Sabtu, 20 Februari 2021

@DrZahidHamidi KEPUTUSAN KPM YANG MENYUSAHKAN RAKYAT

Keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang akan membuka semula sesi persekolahan pada awal Mac nanti dilihat bukanlah sebagai keputusan popular yang ditunggu tunggu oleh rakyat.

Ramai dikalangan ibu bapa mengeluh kerana tindakan KPM yang seolah olah tidak langsung mengambil kira pelbagai sudut permasaalahan yang dihadapi oleh ibu bapa.

Mungkin bagi mereka yang berkerja di sektor awam tidak akan begitu merasai permasaalahan ini berikutan pendapatan yang tidak terjejas tetapi bagi mereka yang terjejas dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang mana ada sesetengahnya kehilangan pendapatan secara total akan menghadapi permasaalahan yang ketara.

Ini bukan kali pertama Menteri KPM melakukan tindakan diluar jangkaan sepertimana yang berlaku pada hujung bulan Disember lepas dimana selang 2 hari sesi persekolahan dibuka pihak KPM telah membuat keputusan untuk menangguhkan sesi persekolahan.

Ramai yang merungut setelah ibu bapa berbelanja membeli peralatan dan kelengkapan persekolahan anak namun akhirnya sesi persekolahan ditangguhkan dan digantikan dengan sistem pembelajaran dalam talian dan membuatkan ibu bapa berbelanja sekali lagi membeli gajet dan peralatan untuk memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam pembelajaran.

Namun tak sampai 2 bulan, keputusan berkenaan ditukar sekali lagi dalam keadaan tergesa gesa oleh pihak kementerian dan apa yang menarik perhatian ialah keputusan ini juga dikatakan tidak dibawa dalam mesyuarat kabinet hingga ada dikalangan Menteri juga terkejut dengan keputusan berkenaan.

Apa dah jadi dengan kerajaan hari ni? Keputusan demi keputusan yang tidak menampakkan kearah membantu rakyat dibuat.

Ada yang mengatakan bahawa pembelian gajet berkenaan juga adalah keperluan jangka panjang dan bagi Sangkakala itu tidak dipersoalkan bagi mereka yang berpendapatan tetap, tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak mempunyai pendapatan tetap? Apa daya mereka selepas ni?


Tiada ulasan: