Jumaat, 8 Ogos 2014

#langkahkajang SOKONGAN TERHADAP KHALID IBRAHIM BUAT ANWAR TAK TIDUR MALAM


Malam tadi telah diadakan solat hajat bagi memohon agar Menteri Besar Selangor dikekalkan serta memohon agar negeri Selangor di jauhi dari anasir anasir yang kurang sihat dalam erti kata lain cubaan untuk menggulingkan Menteri Besar.

Antara tetamu yg hadir di kediaman Menteri Besar Selangor malam tadi ialah
Dato Mufti Selangor, Orang Besar Istana Tengku Ramli, Orang Besar Daerah Dato Imran, YB Iskandar, YB Sollehin, Raja Idris, ust Norazli Musa (presiden ngo geng ustaz), ust Ahmad Dasuki (imam), ust syarhan humaizi (ketua pemuda pas sgor), Dr zuhdi marzuki (pusat penyelidikan pas pusat).



Dengan kehadiran hampir 1000 orang untuk melakukan solat hajat tersebut nampak bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim mempunyai sokongan akar umbi yang begitu ampuh dan kuat, ini mungkin kerana beliau (Khalid ) cuba sehabis baik utk tadbir sgor tetapi diganggu oleh mereka mereka yang rakus akan kuasa dan pangkat.

DAP selama ini cuba mempertikai style kepimpinan Islam, tetapi perlu diingat, orang bukan Islam lebih selesa jika orang Islam menguruskan mereka berbanding pengurusan yang dilakukan oleh bukan Islam.

Mungkin Ramadhan kali ini memberi banyak pengajaran kepada Khalid Ibrahim dalam mengenali siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan mengenali erti banyak bersabar.

Tan Sri Khalid juga telah pergi melawat bekas Menteri Besar Kelantan yang juga merupakan mursyidul Am PAS yang mana kelmarin telah keluar satu kenyataan bahawa majlis Syura PAS mahu supaya Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor dan ini juga merupakan tamparan paling padu yang diberikan oleh PAS kepada manusia bernama Anwar Ibrahim.

Begitu juga serangan bertali arus yang dilakukan oleh Dr Zuhdi yang mana beliau juga telah mendapat kritikan daripada kepimpinan PR sendiri dan hinggakan ada diantara pemimpin DAP dilihat seolah olah menghalau PAS agar keluar dari pakatan.

Semoga Khalid Ibrahim dan orang orang PAS kini sedar bahawa mereka selama ini dipermainkan oleh PKR dan DAP.


Tiada ulasan: