Selasa, 8 Ogos 2017

PANAS !! PAKATAN SELANGOR BAKAL DISIASAT SPRM @NajibRazak @zahid_hamidi @nohomar

Giliran Pakatan Selangor disiasat untuk rasuah

Sejak kebalakangan ini makin banyak kekalutan pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang telah didedahkan sehinggalah Ketua Menteri DAP Lim Guan Eng dibawa ke mahkamah atas tuduhan rasuah. Adakah mungkin Menteri Besar Selangor Azmin Ali juga mengalami nasib yang sama kerana satu persatu kepincangan pentadbiran didedahkan kepada rakyat.

Azmin masih enggan menjawab pertanyaan tentang pembeliaan syarikat air SPLASH untuk RM2.8 billion. Dalam sidang parlimen, Menteri Air Maximus Ongkili beritahu Azmin untuk berhenti main politik sehingga melambatkan proses penyelesaian pengambilalihan air Selangor.

Terbaharu Pemuda UMNO Selangor membuat laporan kepada SPRM tentang kontroversi Unisel dan Jana Niaga yang melibatkan pembayaran RM16 juta yang meragukan. Ini tidak termasuk laporan yang dibuat tentang penjualan tanah rizab hutan simpan Paya Wetlands dan tanah perumahan LBCN di Kuala Selangor.
Mungkin Azmin perlu belajar "crisis management" daripada Guan Eng. 

#PakatanProDAP #TolakPakatanPRU14 #KekalBN

Isnin, 7 Ogos 2017

KUMPULAN TUN M KECEWA LAGI @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Cubaan Tun M untuk melagakan PM Najib Razak dan TPM Zahid Hamidi nampaknya tidak menjadi dan dakwaannya pun tidak masuk akal. Berbeza pendapat biasa untuk Tun M tetapi dalam sejarah dia berbeza pendapat dengan semua orang.

Dia bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman. Tun Hussein Onn pun dia kutuk. Tengku Razaleigh pun dia gaduh, Musa Hitam juga dia gaduh. Anwar Ibrahim dan Pak Lah pun dia gaduh. Ibarat Si Kitol, Tun M akan sentiasa cuba memecahbelahkan perpaduan bangsa.

Najib berkata Tun M akan buat apa sahaja dan guna semua 'senjata' untuk menjatuhkan sesiapa yang berbeza pendapat, termasuk dengan melaga-lagakan beliau dengan Zahid.
Semasa menjadi Ketua Pemuda, Zahid ditahan bawah ISA dan dipaksa letak jawatan serta sain surat mengatakan ia adalah rela hati.

"Sebab itu tidak masuk akal… dia jumpa Tun M dan minta gulingkan saya. Saya tetap yakin dengan Timbalan saya," kata Najib.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP #KekalBN