Jumaat, 28 Januari 2022

GENTING HONG KONG BANKRAP !! APA NASIB KWSP ??

Kecoh dalam media sosial apabila syarikat kapal persiaran perjudian memfailkan kebankrapan apabila tidak mampu lagi untuk membayar hutang kononnya akibat pendemik covid 19.

Ini diikuti pula dengan desakan Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Menteri Kewangan untuk memberikan jawapan apabila 3 buah bank utama negara telah memberikan pinjaman tanpa cagaran kepada syarikat berkenaan.

USD 600 juta telah diberikan sebagai pinjaman tanpa cagaran oleh Maybank, CIMB dan RHB Bank yang mana ketiga-tiganya merupakan bank yang mana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah sebagai pemegang sahamnya.


 
Dalam ketiga-tiga bank berkenaan, KWSP memegang saham terbesar dalam RHB Bank dan adalah amat mustahil jika ianya tidak memberikan kesan yang besar terhadap KWSP.

Persoalannya sekarang, siapa yang memberikan kebenaran kepada bank-bank ini memberikan pinjaman kepada syarikat berkenaan sedangkan ketiga-tiga bank tersebut dimiliki oleh agensi kerajaan?

Pinjaman sebegitu besar tidak mempunyai cagaran dan adakah pemberian pinjaman tersebut mendapat kelulusan daripada pemegang saham khususnya KWSP yang mana ianya adalah wang amanah yang dimiliki oleh rakyat Malaysia? 

Apa pula tindakan kerajaan untuk menangani krisis ini? Adakah kerugian akibat dari pemberian pinjaman ini akan diserap atau ditanggung oleh pencarum KWSP? 

Tengku Zafrul selaku Menteri Kewangan harus dan wajib mengambil tanggungjawab bagi menghadapi kerugian berbillion ringgit ini dan kerajaan juga tidak terkecuali.

Jangan pula apabila pengumuman agihan pendapatan atau dividen KWSP pada tahun hadapan akan berkurangan akibat daripada kecuaian yang dilakukan.

Lagi satu yang Sangkakala nak sentuh ialah, kenapa pijaman diberikan kepada syarikat perjudian dan ianya tidak mempunyai sebarang cagaran dan adakah ianya atas sebab atau desakan daripada mana-mana pihak atau individu hingga pemberian pinjaman ini dilakukan?

Azmin Ali pula dalam kenyataan mengatakan kebankrapan Genting Hong Kong ini tidak memberikan kesan kepada ekonomi negara. Ye, memang atau mungkin ianya tidak memberikan kesan kepada ekonomi tetapi kerugian tetap berlaku dan ianya akan memberi kesan kepada agihan keuntungan KWSP pada tahun hadapan.

Bukan sahaja KWSP, malah pelabur (rakyat) yang melaburkan wang kedalam Amanah Saham Bumiputera juga akan terlibat sama apabila pengumuman agihan keuntungan dilakukan pada tahun hadapan.

Kumpulan Wang Amanah Persaraan juga akan terkesan kerana terlibat sama dalam pelaburan kepada bank berkenaan dan adakah ini tidak memberikan kesan keatas keuntungan KWAP? 

Begitu juga dengan Khazanah Nasional (milik kerajaan) adakah tidak terkesan dengan kebankrapan Genting Hong Kong apabila bank-bank berkenaan tidak mampu untuk memfailkan tuntutan kerana kebankrapan syarikat Genting Hong Kong? 

Bagi Sangkakala kepincangan demi kepincangan berlaku dalam tadbir urus kewangan negara jika keadaan sebegini berterusan.

Tiada ulasan: