Isnin, 20 Mac 2023

CHE WAN AL LAKAZAM KUTIP CROWDFUNDING UNTUK APA??

Senang sungguh Che Wan Al Lakazam nak cari modal, serang perniagaan Dato Azlan lepas tu kononnya bantu mereka mereka yang kena tipu (entah ye entah tidak) kemudian buat kutipan wang kononnya nak membiayai yuran guaman.

Kalau Che Wan benar benar nak bantu orang, kenapa Che Wan tak gunakan dana sendiri? Kenapa perlu buat kutipan dan adakah kutipan tersebut sah dari segi undang undang? 

Sangkakala nak ingatkan pada Che Wan, bukan mudah nak buat kutipan wang, perlu kebenaran dari banyak pihak. Silap silap boleh didakwa nanti.



Yang menjadi kerisauan ialah, duit kutipan bukan digunakan untuk yuran guaman mangsa, tapi digunakan untuk membayar yuran guaman Che Wan sendiri yang sedang dalam proses disaman oleh Dato Azlan kerana memfitnah.

Jadi kepada orang ramai, lagi baik masukkan duit anda ke dalam tabung tabung masjid dan surau, tentu pahalanya mengalir takkan putus seperti air mengalir di lembah gunung daripada bagi pada orang yang secara terang terang kaki fitnah.



Ahad, 19 Mac 2023

CHE WAN AL LAKAZAM FITNAH ANGGOTA POLIS EKORAN LAPORAN TERHADAP AZLAN AL AMIN

Oleh kerana begitu taksub untuk menjatuhkan perniagaan Dato Azlan Al Amin, Che Wan Al Lakazam terlupa sehingga dia memfitnah anggota polis dengan mengatakan anggota polis mendedahkan laporan yang di buat ke atas Dato Azlan.

Dalam setiap laporan, Polis akan memanggil orang yang dituduh untuk hadir ke balai polis dan diambil keterangan dan setiap orang yang dipanggil untuk diambil keterangan berhak mendapat tahu apa yang berlaku sehingga dia diminta menghadirkan diri ke balai polis.

Dalam kes laporan terhadap Dato Azlan, sudah pastilah Dato Azlan juga akan bertanya atas sebab apa dia dipanggil untuk diambil keterangan dan pihak polis perlu memberitahu sebab sebab Dato Azlan dipanggil.

Ini bukanlah bermakna polis mendedahkan laporan kepada orang yang dituduh.


Seperti tangkap layar yang Sangkakala masukkan diatas, jelas menunjukkan bahawa Che Wan Al Lakazam memfitnah anggota polis dan memberikan imej buruk terhadap Jabatan Polis.

Che Wan Al Lakazam mengambil tindakan dengan apa yang dimasukkan oleh Dato Azlan seperti tangkap layar dibawah yang mana Dato Azlan cuma mengatakan selepas meneliti beberapa laporan polis terhadap beliau.



Dalam tangkap layar diatas, tidak ada satu pun kenyataan yang mengatakan bahawa Dato Azlan telah diberikan salinan laporan polis yang dibuat terhadap beliau tetapi beliau menyatakan SETELAH MENELITI. Ini jelas memberikan maksud bahawa pihak polis telah melaksanakan tugas mereka dengan memberi tahu sebab apa Dato Azlan dipanggil.

Dato Azlan juga mempunyai hak untuk membuat laporan semula kepada pihak polis bahawa apa yang dikatakan oleh si pelapor adalah tidak benar dan ianya adalah fitnah semata mata.

Pihak polis pula akan menjalankan siasatan dan sekiranya didapati benar laporan tersebut adalah palsu, maka pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap si pelapor kerana membuat aduan palsu terhadap yang dituduh.

Bukan itu sahaja, orang yang dituduh juga berhak untuk mendapatkan nasihat guaman sama ada mereka boleh atau tidak mengemukakan saman terhadap si pengadu.

Dalam kes ini nampaknya Che Wan tidak nemeriksa dengan teliti tentang prosedur yang perlu dilakukan oleh pihak polis. Dan kerana laporan laporan yang tidak benar ini juga yang membuatkan Dato Azlan mengemukakan saman terhadap Che Wan Al Lakazam bernilai jutaan ringgit. Ini termasuk saman berkenaan kerosakan perniagaan dan tauladan yang dilakukan oleh Che Wan terhadap Dato Azlan.

Sabtu, 18 Mac 2023

CHE WAN AL LAKAZAM TAK MENGAKU IRI HATI DENGAN AZLAN AL AMIN

Sangkakala selalu scroll dinding muka buku Che Wan Al Lakazam dan banyak kali Sangkakala lihat Che Wan Al Lakazam mengatakan bahawa beliau tidak sekali ada perasan cemburu kepada Dato Azlan Al Amin tetapi beliau (Che Wan) kononnya nak menyelamatkan orang ramai daripada ditipu oleh Dato Azlan.

Tapi apa yang peliknya, Sangkakala lihat, Che Wan Al Lakazam mencipta akaun muka buku beliau hanya untuk mengkritik perniagaan Dato Azlan. Tak nampak cerita lain selain daripada itu, apa motif beliau? 

Untuk makluman, Che Wan juga mempunyai perniagaan jualan tanah lot sepertimana yang Sangkakala pernah masukkan dalam laman blog ini sikit masa dulu.

Keldua dua mereka ini mempunyai perniagaan di Besut Terengganu dan sudah pastilah jualan tanah lot Dato Azlan agak tinggi berbanding Che Wan, ini kerana Dato Azlan menjual tanah dengan menggunakan kaedah bayaran secara ansuran dan setiap pembeli diberikan taklimat tentang status tanah yang bakal mereka beli.

Kenapa Sangkakala selalu mengatakan bahawa Che Wan mempunyai sifat iri hati pada Dato Azlan? 

Baru baru ini Dato Azlan mengumumkan bahawa beliau akan menghentikan jualan tanah lot tetapi akan menukar modus operandi atau lebih tepat Sangkakala katakan menaik taraf perniagaan beliau daripada jualan tanah lot kepada pembinaan bangunan dan perumahan.

Sepatutnya perkara ini menggembirakan hati Che Wan Al Lakazam kerana sudah pastilah tidak ada lagi orang yang akan ditipu sepertimana yang selalu disebutkan oleh Che Wan.

Tetapi apa yang berlaku? Che Wan Al Lakazam terus memberikan persepsi negatif kepada Dato Azlan, kenapa Che Wan masih tidak puas hati? Ini yang Sangkakala kata ada perasaan hasad dengki bersarang dalam hati Che Wan.

Beliau bukan hendak menyelamatkan mana mana pihak tetapi lebih kepada untuk menghancurkan perniagaan Dato Azlan dan mungkin jika perniagaan Dato Azlan lingkup, maka Che Wan pula akan memonopoli perniagaan jualan hartanah di Besut dan mungkin seluruh negara.

Baru baru ini, Dato Azlan bersama rombongan berangkat ke Qatar untuk menghadiri sebuah convention, itu juga jadi bahan kutukan Che Wan Al Lakazam. 

Che Wan Al Lakazam mungkin lupa, dia mengutuk mengeji Dato Azlan dalam masa sama Dato Azlan terbang lebih tinggi dan Che Wan masih duduk di takuk yang sama.

Nanti Sangkakala kisahkan pula lawatan Dato Azlan ke Qatar bersama delegasi beliau.


Jumaat, 17 Mac 2023

GAGAL BUKTIKAN AZLAN AL AMIN SALAH!! TERUS CHE WAN AL LAKAZAM SALAHKAN UNDANG UNDANG

Garam dan gula pun tak mampu nak dibezakan, macam mana nak bezakan benda sah dengan tak sah.

Itu yang berlaku kepada pesaing Dato Azlan yang bernama Che Wan Al Lakazam.

Dalam salah satu status beliau, Che Wan memasukkan kenyataan seperti dibawah.



Garam dan gula sama? Sedangkan budak umur 7 tahun pun mampu untuk bezakan diantara bentuk garam dan bentuk gula tapi Che Wan tak mampu untuk membezakan dua perasa tersebut dan mungkin juga sebab terlalu sibuk nak jatuhkan perniagaan orang maka tak sempat nak belajar mengenali garam dan gula.

Dalam ruangan komen pula jelas Che Wan mengatakan bahawa "Undang Undang tidak pernah menyebelahi kita jika kita kekurangan wang dan pengaruh".

Ini Sangkakala dapat agak ditujukan kepada Dato Azlan yang mana Che Wan pernah meminta beberapa pembeli bermasaalah membuat laporan polis tetapi setelah Dato Azlan menjukkan bahawa setiap pembelian berkenaan mempunyai surat perjanjian yang sah di sisi undang undang maka tidak ada pendakwaan dapat dilakukan kepada Dato Azlan dan ini yang membuatkan Che Wan bertambah kecewa.

Berkenaan dengan menggunakan peguam pula, kalau benar Dato Azlan seorang penipu dan menipu pembeli sudah pasti yang menjalankan pendakwaan kepada Dato Azlan ialah Pendakwaraya dan belum pernah dalam sejarah, si pengadu membuat bayaran kepada Pendakwaraya untuk mendakwa seorang tertuduh.

Jadi dakwaan Che Wan tentang undang undang tu hanyalah retorik selepas gagal memberikan bukti bahawa Dato Azlan menipu serta menjalankan perniagaan yang tidak sah disisi undang undang.

Khamis, 16 Mac 2023

ASYIK SERANG AZLAN AL AMIN!! CHE WAN AL LAKAZAM TUNJUK KEBODOHAN DIRI

Akibat daripada asyik mencari kesalahan orang, pesaing Dato Azlan yang acap kali mengeluarkan kenyataan berbaur kebencian akhirnya menunjukkan kebodohan dirinya melalui laman media muka buku miliknya.

Daripada apa yang Sangkakala baca, rata rata mereka yang memberikan komen juga seolah olah tidak mempunyai akal fikiran untuk berfikir secara rasional.

Sangkakala masukkan beberapa tangkap layar yang menunjukkan status yang dimuat naik oleh Che Wan Al Lakazam dibawah.



Tangkap layar pertama dan kedua diatas jelas menunjukkan bahawa Che Wan Al Lakazam mengatakan bahawa Mustakim salah seorang kakitangan Dato Azlan memberikan penjelasan secara terperinci tentang penjualan baki tanah lot kepada orang ramai sebelum Dato Azlan berhijrah sepenuhnya kepada pembinaan bangunan dan perumahan.

Bagi Sangkakala itu adalah perkara biasa dilakukan oleh mana mana kakitangan syarikat yang memiliki produk dengan memberikan penjelasan terdahulu kepada pembeli.

Che Wan juga seolah olah mengatakan Mustakim terkedu apabila orang yang berminat menyatakan bahawa beliau berkerja sebagai Perancang Bandar. Che Wan juga memperlekeh perkataan MasyaAllah yang disebut oleh Mustakim setelah mengetahui bahawa orang yang berhubung dengan beliau merupakan seorang Perancang Bandar.

Tetapi orang ini tidak menyatakan sama ada dia bertugas sebagai Perancang Bandar di bawah Pihak Berkuasa Tempatan atau dibawah syarikat swasta. Dari apa yang Sangkakala baca, orang yang mengaku sebagai Perancang Bandar ini juga tidak memberikan apa apa komen tentang penjualan tanah lot yang dibuat oleh Dato Azlan. Malah beliau mengatakan bahawa beliau faham. Jadi di mana masaalahnya? 

Lagi satu, Sangkakala agak musykil, kenapa Perancang Bandar berkenaan buat tangkap layar perbualan beliau dengan Mustakim kemudian dihantar kepada Che Wan? Adakah orang berkenaan benar benar Perancang Bandar atau salah seorang rakan komplot Che Wan. Al maklumlah sekarang ni kan nombor telefon boleh dibeli dengan harga semurah RM 10 di 7 Eleven.

Sangkakala nak bagi tau pada Che Wan, kalau benar orang ini berkerja sebagai Perancang Bandar dan dia mengakui bahawa dia mengetahui prosedur penukaran status dan permohonan untuk mendapatkan geran, maka tidaklah dikatakan Dato Azlan menipu pembeli dan Perancang Bandar ini pun berminat untuk membuat pembelian tanah tersebut kerana harganya yang murah.

Itu le yang Sangkakala kata Che Wan tunjuk dirinya bodoh sebab dia tak tau bahawa setiap orang yang menggunakan TPr pada pangkal namanya bagi setiap urusan surat menyurat adalah Perancang Bandar atau dalam bahasa Inggerisnya di sebut sebagai TOWN PLANNER.

Malah bekas Menteri Komunikasi, Tan Sri Annuar Musa juga merupakan seorang Perancang Bandar. Cuma dalam kes Che Wan ni kita tak pasti kot kot orang ini cuma seorang kerani di syarikat Perancang Bandar.


Rabu, 15 Mac 2023

PATUTLAH ARWAH CIKGU RAMLI RAPAT DENGAN AZLAN AL AMIN

Ini adalah gambar gambar bukti dimana arwah Hj Ramli begitu rapat dengan Dato Azlan Al Amin. Patutlah arwah begitu percaya pada Dato Azlan berbanding anak beliau sendiri. Kalau betul Dato Azlan tipu arwah, masakan sehingga nafas terakhir arwah masih lagi dengan Dato Azlan.

Ini juga la punca agaknya anak arwah berasa cemburu dengan Dato Azlan. Sudah menjadi kebiasaan sebagai manusia, kita akan lebih percaya pada orang yang ambil berat pada kita berbanding orang lain walau pun anak sendiri.































Kalau dilihat gambar gambar diatas, sehingga ke tanah perkuburan Dato Azlan berbakti kepada bapa angkat beliau dan akhirnya anak arwah sanggup mengeluarkan fitnah bahawa Dato Azlan penyebab tanah arwah di lelong sedangkan perkara tersebut tidak berlaku.

Nasihat Sangkakala kepada Shahruldi, berbakti kepada ibu bapa itu amatlah besar pahalanya sedangkan menabur fitnah pula adalah amat besar dosanya serta dilaknat oleh Allah SWT.

Selasa, 14 Mac 2023

KISAH JUAL TANAH LOT DI JABI OLEH AZLAN AL AMIN siri kedua

Seperti yang Sangkakala janjikan semalam, kenapa Dato Azlan mengeluarkan pisau dari dapur kediaman beliau di Besut bila Azwan Kasim datang ke rumah.

Kisahnya apabila Azwan datang kononnya menuntut hutang sedangkan Dato Azlan masih membuat siasatan berapa yang perlu dibayar kepada Pak Teh sebab urusan jual beli tanah ini berlaku pada tahun 2014.

Oleh kerana Azwan mengaku kepada Mustakim bahawa beliau mengalami penyakit kecelaruan minda dan datang pula seolah olah menyerang Dato Azlan dirumah, maka Dato Azlan mengambil pisau di dapur dengan tujuan menakut nakutkan Azwan supaya tidak ada perkara yang tidak diingini berlaku.

Dalam pada itu rupanya perkara tersebut telah dirancang dan seseorang yang mengikuti Azwan telah merakam video kejadian berkenaan untuk dijadikan bahan mengatakan Dato Azlan keluarkan pisau bila orang tuntut hutang.

Dalam kes macam ni Sangkakala pun akan lakukan perkara sama sebab segala kejadian tidak diingini boleh berlaku tambahan pula Azwan mengaku dia mengidap penyakit mental disorder yang memungkinkan beliau bertindak di luar kawalan.

Dato Azlan teringat akan kisah bekas Ketua Polis Daerah Besut yang ditetak oleh penyerang dirumahnya dan tindakan Dato Azlan hanyalah untuk menakutkan Azwan sebab dalam rumah Dato Azlan terdapat keluarga beliau yang mungkin akan terancam sama.

Kejadian ini berlaku sebelum Azwan buat laporan ke balai polis pada tahun 2021 yang mana Dato Azlan telah melunaskan bayaran kepada Azwan tetapi video berkenaan ditularkan pada tahun 2022 lebih kurang setahun selepas itu.

Jadi apa motif mereka menularkan video sedangkan kemaslahatan tersebut telah diselesaikan secara aman oleh Dato Azlan kepada Azwan? Bukankah ianya sengaja untuk menjatuhkan kredibiliti Dato Azlan? Dan siapa yang untung dengan kejatuhan Dato Azlan? Sudah pastilah para pesaing beliau kan? 


Isnin, 13 Mac 2023

KISAH JUALAN TANAH LOT DI JABI OLEH AZLAN AL AMIN

Tamat sudah kisah arwah Hj Ramli yang jelas dimanipulasi oleh Che Wan Al Lakazam bersama dengan anak sulong arwah iaitu Shahruldi.

Kini kita berhijrah pula dengan kisah penjualan tanah di kawasan Jabi Besut Terengganu yang jelas sekali lagi dimanipulasi oleh Che Wan Al Lakazam.

Kisahnya bermula pada tahun 2014 dimana 50 orang pembeli telah membeli tanah lot dengan bayaran secara ansuran kepada pembeli.

Perjanjian untuk memperolehi geran adalah selama 3 tahun dan selepas 3 tahun geran masih belum dapat dikeluarkan (kini telah keluar). 

Dalam perjanjian tersebut jelas mengatakan bahawa sekiranya lebih dari 3 tahun atau tamat perjanjian maka pembeli berhak menuntut kembali wang bayaran yang telah dikeluarkan oleh pembeli namun tidak ada seorangpun yang berhubung dengan Dato Azlan atau kakitangan beliau sehinggalah seorang pembeli yang digelar sebagai Pak Teh memberitahu bahawa beliau mengalami masalah mental disorder atau kecelaruan minda.

Pak Teh hanya membayar wang pendahuluan sebanyak RM 10 ribu pada tahun 2014 dan kemudiannya membuat bayaran selama beberapa bulan dan selepas itu Pak Teh tidak membuat sebarang bayaran sehinggalah tahun 2022.

Perkara ini juga dimasukkan oleh Che Wan Al Lakazam ke dalam akaun muka buku beliau kononnya mendapat aduan daripada Pak Teh sedangkan Che Wan tidak tahu tentang tiada bayaran bulanan yang dibuat oleh Pak Teh selama hampir 7 tahun kepada Dato Azlan.

Pak Teh telah membuat 1 laporan polis dimana pihak polis telah menasihati Dato Azlan untuk membuat bayaran pemulangan dan Dato Azlan akur walaupun kalau diikutkan setelah bertahun tahun tiada bayaran bulanan dibuat Dato Azlan boleh mengenepikan tuntutan Pak Teh kerana melanggar perjanjian.

Sebagai contoh, apabila sebuah kenderaan tidak dibayar selama berbulan bulan oleh pembeli maka pihak bank berhak menarik kembali kenderaan tersebut dan dilelong, adalah amat mustahil bila seseorang pembeli kenderaan mendapat semula duit muka dan bayaran bulanan yang telah dijelaskan oleh pembeli dari pihak bank.


Nanti Sangkakala tulis pula tentang kenapa Dato Azlan keluarkan pisau dari dapur bila Pak Teh datang ke rumah......


Ahad, 12 Mac 2023

KISAH BERMULA SERANGAN KEPADA AZLAN AL AMIN siri kedua

Seperti yang Sangkakala janjikan semalam, hari ni Sangkakala sambung episod kedua bermulanya serangan kepada Dato Azlan Al Amin.

Dalam artikel semalam Sangkakala ada mengatakan bahawa arwah Hj Ramli mempunyai 4 orang anak dimana 3 dari mereka adalah lelaki dan seorang perempuan.

Arwah Hj Ramli sebelum menghembuskan nafas terakhir ada mengamanahkan beberapa keping geran tanah kepada Dato Azlan untuk diserahkan kepada anak perempuan arwah dan sebaik sahaja arwah menghembuskan nafas, Dato Azlan telah menyerahkan geran berkenaan kepada anak perempuan arwah.

Mungkin juga kerana ini Shahruldi (anak arwah yang sulong) merasa tercabar kerana arwah tidak menyerahkan geran tersebut kepada beliau semasa hidup tetapi diserahkan kepada Dato Azlan.

Ini juga menjadi modal kepada Che Wan Al Lakazam menuduh Dato Azlan menunjukkan geran bukan kepunyaan beliau kepada para pembeli dan menuduh Dato Azlan bergaya dengan harta orang.

Tuduhan ini yang membuatkan Sangkakala rasa geli hati kerana mana ada manusia bodoh yang percaya bahawa seseorang itu memiliki tanah sedangkan nama dalam geran adalah nama orang lain. 

Kalau Dato Azlan mengemukakan geran tanah milik arwah kepada orang sedangkan nama dalam geran adalah nama arwah, adakah orang itu akan percaya bahawa tanah berkenaan milik Dato Azlan? 

Oleh kerana terlihat akan masalah ini maka ada kemungkinan juga Che Wan mengambil kesempatan mengatakan bahawa Dato Azlan berpoya poya dengan menunjukkan geran (atas nama orang lain) sebagai milik beliau dan menggunakan geran berkenaan untuk menipu orang ramai.

Tetapi sehingga kini tidak seorang pun tampil untuk mendapatkan pembelaan dengan mengatakan bahawa mereka ditipu oleh Dato Azlan.

Ini juga ada kemungkinan membuatkan Che Wan merasa gagal untuk menjatuhkan reputasi Dato Azlan dengan kes arwah Hj Ramli sehinggakan beliau (Che Wan) cuba pula dengan mengaitkan kisah orang lain.


Sambungan kisah dalam episod akan datang....

Sabtu, 11 Mac 2023

KISAH BERMULA SERANGAN KEPADA AZLAN AL AMIN Siri pertama

Mungkin ramai yang termakan dakyah serangan Che Wan Al Lakazam terhadap Dato Azlan Al Amin dimana apa yang dikeluarkan oleh Che Wan adalah cerita seorang pesaing perniagaan yang hendak menjatuhkan perniagaan orang lain.

Pada awal kisah serangan ini, ianya bermula daripada anak kepada Arwah Cikgu Ramli, bapa angkat kepada Dato Azlan yang mana pada tahun 2014, arwah menyatakan hasrat untuk menjalankan perniagaan bersama sama Dato Azlan.

Arwah Hj Ramli memiliki sebidang tanah dan kemudian dicagarkan kepada pihak bank sebanyak RM 400 ribu dan daripada RM 400 ribu itu, Arwah Hj Ramli ambil RM 200 ribu.

Kesemua bayaran pinjaman RM 400 ribu ini diselesaikan oleh Dato Azlan yang mana keseluruhan bayaran balik berjumlah hampir RM 700 ribu kesemuanya.

Tapi seperti biasa, ada kalanya pembayaran ada yang terlewat dan pihak peguam bank pula mengambil kesempatan dengan menghantar notis tuntutan dengan memberi amaran bahawa sekiranya tuntutan tidak dijelaskan maka pihak bank berhak untuk merampas tanah berkenaan untuk lelongan.

Ini perkara biasa berlaku dalam mana mana pinjaman bercagar, malah sekiranya seseorang itu membeli rumah kediaman dan terlewat bayar maka surat peguam akan dikeluarkan kerana setiap kali peguam keluarkan surat amaran, setiap kali itu jugalah peguam akan mendapat bayaran.

Sama juga dengan kes Dato Azlan tetapi diakhir notis peguam, terdapat jumlah yang perlu diselesaikan sebanyak RM 92,500.00 dan Dato Azlan membuat bayaran penuh kesemua tuntutan tersebut dan fitnah yang mengatakan bahawa tanah bakal dileleong adalah fitnah semata mata.

Macam mana bank nak lelong tanah sekiranya bayaran pinjaman telah pun dilunaskan? 

Berkenaan dengan arwah Hj Ramli pula, beliau mempunyai 4 orang anak dan anak yang pertama arwah Hj Ramli tidak berpuas hati dengan Dato Azlan yang dilihat rapat dengan arwah.

Sepanjang keuzuran arwah Hj Ramli, Dato Azlan lah yang melawat dan memberikan bantuan kepada arwah sedangkan Shahruldi (anak pertama arwah) hanya datang melawat 2 kali.

Macam mana arwah tak rapat dengan Dato Azlan kalau anaknya sendiri buat tak tau semasa beliau sihat dan juga uzur? 


Sangkakala sambung dalam episod ke dua nanti...


Jumaat, 10 Mac 2023

SETIAP HARI MERATIB NAMA AZLAN AL AMIN !! APA MOTIFNYA??

Setiap hari boleh dikatakan akaun muka buku Che Wan Al Lakazam akan meratib nama Dato Azlan Al Amin.

Dengan tuduhan menipu, jual tanah lot lidi dan sebagainya dilemparkan, terbaru sekali Che Wan meratib pula tentang pembinaan bangunan dan kediaman yang dirancang oleh syarikat Dato Azlan.

Persoalannya, apa motif serangan? Nak membantu supaya orang ramai tidak tertipu? Kenapa Che Wan sendiri tidak tampil ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan penipuan? Tetapi hanya meratib dalam dinding muka buku milik beliau?

Akaun Che Wan ni Sangkakala tengok memang dibina untuk memburuk burukkan Dato Azlan seterusnya menjatuhkan reputasi beliau sebagai usahawan hartanah.

Sekiranya benar Che Wan nak bantu pembeli, beliau boleh meminta pembeli membuat laporan polis dan seterusnya mendakwa Dato Azlan atas alasan penipuan.

Tapi perkara berkenaan tidak berlaku kerana Che Wan tahu kalau buat laporan polis sekalipun ianya tidak mendatangkan kesan kerana terdapat perjanjian jual beli tanah diantara syarikat Dato Azlan dengan pembeli.

Dan sekirany Che Wan nak mengatakan bahawa perjanjian ini tidak sah, ianya boleh dirujuk di mahkamah untuk kepastian, tetapi Che Wan tak buat juga sebab dia tahu perjanjian tersebut adalah sah disisi undang undang.

Apa yang berlaku ialah, Che Wan tidak mampu untuk meraih jualan seperti yang dibuat oleh Dato Azlan kerana Che Wan menjual tanah dengan harga tunai sedangkan Dato Azlan pula buat jualan secara ansuran.

Disini perbezaan diantara cara penjualan tanah yang memungkinkan Che Wan berasa iri hati kepada Dato Azlan dan seterusnya membuat serangan terhadap Dato Azlan.

Sangkakala tak pandai bab agama, tapi daripada meratib nama Dato Azlan dalam muka buku, adalah lebih baik Che Wan meratib memuji nama Allah SWT, dapat juga pahala. Berdoa pada Tuhan agar dimurahkan rezeki. Selagi meratib nama Dato Azlan selagi tu lah rezeki jadi sempit sebab ada perasaan hasad dengki bersarang dalam hati.

Perlu diingat, hasad dengki ni bisikan Iblis, jadi takkan le Che Wan Al Lakazam nak jadi pengikut pula kan?? 

Choww dulu ye..nanti sambung.

Khamis, 9 Mac 2023

PESAING AZLAN AL AMIN MENGATA DIRI SENDIRI

Rasanya pembaca masih ingat tentang pesaing Dato Azlan Al Amin yang menggunakan nama Che Wan Al Lakazam dalam laman muka buku beliau.

Baru baru ni Che Wan Al Lakazam memuat naik satu status seperti mana yang Sangkakala kongsikan dibawah.


Menurut status yang terdapar di dinding muka buku milik beliau yang berbunyi "MATLAMAT TIDAK MENGHALALKAN CARA, NIAT NAK BERJAYA, MATLAMAT NAK KAYA, TETAPI NOAT DAN MATLAMAT INI DILAKUKAN DENGAN MENGANIAYA ORANG LAIN, HUKUMNYA HARAM".

Sangkakala tertanya tanya juga, adakah Che Wan Al Lakazam mengata dirinya sendiri sebab, Che Wan Al Lakazam dikatakan pernah menjual tanah lot semasa berkerja sebagai agen hartanah untuk sebuah syarikat (rujuk artikel terdahulu) dan dilaporkan juga bahawa sehingga kini masih ada pembeli yang tidak menerima geran milikan tanah mereka sejak tahun 2010.

Satu lagi, dengan cara menyerang Dato Azlan, adakah dikira halal sedangkan sudah jelas terbukti Che Wan Al Lakazam melakukan serangan bermotifkan perniagaan semata mata.

Walaupun Che Wan mengatakan bahawa beliau ingin membantu supaya tiada lagi orang tertipu dengan Dato Azlan, Sangkakala percaya ianya hanyalah retorik semata mata sebab, tidak ada seorang pun pelanggan yang dikatakan ditipu oleh Dato Azlan dibantu oleh Che Wan kerana tidak ada seorang pun yang mendakwa mereka tertipu.

Yang ada hanyalah pembeli pembeli yang bermasaalah kemudian berjumpa dengan Che Wan dan Che Wan pula mengambil kesempatan dari cerita mereka tanpa membuat penyelidikan terlebih dahulu.

Nanti Sangkakala akan ceritakan bagai mana Che Wan memanipulasi cerita dari pembeli yang  bermasalah ini dalam tulisan yang lain.

Sehingga itu, jika penulisan Che Wan merujuk kepada diri beliau sendiri, maka Alhamdulillah, mungkin hidayah Allah telah tiba kepada beliau.

Rabu, 8 Mac 2023

AZLAN AL AMIN LEBIH DIPERCAYAI DI LAMAN SOSIAL

Kalau nak diikutkan trend dalam laman muka buku diantara Dato Azlan Al Amin dengan Che Wan Al Lakazam (pendengki) jelas menunjukkan bahawa Dato Azlan lebih popular. Ini dapat dibuktikan dengan tandaan SUKA di posting diantara Dato Azlan dengan Che Wan.

Sangkakala buktikan dengan tangkap layar milik mereka berdua di mana dalam tempoh 3 jam sebuah posting dinaikkan, Dato Azlan telah mendapat lebih 1900 jumlah butang SUKA manakala Che Wan pula dalam tempoh 2 hari hanya mendapat 1200 butang SUKA.

Ini dapat membuktikan bahawa lebih ramai yang menyukai apa yang disebut oleh Dato Azlan tentang perniagaan serta motivasi bagaimana untuk berjaya berbanding Che Wan al Lakazam yang lebih kepada adu domba hasad dengki.


Lagi satu, daripada komen komen yang Sangkakala baca di laman muka buku Dato Azlan, tidak ada lagi orang yang mengiyakan apa yang disebut sebagai penipu dan sebagainya kepada Dato Azlan, malah rata rata komen menunjukkan sokongan mereka kepada Dato Azlan.

Mungkin Che Wan tak perasan bahawa tindakan beliau memfitnah Dato Azlan tidak berkesan dimana komen komen di laman muka buku beliau hanyalah dikalangan orang yang sama yang mahu melihat kejatuhan Dato Azlan.

Paling best bila Che Wan mengatakan dalam sebuah entri bahawa beliau rindukan LOD atau Letter Of Demand daripada peguam Dato Azlan sedangkan LOD telah pun dihantar dan dengan LOD berkenaan beliau mengatakan bahawa beliau adalah pejuang kepada mereka mereka yang teraniaya sedangkan Dato Azlan pula tidak pernah menerima walau sekeping LOD daripada pembeli pembeli yang dikatakan ditipu oleh beliau.

Jadi dalam kes ini siapa sebenarnya yang menipu? Dato Azlan atau Che Wan? Kalau benar Dato Azlan menipu sudah pasti akan ada LOD dari peguam dimana semua urusan jual beli tanah selama ini memiliki surat perjanjian yang sah disisi undang undang.


Selasa, 7 Mac 2023

BUKTI ADA ORANG DENGKI DENGAN AZLAN AL AMIN

Apabila Dato Azlan Al Amin mengumumkan bahawa syarikat beliau akan mengubah strategi pernigaan daripada jualan tanah lot kepada pembinaan bangunan dan perumahan, maka serangan telah pun dimulakan oleh orang yang sama menyerang tentang jualan tanah lot.

Kalau anda semua masih ingat tentang seorang lelaki yang pernah menjadi pemandu kepada Dato Azlan semasa beliau menjadi agen hartanah yang Sangkakala tulis tidak lama dahulu, orang yang sama juga mengkritik perancangan Dato Azlan untuk menukar plan perniagaan.

Ini jelas menunjukkan bahawa orang ini mempunyai satu perasaan hasad dan dengki kepada Dato Azlan.

Dengan menggunakan nama samaran dalam laman muka buku, orang ini tidak pernah berhenti kononnya untuk menyelamatkan pembeli tanah lot yang dijual oleh syarikat Dato Azlan tertipu, sedangkan beliau sendiri tidak dapat melunaskan janji kepada pembeli semasa beliau berkerja sebagai agen hartanah dan mungkin beliau masih ingat Syarikat Gunung Cipta SDN BHD yang juga dikatakan milik bapa saudara beliau.

Susah sangat Sangkakala nak taip beliau ni, biarlah Sangkakala buka nama akaun muka beliau, orang ini menggunakan nama akaun Che Wan Al Lakazam dan Che Wan ini nampaknya orang yang cuba menutup kesalahan yang beliau lakukan sejak tahun 2010. Lama kan? 13 tahun berlalu dan masih ada pembeli yang tidak menerima geran milikan.

Nanti Sangkakala tulis pasal kisah 2010 ni, sekarang kita fokus Che Wan memang dengki dengan kejayaan Dato Azlan dan sanggup lakukan apa sahaja demi untuk menjatuhkan reputasi Dato Azlan dan syarikat beliau.


Ini adalah posting yang Sangkakala boleh anggap sebagai posting bodoh dari Che Wan. Nak tanya Che Wan, berapa ramai dikalangan pemaju yang bermula sebagai tukang ikat bata? Tukang ikat besi? Tukang potong kayu? Tukang pasang lantai dalam Malaysia ni? Sebagai contoh, Che Wan dulu hanyalah pemandu kepada Dato Azlan sebelum menyertai syarikat Gunung Cipta itu pun setelah Dato Azlan meninggalkan syarikat berkenaan kerana melihat ada kepincangan dalam penjualan tanah berkenaan. 

Persoalannya disini, Adakah pengalaman sebagai pemandu yang kemudiannya mendapat imbuhan jualan tanah dari Dato Azlan sehingga mampu membeli sebuah kereta Proton Wira warna hijau membolehkan Che Wan menjadi agen hartanah? 

Kalau nak dibandingkan dengan syarikat Dato Azlan, beliau mempunyai kekuatan dimana pasukan perniagaan beliau adalah dari pelbagai latar belakang. Dan ini memberikan keyakinan kepada beliau untuk menukar modus operandi syarikat.

Apa yang paling penting ialah, Che Wan kena ganti tempat Dato Azlan dengan cara membuat jualan tanah lot secara ansuran dan kalau itu pun Che Wan belum mampu laksanakan, maka lebih baik Che Wan jadi pemandu Dato Azlan semula untuk mendapatkan pengalaman.


Nota kaki - Kali ni kita buka gelanggang untuk berpencak, untuk menyerang ni Sangkakala takde masalah sebab memang makanan dari dulu penulisan adalah menyerang. Jadi Che Wan kena bersedia dari sekarang.

Ahad, 5 Mac 2023

AZLAN AL AMIN BUAT PENJUALAN PENGHABISAN STOK

Dalam beberapa entri yang lepas Sangkakala ada mengatakan bahawa Dato Azlan Al Amin akan mengubah lanskap perniagaan beliau daripada jualan tanah lot kepada pembinaan bangunan dan perumahan.

Sebelum mengubah haluan perniagaan, nampaknya Dato Azlan melakukan jualan penghabisan stok dan mungkin untuk menyelesaikan baki baki tanah lot yang ada sebelum berhenti sepenuhnya.

Sebagai contoh, Sangkakala terbaca dalam laman muka buku milik beliau yang mana tapak banglow hanya dijual dengan harga RM 39 ribu sahaja (tunai).


Pada Sangkakala ini bukanlah mengikut harga pasaran malah ianya jauh dibawah harga pasaran dan Sangkakala amat yakin bahawa baki lot lot yang belum terjual akan habis dalam sikit masa lagi.

Ini pasti akan membuatkan beberapa orang pesaing Dato Azlan akan merah mata, silap haribulan berasap kepala.

Sangkakala tengok Dato Azlan ni ibarat sebiji bola diatas air, semakin di tekan semakin kuat semangat untuk melonjak naik.

Sabtu, 4 Mac 2023

JAWAPAN AZLAN AL AMIN KENAPA TUKAR RENTAK PERNIAGAAN !!

Jutawan hartanah, Dato Azlan Al Amin baru baru ni membuat kenyataan bahawa syarikat beliau akan beralih arah daripada jualan tanah lot secara ansuran kepada bidang pembinaan bangunan dan kediaman.

Keputusan ini membuatkan ramai yang merasa kecewa kerana masih ramai yang belum sempat membeli tanah yang dijual oleh Dato Azlan tambahan pula jualan tersebut dalam bentuk bayaran secara ansuran.

Tidak ada lagi syarikat hartanah dalam negara yang mampu melaksanakan seperti mana yang dilakukan oleh syarikat Dato Azlan malah mereka yang selama ini memberikan persepsi negatif kepada beliau sendiri tidak mampu melakukan perkara berkenaan.

Ramai yang menyangkakan bahawa Dato Azlan terkesan dengan tohmahan yang dilemparkan kepada beliau namun apa yang berlaku sebenarnya ada di dalam video yang disiarkan melalui laman muka buku beliau.



Menurut kata beliau, beliau suka mencabar diri untuk menjayakan sesuatu yang baharu dan kerana itu beliau beralih arah dari jualan tanah lot kepada pembinaan bangunan dan perumahan.

Nampaknya pesaing pesaing beliau sekali lagi gagal untuk menjatuhkan Dato Azlan, benar kata orang, jika ada orang bercakap di belakang kamu, maka sesungguhnya kamu sudahpun berada di hadapan.







Selasa, 28 Februari 2023

SAH AZLAN AL AMIN HENTIKAN JUALAN TANAH LOT SECARA ANSURAN !!

Sangkakala ada muat naik satu status yang mengatakan bahawa Dato Azlan Al Amin menghentikan jualan tanah lot secara bayaran ansuran yang selama ini dicemburui oleh pihak pesaing beliau.

Dalam laman muka buku beliau, Azlan mengesahkan bahawa jam 5 petang tadi merupakan jualan lot tanah secara ansuran terakhir beliau.



Ini mungkin akan membuatkan pesaing beliau yang kerap kali selama ini menaburkan kata kata fitnah disertai dengan menghasut para pembeli kononnya Dato Azlan seorang penipu dengan menjual tanah lot lidi dan sebagainya.

Kegembiraan mereka ini sebenarnya hanyalah permulaan kepada kemusnahan mereka sendiri kerana Sangkakala amat yakin dan percaya ramai yang akan menyumpah seranah mereka (pesaing) dan tidak kurang juga yang mendoakan kehancuran mereka.

Kerana apa? Kerana mulut mulut puaka merekalah maka orang yang tidak mempunyai kelayakan pinjaman dengan institusi kewangan tidak lagi dapat membeli tanah tapak kediaman.

Adakah mereka (pesaing) mampu untuk melakukan seperti mana yang dilakukan oleh Dato Azlan selama ni? Jawapannya tidak, mereka tidak akan mampu sebab mereka akan menjual hartanah ini dengan cara si pembeli membeli secara tunai atau mendapatkan pinjaman bank dan berapa ramai yang mampu untuk membuat pembelian secara tunai? Dan adakah semua orang layak untuk mendapatkan pinjaman bank?

Si pesaing takkan memikirkan perkara ini kerana bagi mereka keuntungan adalah dihadapan.

Apa yang Sangkakala nak pesan pada pesaing pesaing Dato Azlan ialah, Allah SWT telah berjanji bahawa barang siapa memudahkan urusan orang lain maka Allah akan memudahkan urusan mereka, barang siapa yang menjaga aib orang lain maka Allah akan menjaga aib mereka.


Isnin, 27 Februari 2023

AZLAN AL AMIN TERUS MENDAPAT SOKONGAN PEMBELI TANAH LOT

Semalam Sangkakala coretkan sebuah artikel yang mengatakan bahawa Dato Azlan Al Amin, usahawan hartanah yang dikecam hebat oleh pesaing beliau dengan pelbagai dakyah dan fitnah akan menukar modus operandi syarikat Haji Land Berhad daripada jualan tanah lot kepada pemaju perumahan dan bangunan.


Dato Azlan juga dilihat sudah mengorakkan langkah dengan menubuhkan sebuah lagi syarikat yang dinamakan DL Developer Berhad bagi menjayakan projek projek pembinaan rumah kediaman dan bangunan dan ini menambah keyakinan bahawa beliau sudah bersedia untuk melaksanakan 1 satu lagi cabang perniagaan sebagai usahawan hartanah.

Ramai yang menyokong beliau dalam pembentukan modus operandi syarikat tetapi ada juga yang meluahkan perasaan kecewa apabila Dato Azlan mengucapkan selamat tinggal kepada perniagaan hartanah (jualan tanah lot).















Apa yang Sangkakala nampak disini, walaupun dikecam dan diperlekeh oleh pesaing beliau yang sakit hati dengan kejayaan yang beliau kecapi, ianya tidak mencacatkan kepercayaan orang ramai dengan apa yang beliau lakukan.

Masakan tidak, belum ada mana mana syarikat yang menjual hartanah dalam bentuk bayaran bulanan tanpa terikat dengan pihak bank dan ini membolehkan mereka mereka yang tidak cukup kelayakan membuat pinjaman bank memiliki hartanah dan ini merupakan antara sebab kenapa beliau diserang hebat.

Nanti Sangkakala akan coretkan kisah bagaimana permulaan fitnah ini berlaku dan kenapa ianya berlaku sebab sudah sampai masanya kita semua perlu tahu kedudukan sebenar supaya segala fitnah ini tidak terus berleluasa.

Masa untuk menyerang? Tidak, ianya masa untuk memperbetulkan keadaan dan menafikan fitnah dari manusia manusia berhati hitam pekat dan likat.

Harap pembaca semua sabar dan teruskan membaca apa yang akan Sangkakala coretkan nanti.