi peluang kepada PAS atau PR untuk memerintah negara.

Standard apa Naib Presiden PAS ni sampai boleh kata macam tu? Apakah dia dah lupa tak berapa hari yang lepas PAS sendiri menunjukkan sikap mereka sebenarnya dalam isu perebutan jawatan Menteri Besar di Selangor?

Orang yang dilihat oleh rakyat Selangor sebagai Menteri Besar yang bagus terus dilucutkan keahliannya sebagai ahli oarti dan PAS yang pada mulanya menyokong Menteri Besar tersebut telah membuat pusingan U dengan tidak pula menyokong.

Sepatutnya Tuan Ibrahim meminta supaya Hadi Awang melepaskan jawatan ekoran hanya 10 daripada 37 orang AJK PAS pusat yang bersetuju dengan cadangan Presiden parti tersebut supaya mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Setiap kali bertukarnya Perdana Menteri, setiap kali jugalah PAS dan parti Pembangkang yang lain akan meminta supaya mereka turun dan Tun Mahathir juga tidak terlepas dengan perkara ini.

Seperti yang kita semua ketahui, baru baru ini Tun Mahathir memberikan teguran terhadap Datuk Seri Najib Razak dan mengatakan bahawa beliau (Tun M) menarik balik sokongan terhadap Perdana Menteri.

Teguran tersebut dibuat oleh Tun Mahathir kepada Perdana Menteri yang kononnya mempunyai dasar kepimpinan yang lebih teruk dari bekas Perdana Menteri sebelumnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bagi Sangkakala tidak menjadi kesalahan untuk Tun Mahathir membuat kritikan tapi cara menyampaikan kritikan tersebut seolah olah Tun Mahathir hanyalah rakyat biasa yang tidak pernah memegang apa apa jawatan dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini.

Bagi Sangkakala, Tun Mahathir mempunyai laluan mudah untuk bertemu atau berhubung terus dengan Perdana Menteri jadi tak perlulah beliau menulis dalam laman blog untuk menegur.

Kita juga perlu ingat bahawa, Tun Mahathir juga pernah di kritik oleh kepimpinan sebelum beliau diawal zaman pemerintahan beliau dulu dan ini diteruskan pula dizaman Najib Razak.

Ekoran dari perkara tersebut, maka ramailah pemimpin pembangkang mula bersuara dengan mengatakan bahawa Tun Mahathir tidak sebulu lagi dengan Najib Razak selaku Perdana Menteri dan pelbagai cerita dalam versi yang bermacam macam dikeluarkan hingga ada yang mengatakan bahawa Tun Mahathir telah meminta Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan.

Tapi semua terkedu seketika apabila Tun Mahathir bertindak menafikan bahawa beliau meminta Perdana Menteri untuk melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Berbalik kepada cerita PAS tadi, adakah Presiden PAS kini masih lagi layak memegang jawatan sebagai Presiden parti apabila tidak mendapat sokongan dari Ahli Jawatan Kuasa beliau sendiri?

Adakah PAS atau PR layak memerintah negara sedangkan baru memerintah negeri Selangor tak sampai 2 penggal, keadaan di Selangor sudah mula berantakan dan ternyata PAS tidak mempunyai kekuatan dalam menentukan keputusan sendiri apabila anasir anasir Anwarinas kini menular dengan hebat seumpama sel kanser yang mengganas didalam PAS itu sendiri?

Tuan Ibrahim perlu mencermin diri terlebih dahulu dan cuba periksa di mana kelemahan PAS hingga berlakunya krisis yang hebat di Selangor yang mana keputusan Majlis Syura yang selama ini membuat keputusan bagi pihak PAS kini dipinggirkan dan tidak lagi digunapakai.




Selasa, 19 Ogos 2014

ANWAR DAN AZMIN AKAN BUAT KEJUTAN AKHIR #langkahkajang #sultanmurka

Apabila PAS pusat mengumumkan bahawa mereka menyokong Menteri Besar Selangor sedia ada sekarang ini melepaskan jawatan dan digantikan dengan dua nama iaitu Wan Azizah serta Azmin Ali maka ketawalah Anwar Ibrahim yang sememangnya menunggu jawapan tersebut.

Mungkin PAS lupa atau buta bahawa dalam pemilihan PKR baru baru ini (sehingga kini belum selesai) permainan Anwar Ibrahim jelas nampak ketara.

Anwar bijak dalam mempergunakan kekuatan beliau dalam PAS untuk menidakkan suara Presiden PAS sendiri apabila mendapat 10 sokongan daripada 37 ahli jawatan kuasa PAS pusat dimana Haji Hadi terpaksa menurut kehendak 27 ahli jawatan kuasa yang lain.


Untuk memperlihatkan bahawa tiada unsur unsur hasutan dari Anwar maka 27 AJK PAS pusat ini dikatakan meletakkan 2 nama iaitu Azmin dan Wan Azizah.

Berbalik kepada pemilihan PKR baru baru ini, Anwar telah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden sebab ada ura ura mengatakan bahawa Azmin Ali akan turut bertanding merebut jawatan tersebut.

Tapi akhirnya Anwar menarik diri kononnya beliau akan dikenakan hukuman penjara atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya.

Ini adalah permainan biasa dimana penawaran diri oleh Anwar disebabkan takut ada orang lain yang akan bertanding untuk melawan Wan Azizah sebagai Presiden parti dan apabila keadaan telah kembali reda maka Anwar menarik diri dari bertanding jawatan tersebut.

Begitu juga keadaannya dengan situasi atau kemelut dalam pemilihan calon Menteri Besar menggantikan Khalid Ibrahim di Selangor, dengan meletakkan 2 nama maka tidaklah ketara nanti orang akan mengataka  bahawa ianya adalah permainan Anwar.

Diakhirnya nanti, Azmin akan membuat kejutan apabila melihat sokongan diberikan kepada beliau dengan cara sama iaitu menarik diri dan kemudiannya akan memberikan laluan kepada Wan Azizah kerana beliau memegang jawatan Presiden PKR dan Azmin akan memberikan alasan bahawa itu adalah cara beliau menghormati Wan Azizah sebagai presiden.

Kita semua tahu bahawa Azmin juga pernah berura ura untuk menjadi Menteri Besar Selangor kerana beliau adalah seorang ADUN dan memegang jawatan sebagai Timbalan Presiden PKR tapi segala galanya musnah apabila Wan Azizah bertanding sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.

Kedudukan Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR dilihat tidak mampu untuk menarik perhatian disebabkan oleh kemenangan Wan Azizah sebagai ADUN.

Kini 2 nama telah disediakan oleh PKR yang mana kedua dua mereka ini kononnya telah mendapat persetujuan dari ketiga tiga parti gabungan PR sebagai nama yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Khalid Ibrahim.

Seperti yang Sangkakala katakan tadi, ianya amat nudah untuk dibaca tambahan pula sudah pasti ada rahsia peribadi Azmin di tangan Anwar yang akan membuatkan Azmin menarik diri di saat akhir kemelut ini nanti.

Apa apa pun kita tunggu apa lagi permainan yang akan dilakukan oleh Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menjatuhkan Khalid.



Isnin, 18 Ogos 2014

HADI AWANG DICABAR OLEH KEKUATAN ANWARINAS DALAM PAS #langkahkajang #sultanmurka

Kemelut perebutan kuasa sebagai Menteri Besar di Selangor nampaknya akan berakhir tidak berapa lama lagi dan ada kemungkinan besar bahawa pilihanraya negeri akan berlaku.


Ini semua disebabkan oleh ketaksuban PAS selama ini yang membawa ahli ahli PKR untuk menjadi pengikut mereka hingga pada hari ini kita dapat melihat bahawa PAS sudah tak mempunyai kekuatan lagi dalam menentukan keputusan sepertimana PAS yang terdahulu.

Kalau dulu PAS dilihat mampu untuk berdiri di atas kaki sendiri, kini PAS hanya sebagai penumpang yang akan mengikut sahaja kemana mereka akan dibawa oleh pemandu.

Sangkakala dengar menurut satu sumber siang tadi mengatakan bahawa hanya 10 daripada 37 orang AJK PAS pusat yang bersetuju dengan cadangan Presiden parti tersebut supaya mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, manakala selebihnya tidak mengikut keputusan tersebut.

Adakah kini sudah terdapat 2/3 daripada AJK PAS pusat adalah pengikut PKR? Sangkakala tidak rasa begitu walaupun ada kemungkinan sesetengah dari mereka berkemungkinan memang pengikut PKR atau lebih tepat sebagai pengikut Anwar Ibrahim dan mereka ini di tempatkan didalam PAS untuk menguasai kepimpinan yang sedia ada.

Sangkalala amat yakin bahawa Haji Hadi tidak merestui PKR meletakkan Wan Azizah atau Azmin Ali atau sesiapa sahaja memandangkan dari kenyataan parti tersebut bahawa Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar tidak perlu digantikan dengan orang lain tanoa alasan yang kukuh tambahan pula dengan alasan alasan jumud seperti salah laku dalam pentadbiran dan sebagainya.

Haji Hadi juga pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sekiranya Khalid Ibrahim didapati bersalah oleh mana mana pihak berkuasa yang mengayakan bahawa beliau telah menyalahgunakan kuasa, maka barulah PAS akan bertindak dengan menyokong calon Menteri Besar yang lain.

Dan kenyataan ini telah disokong oleh Nik Aziz selaku mursyidul am PAS yang jelas menujukkan bahawa PAS menolak secara keseluruhan tentang pertukaran Menteri Besar di Selangor bagi menggantikan Khalid.

Tapi dengan kekuatan 27 orang AJK PAS pusat, maka suara Hadi Awang selaku Presiden tidak lagi boleh digunapakai memandangkan jika 27 orang AJK PAS pusat ini jika membuat undi tidak percaya terhadap Hadi, maka besar kemungkinan beliau terpaksa atau dipaksa untuk melepaskan jawatan sebagai Presiden PAS dan tempat beliau akan digantikan oleh Mat Sabu yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Presiden.

Sangkakala membuat rumusan ini berpandukan dari apa yang telah dikhabarkan kepada Sangkakala bahawa Haji Hadi sendiri tidak mengikuti satu sidang akhbar yang dilakuka  oleh kepimpinan PAS pusat selepas bermesyuarat semalam dan jelas bahawa Hadi Awang tidak bersetuju dengan apa yang diputuskan oleh mesyuarat hingga beliau membiarkan Mat Sabu mengepalai sidang media berkenaan.

Jika PAS terus berada dalam keadaan ini, Sangkakala nampam bahawa kehancuran PAS JAWI akan berlaku dan PAS RUMI akan mengambil alih tampuk pemerintahan dalan kepimpinan PAS.

Persoalannya sekarang, adakah PAS masih mampu untuk bertahan dengan keadaan sedia ada dimana keputusan Presiden dan Majlis Syura nampaknya diketepikan oleh pengikut Mat Sabu dan Anwarinas dalam parti berkenaan?

Berapa orang yang sanggup untuk kehadapan membantah apa yang telah dilakukan oleh Mat Sabu siang tadi yang dikhabarkan memonopoli kekuatan sokongan AJK PAS pusat mengatasi Presiden PAS sendiri?

Nampaknya tiada seorang pun yang berani untuk tampil kehadapan menyanggah keputusan Mat Sabu dan pengikut beliau dalam PAS.

Adakah nanti Hadi akan berjalan keseorangan seperti kapten kapal yang telah di tawan oleh anak kapalnya sendiri? Kita saksikan episod episod yang akan datang dan kita lihat apa yang berlaku dan apa yang pasti sekarang ni, kekuatan Anwarinas dalam PAS sudah jelas dan ahli ahli PAS yang masih setia perlulah bersedia untuk dijadikan kambing golek dan santapan puak puak berkenaan.


Ahad, 17 Ogos 2014

PELUANG KEKAYAAN BARU DALAM PERIKANAN DI TEMUI

Mungkin selama ini orang ramai khususnya menyangka bahawa penjualan ikan hiasan hanyalah sesuatu yang boleh dijadikan hobi tetapi bukan mata p3ncarian tetap.

Ada juga yang menyangkakan bahawa dengab menternak serta memasarkan ikan hiasan tidak jauh mana hebatnya berbanding dengan lain lain sumber pendapatan.

Nampaknya persepsi yang di lemparkan ini adalah salah sama sekali kerana yang sebenarnya penternak serta pemasar ikan hiasan juga mamou untuk menjadi kaya raya jika diusahakan dengan bersungguh sungguh.


Dengan sasaran sebanyak 900 juta ekor ikan hiasan menjelang tahun 2020 sudah pastinya akan memberikan impak positif kepada para penternak dan pengeksport ikan hiasan.

Kita di Malaysia patut bersyukur dimana iklim negara kita amat sesuai untuk dijadikan tempat penternakan ikan hiasan dan dengan kemudahan kemudahan dan bantuan yang diberikan oleh jabatan perikanan di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, sudah pasti perniagaan ini akan menjadi salah satu penyumbang kepada ekonomi negara.


PAS BUAT UTURN SEBAB TAKUT HILANG KUASA #sultanmurka #langkahkajang

Kemelut yang melanda negeri Selangor dalam isu pemecatan Khalid Ibrahim sebagai ahli PKR dan didesak untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor nampaknya kian meruncing.

Apa yang Sangkakala dengar
PAS kini sudah membuat pusingan U apabila mesyuarat PAS pusat yang berlangsung pagi tadi bertindak menamakan Azmin Ali sebagai calin kedua Menteri Besar yang akan dipersembahkan kepada Sultan Selangor.


Menurut kata Mat Sabu pula, tindakan untuk menarik semula sokongan terhadap Khalid adalah disebabkan Menteri Besar sedia ada itu bukan lagi ahli PKR.

Persoalannya sekarang, adalah Khalid keluar dari PKR atau beliau di pecat? Dan adakah pemecatan tersebut dilakukan atas salah laku atau penyalah gunaan kuasa oleh Khalid selama menjadi Menteri Besar?

PAS dilihat lebih takut kepada kehilangan sokongan dari pengundi cina tambahan pula beberapa kawasan yang ditandingi oleh PAS dalam PRU13 yang lalu majoritinya adalah pengundi cina.

Walaupun ada tindakan dari beberapa orang pemimpin PAS yang menyokong Khalid nampaknya kuasa Anwarinas yng sudah menular dalam PAS lebih kuat dan kesilapan yang dilakukan oleh PAS selama ini adalah dengan memasukkan beberapa orang ahlI PKR kedalam parti mereka hingga membuatkan parti yang mengatakan bahawa mereka adalah parti Oslam tersebut dilihat tidak mampu untuk membuat keputusan sendiri.

Dengan tindakan PAS yang tidak menyokong Khalid sebelum ini, adakah DAP dan PKR akan memberikan laluan kepada PAS untuk bertanding di mana mana kawasan seperti dalam PRU yang lalu jika Khalid mengambil pendekatan untuk menasihati Tuanku Sultan membubarkan Dewan Undangan Negeri dan memberi laluan kepada pilihanraya negeri?

Sangkakala berpendapat bahawa situasi tidak lagi akan menjadi sama setelah beberapa orang pemimpin DAP sendiri telah mengeluarkan kenyataan kenyataan berunsur ancaman kepada politik PAS di Selangor dan ini memberika signal khas bahawa PAS akan ditentang oleh PR sendiri.


BLOGGER KLCRONICLE SUDAH PANAS DENGAN SANGKAKALA KE ???

Bila Sangkakala jawab dengan nada sini tentang artikel yang dikeluarkan oleh blogger TheKlCronicle malam tadi, nampaknya blogger tersebut dah mula naik angin.

Lepas tu keluarlah soalan tambahan pula kononnya kepada Pengerusi Perhubungan UMNO negeri Selangor.

Itu soalan soalan yang dikeluarkan oleh blogger hebat ni dalam entri beliau berkenaan dengan soalan yang diajukan sebelum ini.

Yang Sangkakala rasa nak pecah perut ni bukan apa, siap boleh kata Noh Omar bekerja untuk dia sebab dia pembayar cukai, macam le Sangkalala ni tak bayar cukai kan.

Sangkakala tak mau jawab apa yang dipersoalkan oleh blogger ni sebab soalan yang dia tanya tu rasanya tak kena pada Noh Omar sebab Noh Omar cuma Penyelaras Majlis Tindakan Persekutuan dan kalau nak ajukan soalan kenapa dalam website MTPNS tiada senarai projek terbengkalai dan sebagainya, apa kata blogger ni terus pergi ke MTPNS dan buat persoalan pada pegawai yang berkenaan.

Tapi kalau nak diikutkan dari apa yang Sangkalala lihat, ada permainan kenapa blogger ni bertanya 3 lagi soalan selepas 3 soalan pertama di jawab dan Sangkakala teringat pula dengan seorang blogger baru baru ini yang mempertikai kenyataan Noh Omar tentang kesediaan Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan Warroom Selangor untuk menghadapi pilihanraya negeri.

Ktitikan blogger ni pada Sangkalala rasanya agak kelakar juga dengan mengatakan bahawa Sangkalala popular dengan artikel tentang Awie dan baru baru ni tentang video lucah, ada ke video tu dalam blog Sangkakala? Bagaimana pula dengan blog dan portal lain yang mengeluarkan entri rogol, persetubuhan haram, tangkap khalwat dan lain lain, bukan ke itu juga artikel 18sx?

Agaknya ada pihak yang memberikan arahan kepada blogger ni untuk menyerang Noh Omar atau blogger ni nak cari makan di Selangor dan macam biasa la game blogger blogger macam ni, bukan tak biasa pun dengan kerenah mereka.

Kepada Datuk Seri Noh Omar, teruskan tugasan seperti biasa, tak perlu dilayan sangat dengan soalan soalan semak ni sebab nampaknya cuba nak.menganggu tugasan Datuk Seri untuk membantu rakyat.


TAK PAYAH NAK TUNJUK PANDAI KALAU TAK TAU APA FUNGSI JAWATAN !!!

Sangkakala terbaca dalam blog theklcronicle yang mengeluarkan 3 persoalan kepada pengerusi badan perhubungan UMNO negeri Selangor ekoran lawatan beliau ke pelabuhan klang melawat sebuah pangsapuri yang dalam keadaam daif.


Agaknya penulis laman blog ni mungkin hanya mengikuti perkembangan politik di Selangor separuh separuh dan bukannya secara menyeluruh serta mengkaji keperluan dan kepentingan seseorang pemimpin untuk turun padang.

Sangkakala lihat jawapan yang dicari oleh blogger ni telah dijawab oleh seseorang yang memberikan jawapan bagi pihak Datuk Seri Noh Omar dan diharap agar blogger ni faham akan kepentingan jawatan Noh Omar di Selangor dan jangan hanya memandang kepada benda yang negatif.


Sangkakala mengakui bahawa beberapa permasaalahan sebelum ini telah di ambil peduli oleh Datuk Seri Noh Omar memandangkan beliau adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor dan sudah menjadi tanggungjawab beliau untuk melihat atau meninjau permasaalahan di sekitar negeri Selangor.

Tidak ada soal sama ada beliau mewakili parlimen mana atau ADUN kawasan mana dalam usaha untuk membantu rakyat dan kalau nak diikutkan sebegitu kehendaknya maka Perdana Menteri tak perlu pergi ke mana mana untuk membuat lawatan atau meninjau masalah rakyat cukup sekadar beliau melawat sekitar kawasan Pekan Pahang dimana tempat beliau wakili.

Takkan cetek sangat pemikiran sampai benda macam tu pun tak boleh nak fikir atau tak boleh nak kaji, kalau dah sampai tahap tu pemikiran, baik jadi blogger makanan yang boleh bertanya apa bahan yang dimasukkan dan kenapa bahan tersebut dimasukkan.

Nak jadi blogger politik kena faham la tentang fungsi jawatan dan keperluan masyarakat di kawasan tersebut.

Disini rasanya tak perlulah Sangkakala nak hujah apa fungsi jawatan yang disandang oleh Datuk Seri Noh Omar sebab ada orang dah tolong jawab dan harap blogger TheKlCronicle boleh memahami maksud yang dimasukkan oleh beliau dan soalan tu rasanya dah pun memadai.



Sabtu, 16 Ogos 2014

SEPANDUK BANGSAT LAHANAT DAP #sultanmurka #langkahkajang

Yang bergaduh dalam PR, diantara DAP, PAS dan PKR tapi yang disalahkan pula ialah UMNO, tak ke bangang sepanduk yangbdibawa oleh pengikut PR yang berhimpun di depan pusat khidmat DUN di Pelabuhan Klang baru baru ni.




Macam sepanduk diatas yang mengatakan bahawa UMNO ketawa rakyat menangis, apa kena mengena UMNO dalam krisis yang membabitkan perebutan kuasa diantara Wan Azizah dengan Khalid Ibrahim merebut kerusi Menteri Besar Selangor?

Mungkin puak puak HARAM JADAH ni dah tak takde isu nak dikeluarkan maka kes dalam kain mereka ini pu UMNO nak di salahkan.

Perebutan kuasa diantara Khalid Ibrahim dengan Wan Azizah makin meruncing apabila Khalid enggan melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar bagi memberikan laluan kepada Wan Azizah untuk duduk di kerusi tersebut.

Pelbagai fitnah dan masalah mereka keluarkan sekarang ini bagi memburukkan Khalid supaya Menteri Besar itu melepaskan jawatannya.

Jadi sekarang ni kita akan melihat sesuatu yang lebih dahsyat berlaku di negeri Selangor dan apa yang pastinya ianya akn menyusahkan rakyat Selangor keseluruhannya.


APA KENA PULAK @mohd_ali_rustam NI ??? TAK SUDAH SUDAH !!!

Bekas Ketua Menteri Melaka yang kini merupakan Pengerusi PUNB nampak gayanya memang tak pernah serik dengan apa yang berlaku dan menimpa beliau.

Walau pun menglami kekalahan dalam PRU13 yang lalu setelah gagal mendapat kemenangan sebagai Ahli Parlimen di kawasan Bukit Katil, beliau masih lagi memberikan khidmat melebihi seorang ADUN dalam kawasan.

Ini adalah ciri ciri pemimpin yang begitu baik bagi Sangkakala, bukanlah niat untuk mengampu atau mengipas, tapi komitmen yang ditunjukkan oleh YBhg Datuk Seri Ali Rustam selalu mendapat perhatian dari Sangkakala.

Semalam berlaku banjir akibat fenomena air pasang besar di beberapa jawasan4 di negeri Melaka dan Sangkalala terlihat dalam akaun facebook milik Tok Ali ada memuat naik gambar beliau meranduk air demi untuk melihat permasaalahan di kawasan terbabit.





Menurut kata seorang rakan Sangkakala, ini merupakan hobi Tok Ali dengan melawat kawasan kawasan bermasaalah dan yang menggelikan hati ialah, Tok Ali mempunyai hobi melawat ke rumah orang kawin dan hobi ini telah bermula di zaman beliau muda lagi.

Agaknya itu sebab juga Sangkakala terlihat Tok Ali memenuhi undangan perkahwinan walaupun jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi.

Pemimpin sebegini amat jarang kita temui dan amat sukat kita perolehi, semoga Tok Ali akan diberikan kekuatan dan semangat dalam terus memberikan khidmat kepada masyarakat.

Syabas Sangkakala ucapkan pada beliau.


#prayformalaysia LAUTAN MANUSIA DI DATARAN MERDEKA @fuhas_tweet @shaberyc


Malam tadi berlangsung program Doa Untuk Malaysia yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Ribuan manusia membanjiri padang dan jalanraya berhadapan dengan Bangunan Sultan Abdul Samad.




Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin turut sama berada dalam majlis berkenaan yang dimulakan dengan solat Isya' dan solat hajat sebelum dimeriahkan lagi dengan doa dan Selawat keatas Nabi Muhammad SAW oleh Habib Syeck Abdul Qodir As Segaf bersama kumpulannya.


Antara yang mencuri tumpuan pengunjung ialah si cilik yang begitu menghayati malam Doa Untuk Malaysia.


Untuk melihat lebuh banyak gambar sepanjang program sila klik DISINI.