Isnin, 7 Ogos 2017

KUMPULAN TUN M KECEWA LAGI @NajibRazak @Zahid_Hamidi

Cubaan Tun M untuk melagakan PM Najib Razak dan TPM Zahid Hamidi nampaknya tidak menjadi dan dakwaannya pun tidak masuk akal. Berbeza pendapat biasa untuk Tun M tetapi dalam sejarah dia berbeza pendapat dengan semua orang.

Dia bergaduh dengan Tunku Abdul Rahman. Tun Hussein Onn pun dia kutuk. Tengku Razaleigh pun dia gaduh, Musa Hitam juga dia gaduh. Anwar Ibrahim dan Pak Lah pun dia gaduh. Ibarat Si Kitol, Tun M akan sentiasa cuba memecahbelahkan perpaduan bangsa.

Najib berkata Tun M akan buat apa sahaja dan guna semua 'senjata' untuk menjatuhkan sesiapa yang berbeza pendapat, termasuk dengan melaga-lagakan beliau dengan Zahid.
Semasa menjadi Ketua Pemuda, Zahid ditahan bawah ISA dan dipaksa letak jawatan serta sain surat mengatakan ia adalah rela hati.

"Sebab itu tidak masuk akal… dia jumpa Tun M dan minta gulingkan saya. Saya tetap yakin dengan Timbalan saya," kata Najib.

#TolakPakatanPRU14 #PakatanProDAP #KekalBN

Tiada ulasan: